24 December 2009

Keputusan PMR KL Meningkat

1,939 pelajar di Kuala Lumpur peroleh semua A
24/12/2009 3:21pm


KUALA LUMPUR 24 Dis. - Seramai 1,939 pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 di Kuala Lumpur memperoleh gred A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil, meningkat 0.47 peratus berbanding tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Sulaiman Wak berkata, jumlah yang memperoleh semua A meningkat 150 orang dengan seramai 70 pelajar mendapat 9A, 1,215 (8A) dan 654 (7A).

"Tujuh mata pelajaran PMR iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup Bersepadu kekal cemerlang dengan peratusan lebih 90 peratus seperti tahun lalu.

“Kecuali mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian) yang berlaku penurunan iaitu daripada 96.41 peratus kepada 89.80 peratus tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan PMR Tahun 2009 di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Katanya, sejumlah 15,533 calon mencapai keputusan lulus dalam semua mata pelajaran daripada 21,921 calon yang menduduki PMR di seluruh Kuala Lumpur tahun ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment