18 July 2009

Jemputan untuk Gotongroyong

Sempena dengan majlis sambutan Israk dan Mikraj pada hari Ahad ini, 19 Julai 2009, kami menyeru kepada semua penduduk PPR Pantai Ria yang ada kelapangan untuk turun membantu dalam tugas2 memasak dan menyediakan bahan masakan.

Sabtu, malam, lepas Isyak - mengupas bawang, kentang dan lain2
Ahad, pagi, mulai 7 pagi - memotong daging (seekor lembu - telah
disembelih dan dilapah ) , tulang dan lain2
Memasak (pagi) - untuk makan tengahari
Memasak (petang)- untuk makan malam
Sila bawa bersama pisau yang sesuai.

Ramai2 lah kita membantu supaya kerja2 dapat dilaksanakan dengan lancar. Terimakasih atas bantuan anda semua.

No comments:

Post a Comment