03 September 2010

Sumbangan dari Time Temasek untuk Yang Memerlukan

Pada 2 September yang lepas, syarikat Time Temasek yang berpejabat di Shah Alam telah bermurah hati memberi sumbangan Ramadhan kepada golongan yang tidak berkemampuan di PPR Pantai Ria seperti ibu tunggal, penduduk miskin, OKU, warga emas dan anak yatim. Sumbangan sebanyak RM300.00 seorang diharap dapat membantu golongan ini membuat persediaan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.

Mereka diharap bijak memanafaatkan wang sumbangan untuk keperluan keluarga dan tidak membazir. Kepada Syarikat Temasek, pihak jawatankuasa surau amat berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan mereka untuk sumbangan yang serupa pada masa-masa akan datang. Semoga perniagaan anda akan terus maju dan berkembang berkat doa para penerima sumbangan. Terimakasih atas sumbangan anda lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.

Pada kali ini, lebih 80 orang menerima sumbangan tersebut.




Para penerima sabar menunggu giliran


Antara yang hadir termasuk warga emas yang berkerusi roda


Dari kiri, En Azman (Pengurus Besar Time Temasek), Tn Hj Kairom serta En Azam (staff Time Temasek). Kegembiraan seorang mak cik yang terharu menerima sumbangan jelas kelihatan pada wajah beliau.

No comments:

Post a Comment