26 September 2009

Pandu Guna Akal Bukan Nafsu



Statistik oleh PDRM menunjukkan bahawa 17.5 orang meninggal setiap hari kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya diseluruh Malaysia dalam musim perayaan hari raya pada tahun ini. Kita merasa bimbang dengan angka ini kerana jalanraya sudah menjadi satu tempat untuk ramai rakyat Malaysia menemui ajal.

Menurut Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia (JKJRM), terdapat 3 faktor utama yang menyumbang kepada faktor kemalangan ini iaitu:_

1. Mengantuk
2. Hujan
3. Tidak mematuhi peraturan jalanraya

Sikap rakyat Malaysia adalah salah satu puncanya. Rakyat Malaysia memang bersopan santun di luar tetapi bila masuk saja kedalam kenderaan, sikap mereka berubah dengan sekelip mata. Tambah pula jika kereta mereka ada 'power' sikit, mulalah nak tunjuk kuasa dijalan raya.

Pengalaman saya sendiri setelah lebih 20 tahun memegang stereng kereta, dah banyak kali saya melihat cara pemanduan rakyat Malaysia yang berbagai-bagai. Ada yang berdisiplin dan ada yang sikit bermasalah. Ramai juga yang sengaja mencari masalah.

Salah satu saja cara untuk kita kurangkan risiko kemalangan, pemanduan secara defensif. Pemanduan secara defensif bermaksud kita sentiasa mengambil pendekatan secara pasif dan bukan agresif.

Contoh pemanduan secara defensif:-

1. Menjarakkan kenderaan kita dengan kenderaan dihadapan supaya ada ruang untuk membrek jika ada kecemasan.
2. Di traffic light, jangan ikut undang2 100%. Walaupun lampu hijau sudah menyala, bergerak hanya jika laluan sudah clear dari laluan lain sebab mungkin ada kenderaan yang melanggar lampu merah.
3. Memandu dengan kelajuan yang munasabah mengikut keadaan jalan dan cuaca serta keadaan trafik.4. Keadaan kenderaan yang kita pandu kena diambil kira. Kalau kereta tua dan banyak skru dah tertanggal, janganlah laju sangat.
4. Buat tak peduli jika ada yang sengaja mencabar kita untuk berlumba.


Tetapi malang tak berbau. Ia datang tanpa diundang.

No comments:

Post a Comment