31 July 2009

Acara Sempena Majlis Gotong Royong 16 Ogos 2009

Ada 3 pertandingan yang akan dijalankan pada hari tersebut:-


Menganyam Ketupat Untuk Wanita- satu kumpulan 10 orang mewakili satu blok
- paling banyak buat ketupat dalam 10 minit, kumpulan itu akan menang
- setiap kumpulan akan dapat hadiah, tapi Johan mestilah dapat hadiah yang paling mahal



Pertandingan Mewarna Untuk Kanak2
Kategori A: 6 hingga 8 tahun
Kategori B: 9 hingga 12 tahun
Masa diberi: 1 jam
Pensil Warna: Bawa sendiri
Kertas Lukisan - akan disediakan
Hadiah: Johan hingga Tempat ke 3 serta 5 hadiah saguhati


Pertandingan Tarik Tali Antara Blok A, B, C dan D- Satu kumpulan 15 ahli mewakili satu blok
- Setiap kumpulan akan berlawan sebanyak 3 kali setiap pusingan
- Kumpulan yang paling banyak menang akan diistihar Johan
- Hadiah akan diberi kepada semua kumpulan yang bertanding dari Johan hingga tempat ke 4

Pendaftaran akan dibuka pada jam 8.00 pagi hari pertandingan bergantung kepada siapa cepat. Untuk pertandingan mewarna, jumlah peserta dihadkan kepada 30 orang untuk setiap kategori.


Nota: Gambar2 diatas adalah gambar2 hiasan sahaja. Terima kasih
kepada pemilik2 yang berkenaan.

2 comments:

  1. syabas dan tahniah pada pihak surau kerana terus menjadi ikon bagi menghidupkan aktiviti masyarakat setempat.
    kegiatan untuk golongan remaja berumur 13-18 tahun tidak ada ke ? golongan ini yang akan membentuk masyarakat ppr pantai ria ni pada masa hadapan

    ReplyDelete
  2. cadangan ini mungkin kita boleh pertimbangkan dalam mesyuarat jawatankuasa penganjur akan datang.

    t kasih

    ReplyDelete