22 August 2009

Solat Tarawikh - Jemaah Melimpah ke Luar


Jemaah yang tak dapat masuk kedalam surau terpaksa bersolat diruang kaki lima surau semasa solat tarawikh malam pertama. Jemaah yang hadir dianggarkan hampir 400 orang sedangkan surau hanya boleh memuatkan 150 orang. Sebahagian jemaah terpaksa pulang kerana tiada tempat kosong lagi.



Kerana ruang solat tambahan juga telah penuh, sebahagian jemaah wanita terpaksa menggunakan ruang didepan stor dibahagian sebelah tempat meletak kereta. Keadaan amatlah tidak selesa tetapi itulah sahaja yang mampu disediakan oleh jawatankuasa surau.



Pandangan bahagian depan surau semasa solat tarawikh


Syukurlah ruang tambahan solat sempat disiapkan pembinaannya oleh kontraktor yang dilantik JAWI. Ruang solat tambahan ini dikhususkan untuk jemaah wanita dan boleh memuatkan 80 jemaah.

Kita berharap sebuah surau baru yang lebih besar dan selesa untuk para jemaah kita, InsyaAllah.

1 comment:

  1. alhamdulillah, kita bersua kembali pada ramadhan ini. sebagai altenatif saya cadangkan pihak ajk surau memohon kerjasama dbkl bagi menyedikan 2 buah khemah untuk menampong jemaah yang melimpah ini. guna sebahagian jalan ditepi surau bagi tujuan tersebut, rasanya ramadhan masih awal, uasaha itu satu ibadah, selamat berpuasa.

    ReplyDelete