Seorang paderi kristian, Benjamin Stephen telah menghina agama Islam dalam sebuah gereja. Kita berharap pihak kerajaan akan mengambil tindakkan untuk menghentikan perkara seumpama ini. Jika tidak, mereka akan terus memperlekehkan agama kita. Dalam klip video ini, beliau telah mengupas surah fatihah sambil mempersendakan nabi Muhammad SAW. Banyak lagi dakyah-dakyah beliau yang mengarut2 sambil merendah-rendahkan amalan orang islam.
Paling saya tidak sanggup dengar ialah beliau mendakwa Nabi Muhammad seorang yang sakit mental kerana berkahwin budak perempuan 6 tahun. Beliau sepatutnya diam dari membicarakan sesuatu yang beliau tidak paham tentang sejarah Rasulullah.Bagi saya, beliau patut ditangkap dan dihukum kerana menghina agama Islam!. Tiada kompromi !
28 September 2010
27 September 2010
Jamuan Hari Raya Surau Al Hijrah
Anda semua dijemput ke majlis jamuan hari raya anjuran Surau Al Hijrah pada tarikh berikut:-
Tarikh: 3 Oktober 2010 (Ahad)
masa: 12.00 tengahari hingga 4.00 petang
Tempat: Perkarangan Surau
Antara menu yang disediakan ialah lemang, nasi himpit, bihun sup utara, rendang ayam dan lain-lain lagi. Kalau ada kuih2 raya yang berlebihan kat rumah tu, silalah bawa ke majlis tersebut untuk kita sama-sama merasa.

26 September 2010
Cadangan Tapak Surau Baru
Inilah tapak cadangan surau baru sebelah Blok D, PPR Pantai Ria yang akan dipohon dari pihak DBKL untuk kelulusan. Surat permohonan telahpun disampaikan kepada Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Jamil Khir sebelum hariraya baru-baru ini . Kawasan ini adalah kawasan lapang sebesar 2 buah padang bola.
Pihak surau sedang berurusan dengan pihak yang berkenaan seperti JAWI serta DBKL untuk tindakan selanjutnya. Kita juga menerima tawaran seorang dermawan untuk menyumbang kepada kos pembinaan surau baru itu nanti. InsyaAllah, berkat doa semua penduduk, hasrat kita akan dapat dilaksanakan.
Surau baru kelak perlulah mempunyai kemudahan2 seperti berikut:-
1. Ruang solat untuk 1,000 orang (kita akan memohon untuk surau Jumaat)
2. Ruang wudhu lelaki/wanita
3. Bilik kuliah / kelas pengajian
4. Bilik jenazah
5. Dewan serbaguna
6. Stor
7. Bilik serbaguna
8. Ruang meletak kenderaan
9. Lain-lain kemudahan yang perlu.
Tapak cadangan dilihat dari tingkat 17
Ditapak sebenar
Jika anda mempunyai apa-apa komen dan cadangan tentang surau baru, silalah berikan komen anda dibawah ini. Cadangan anda akan kami bawa ke jawatankuasa surau jika bernas dan membina.

25 September 2010
Tawaran ke MRSM Di Buka
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) membuka permohonan bagi kemasukan pelajar tingkatan empat sesi 2011 bermula Isnin ini.
Timbalan Pengarah (Pendidikan) Mara, Ibrahim Ahmad berkata, 3,232 tempat untuk lulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dibuka untuk kemasukan tahun depan di 43 buah MRSM di seluruh negara.
"Mulai 27 September ini, pemohon boleh mendapatkan kata laluan bagi mengakses aplikasi permohonan secara online dengan percuma di semua pejabat Mara negeri atau daerah.
"Pemohon hendaklah membawa salinan kad pengenalan, salinan keputusan peperiksaan percubaan PMR 2010 untuk mendapatkan kata laluan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, pemohon mestilah mengisi kesemua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan serta menghantarnya juga menerusi online.
"Tarikh akhir pada 21 Oktober manakala tarikh akhir penghantaran cetakan borang dan dokumen yang berkaitan yang diperlukan bagi kemasukan ke MRSM selewat-lewatnya pada 26 Oktober," katanya.
Bagaimanapun, tawaran kemasukan ke MRSM itu tidak dibuka kepada pelajar yang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI).
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kemasukan, pemohon boleh melayari laman web Mara di alamat http://www.mara.gov.my.
Sementara itu, beliau mengingatkan pelajar supaya membuat permohonan lebih awal dan tidak menunggu sehingga tarikh tutup dikhuatiri akan sesak dan menghadapi kesukaran mengakses borang permohonan.

