28 July 2009

Majlis Gotong Royong Perdana PPR Pantai Ria

Surau Al Hijrah dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria, Persatuan Penjaja Kecil PPR Pantai Ria, DBKL dan Perkim akan menganjurkan satu majlis gotong royong perdana pada tarikh berikut:-

Hari: Ahad
Tarikh: 16 Ogos 2009
Masa: 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari
Tempat: Kawasan Lapang Hadapan Blok D, PPR
Pantai Ria

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi - Penduduk berkumpul di kemah
8.15 pagi - Ketibaan VIP / Tetamu Jemputan
8.30 pagi - Demonstrasi Silat Seni Gayong Malaysia
- Bacaan Doa Selamat
- Ucapan Pengerusi Surau
- Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk
- Ucapan Datuk Hasbullah L. Isa – Penolong
Setiausaha Agung Kehormat PERKIM
- Ucapan dan Perasmian oleh Dato’ Raja Nong Chik
bin Dato' Raja Zainal Abidin – Menteri Wilayah
Persekutuan

9.00 pagi - Gotong Royong bermula
9.30 pagi - Pertandingan mewarna - kanak2
10.30 pagi - Pertandingan mewarna tamat
11.30 pagi - Gotong royong tamat
11.30 pagi - Jamuan / Pertandingan tarik tali / pertandingan menganyam ketupat
12.00 tgh - Ceramah Kesihatan - H1N1 oleh Jabatan Kesihatan
12.30 tgh - Penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna /
Tarik Tali / Menganyam Ketupat
Cabutan Bertuah
1.30 tgh Sembahyang Zohor Berjemaah / Bersurai


Diharap semua penduduk tanpa mengira kaum akan bersama-sama dalam majlis ini.



Sekian.

2 comments:

  1. - Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk

    bila ppr pantai ria ada persatuan penduduk? siapakah mereka ?

    ReplyDelete
  2. Persatuan penduduk PPR Pantai Ria memang dah ditubuhkan sejak bulan Jun lepas, dan dah dapat surat kelulusan dari ROS. Taraf mereka sebagai penaja sehingga mesyuarat pemilihan baru.

    ReplyDelete