11 December 2009

Kebakaran di PPR Pantai Ria

Hari ini, 10 Disember 2009, kawasan PPR Pantai Ria telah dikejutkan dengan kejadian kebakaran di rumah no C-9-16. Kebakaran bermula jam 9 pagi ketika ibu kepada 2 orang kanak-kanak telah keluar bekerja. Ia dipercayai bermula dari bilik utama. Mujurlah semasa kejadian, kedua-dua kanak2 yang berada dalam rumah tersebut berjaya menyelamatkan diri dan meminta pertolongan dari rumah jiran. Ibu kanak2 tersebut yang ditemui saya tidak mengetahui punca kebakaran tersebut. Beliau adalah seorang ibu tunggal berbangsa India.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Raja Nong Chik dilihat melawat rumah mangsa bersama-sama pegawai2 DBKL dan beliau telah menawarkan rumah ganti di tingkat 13 blok yang sama. Terimakasih kepada Dato' yang mengambil tindakkan segera untuk meringankan beban mangsa.

Berikut adalah gambaran rumah mangsa (9 jam selepas kebakaran berlaku)

Keadaan ruang tamu


Bilik tidur utama


Bilik tidur utama

Kejadian ini mengingatkan kita bahawa kita tidak boleh meninggalkan anak-anak kecil bersendirian didalam rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Kanak-kanak masih tidak mengerti bahaya bermain dengan barang2 seperti pemetik api.

Kami bersimpati dengan nasib beliau. Kepada penduduk yang prihatin, bolehlah menghulurkan bantuan kepada beliau walaupun beliau bukan Islam kerana sebagai masyarakat berbilang kaum dan agama, kita digalakkan membantu jika jiran dalam kesusahan. Bantuan boleh dihulur terus kepada mangsa.

No comments:

Post a Comment