Komen: Kebiasaannya hanya pelajar yang mendapat 5A sahaja akan di pertimbangkan. Peluang agak sukar kerana terlalu ramai yang mendapat 5A setiap tahun.
23 September 2010
21 September 2010
18 September 2010
Selamat Kembali Bertugas !
Wargakota sudah mula beransur-ansur kembali ke ibu kota. Cuti panjang yang dihabiskan dikampung terasa begitu singkat. Kemeriahan meraikan aidilfitri dikampung memang sangat meriah terutama bertemu dengan saudara-mara dan rakan2 yang sudah lama tidak bersua.
Perjalanan balik ke ibu kota memang sangat memeritkan terutama jika tersekat dalam kesesakkan walaupun dilebuhraya. Pada hari Ahad lepas, dikhabarkan perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 12 jam. Biasanya hanya 6 -7 jam. Terjadi jem yang teruk di lebuhraya Plus sepanjang lebuhraya pada hari berkenaan.
Nampaknya kita membayar tol untuk kesesakkan yang teruk ! Perjalanan melalui lebuhraya kini tidak lagi menyeronokkan seperti beberapa tahun lepas. Walau apapun, selamat kembali ke KL kepada warga PPR Pantai Ria.

09 September 2010
Solat Sunat Aidil Fitri di Surau Al Hijrah
Kami menjemput semua muslimin dan muslimat yang tak balik kampung supaya dapat bersama-sama menunaikan solat sunat hari raya di surau kita mulai jam 7.30 pagi, Jumaat, 10 September 2010 / 1 syawal. Akan dimulai dengan takbir raya seterusnya solat pada jam 8.00 pagi.
Sila bawa sedikit kuih raya untuk kita nikmati selepas selesai solat tersebut. Untuk tahun ini, khutbah akan dibawa oleh Ustaz Hj Mohammad Adam yang juga imam kita.
Ada orang yang tak balik kampung kerana memang dah tak ada kampung atau tak ada lagi saudara-mara disana. Bagi kebanyakkan kita yang masih bernasib baik ada ibubapa dikampung, inilah peluang untuk kita menziarahi mereka sambil memohon ampun dan maaf.
Kegembiraan sebenar menyambut aidil fitri ialah bila kita dapat bersama keluarga terdekat setelah lama tidak ketemu.
07 September 2010
Perpisahan Dengan Imam Tahfiz
Semalam, Ahad, adalah hari terakhir untuk Imam Tahfiz dari Yala, Thailand iaitu Ustaz Rusdi Husen dan Ustaz Baihaki Yahya mengimamkan solat Tarawikh. Selama hampir sebulan, jemaah baik lelaki atau wanita merasa khusyuk dengan alunan suara yang begitu baik dan lancar dari kedua-dua mereka. Jemaah merasa agak emosi setelah hampir sebulan bersama mereka berdua.
Kami berterima kasih kepada kedua-dua mereka yang sanggup datang dari jauh untuk bersama-sama jemaah dari sini. Semoga tahun depan, mereka dapat bersama kita lagi, InsyaAllah
Selepas solat tarawikh
Dari kiri, Ustaz Rusdi, Jamil, Ustaz Baihaki dan Tuan Pengerusi
Bergambar ramai sebagai kenangan
Sijil penghargaan, cenderahati dan sumbangan wang untuk Ustaz Baihaki dari Pengerusi
Sumbangan kepada Ustaz Rusdi

06 September 2010
Bubur Lambuk Terakhir
Hari Ahad lepas, berakhirlah bubur lambuk surau alhijrah. Biasanya hari Sabtu dan Ahad sahaja dibuat bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk2 secara percuma. Pada tahun ini, dapatlah 8 kali kita buat.
Sedang agih bubur lambuk, bekas kena bawa sendiri, ini kempen alam sekitar juga,
kurangkan penggunaan plastik
Bubur tinggal suku saja lagi
Inilah tokey bubur lambuk, Pak Aris. Macamana nak untung, asyik bagi free saja

