07 September 2009

Kem Ihya' Ramadhan di masjid Wilayah Persekutuan

Seramai 86 peserta terdiri dari para remaja dari PPR Pantai Ria yang berumur antara 10 hingga 15 tahun hadir dalam program ini. Bermula dari 9 pagi Sabtu, 5 Sept 2009 dan berakhir jam 3.30 petang Sabtu 6 September 2009. Pengisian program kali ini ialah memberi penekanan kepada asas fardhu ain seperti solat, mengambil wuduk, mandi, pengertian surah fatihah serta sesi motivasi serta qiamullail. Kami berharap supaya anak-anak remaja telah didedahkan dengan ilmu2 asas fardhu ain dan akan dapat mengamalkannya selepas balik ke rumah nanti.

Program ini mengambil keberkatan sempena bulan Ramadhan al mubarak, dan dengan mengadakannya di masjid, kita dapat menunaikan solat berjemaah, bertarawikh bersama2 jemaah lain.


Gambar kenangan semasa majlis penutup Kem Ihya' Ramadhan di Masjid Wilayah Persekutuan dari 5 hingga 6 September 2009


Datuk Hasbullah menyerahkan tugas kepada Pengerusi Surau untuk menyambung amanah bagi terus mendidik anak2 remaja


Antara jemaah yang bersolat dengan berkerusi roda disaf paling depan
dimasjid wilayah. Jemaah ini kelihatan berada di masjid ini pada setiap kali waktu solat.


Semasa bersahur



Sebelum sembahyang tarawikh - jemaah yang ramai di masjid wilayah


Semua peserta dan fasilitator dan urusetia bergambar ramai selepas qiamullail


Semasa qiamullail mulai jam 4.00 pagi


Semasa more


Aktiviti luar dalam kumpulan


Urusetia sedang bersahur


Sedang menyampai cenderahati pada penceramah sesi motivasi, Ustaz Faizal dari Dzal Consultancy


Para tetamu VIP - ditengah ialah Datuk Hasbullah, dikanannya Ustaz Hamizan Ibrahim, Pen Pengarah Masjid Wilayah dan dikirinya, Hj Kairom, Pengerusi Surau Al Hijrah serta En Azizan, Ketua Jurulatih Sedayu Event.

Kem tersebut telah selamat dijalankan selama 2 hari 1 malam. Terimakasih kepada Datuk Hasbullah dan Tuan Hj Hanif dari PERKIM Kebangsaan dan En Azizan Yunus dari pihak Sedayu Event Management serta para fasilitator2 yang berdedikasi dari KUIS dan UIA yang membimbing anak2 remaja kami. Kerjasama semua pihak membolehkan majlis ini dilangsungkan dan dijayakan dengan lancar. Juga kepada pihak pengurusan Masjid Wilayah terutama Ustaz Hamizan Ibrahim yang menyediakan tempat penginapan dan dewan seminar yang selesa.

1 comment:

  1. Mudah-mudahan para peserta program Ihya' Ramadan ini dapat mengamalkan apa yang mereka dapat dari program ini dalam kehidupan seharian mereka.... InsyaAllah.....

    Saya mewakili para fasilitator yang lain memohon jutaan kemaafan kepada AJK Surau Al-Hijrah jika kami ada melakukan kesilapan atau kelemahan dalam menjalankan program ini... Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam melaksanakan tanggungjawab yang berat ini... Semoga apa yang dirancang oleh kita semua mendapat keberkatan & keredhaan daripada Allah swt...

    Assalammualaikum....

    ReplyDelete