26 December 2009

Hari Asyura

Maal Hijrah tiba lagi, menandakan bermulanya tahun baru 1431H yang pastinya menjanjikan pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang mengharungi setahun yang mendatang ini. Muharram sebenarnya suatu bulan yang cukup penting dalam Islam. Selain sebagai bulan pertama dalam Islam, padanya juga ada satu hari yang dikenali sebagai Hari Asyura’ yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Hari Asyura’ berasal daripada perkataan ‘Asyara’ yang bermaksud kesepuluh atau merujuk kepada hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram. Sementara hari yang kesembilan daripada bulan Muharram dikenali sebagai Hari Tasua’ (kesembilan).
Maka hari Asyura untuk rakyat Malaysia ialah pada hari Ahad, 10 Muharram atau 27 Disember 2009.

Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri

Fadilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.

2. Memuliakan fakir miskin

Fadilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.

3. Menahan marah

Fadilat - Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda

4. Menunjukkan orang sesat

Fadilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

Fadilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.

6. Bersedekah

Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri

Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya

keimanan.

8. Mandi sunat

Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak

Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

Fadilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.

11. Sembahyang sunat empat rakaat

Fadilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama

50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."

Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa

Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa

Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

Fadilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

NOTA: petikan dari Ruangan ADDIN Harian Metro

No comments:

Post a Comment