Iklan Raya TV3 Yang Boleh Memesongkan Akidah !
Satu kesilapan besar TV3 bila menayangkan iklan hari raya yang memasukkan unsur-unsur agama lain dalam mesejnya. Apakah logiknya menggambarkan beca yang boleh terbang seperti kenderaan yang dipakai oleh Santa Claus semasa Krismas? Penggunaan banyak bunga teratai yang ditengahnya ada pelita yang dikaitkan dengan agama Budha juga mengelirukan?
Lihatlah sendiri iklan tersebut yang telahpun ditarik balik siarannya oleh TV3 dan mereka sendiri telah memohon maaf kepada umat Islam. Kita harap pihak media lebih sensitif ketika membuat iklan yang berkaitan dengan agama kita supaya tidak timbul isu begini lagi !
05 September 2010
Surau Al Hijrah Terima Sumbangan dari Raja Nong Chik
Baru-baru ini surau al hijrah menerima sumbangan sebanyak RM2,000.00 daripada Datuk Raja Nong Chik sebagai sumbangan kepada Majlis Tilawah Al Quran dan Pertandingan Azan yang telah diadakan baru-baru ini. Terima kasih banyak-banyak Datuk kerana memberi sokongan kepada kami .
Pengerusi sedang terima sumbangan dari Datuk.
Lain-lain penerima sedang menunggu giliran di pejabat UMNO
Lembah Pantai
Pengerusi sedang terima sumbangan dari Datuk.
Lain-lain penerima sedang menunggu giliran di pejabat UMNO
Lembah Pantai
04 September 2010
Khidmat Imam Tahfiz Hingga 27 Ramadhan
Begitu pantas masa beredar, hari ini sudah 25 hari kita berpuasa dan tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita meninggalkan bulan yang penuh berkat ini. Apakah masih ada kesempatan untuk kita menempuh Ramadhan pada tahun depan ? Hanya Allah yang tahu.
Imam Tahfiz kita dari Yala Thailand, Ustaz Rusdi dan Baiwan akan mengimamkan sembahyang tarawikh terakhir untuk kita semua pada hari Isnin ini, 27 Ramadhan. Sepanjang mereka bersama kita, kita bersyukur kerana masih ramai jemaah yang masih mampu mengikuti Tarawikh sehingga 20 rakaat walaupun masanya agak lama. Ini kerana bacaan mereka yang baik dan lancar memberi kekusyukkan kepada jemaah.
Seluruh jemaah mengucapkan ribuan terimakasih kepada kedua-dua mereka yang bersama-sama kita selama hampir sebulan ini. Diberitakan bahawa mereka akan melanjutkan pelajaran ke India selepas Hari Raya ini. Kepada imam-imam muda ini, selamat berjaya !
03 September 2010
Sumbangan dari Time Temasek untuk Yang Memerlukan
Pada 2 September yang lepas, syarikat Time Temasek yang berpejabat di Shah Alam telah bermurah hati memberi sumbangan Ramadhan kepada golongan yang tidak berkemampuan di PPR Pantai Ria seperti ibu tunggal, penduduk miskin, OKU, warga emas dan anak yatim. Sumbangan sebanyak RM300.00 seorang diharap dapat membantu golongan ini membuat persediaan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.
Mereka diharap bijak memanafaatkan wang sumbangan untuk keperluan keluarga dan tidak membazir. Kepada Syarikat Temasek, pihak jawatankuasa surau amat berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan mereka untuk sumbangan yang serupa pada masa-masa akan datang. Semoga perniagaan anda akan terus maju dan berkembang berkat doa para penerima sumbangan. Terimakasih atas sumbangan anda lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.
Pada kali ini, lebih 80 orang menerima sumbangan tersebut.Mereka diharap bijak memanafaatkan wang sumbangan untuk keperluan keluarga dan tidak membazir. Kepada Syarikat Temasek, pihak jawatankuasa surau amat berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan mereka untuk sumbangan yang serupa pada masa-masa akan datang. Semoga perniagaan anda akan terus maju dan berkembang berkat doa para penerima sumbangan. Terimakasih atas sumbangan anda lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.
Para penerima sabar menunggu giliran
Antara yang hadir termasuk warga emas yang berkerusi roda
Dari kiri, En Azman (Pengurus Besar Time Temasek), Tn Hj Kairom serta En Azam (staff Time Temasek). Kegembiraan seorang mak cik yang terharu menerima sumbangan jelas kelihatan pada wajah beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)