07 September 2010

Perpisahan Dengan Imam Tahfiz

Semalam, Ahad, adalah hari terakhir untuk Imam Tahfiz dari Yala, Thailand iaitu Ustaz Rusdi Husen dan Ustaz Baihaki Yahya mengimamkan solat Tarawikh. Selama hampir sebulan, jemaah baik lelaki atau wanita merasa khusyuk dengan alunan suara yang begitu baik dan lancar dari kedua-dua mereka. Jemaah merasa agak emosi setelah hampir sebulan bersama mereka berdua.

Kami berterima kasih kepada kedua-dua mereka yang sanggup datang dari jauh untuk bersama-sama jemaah dari sini. Semoga tahun depan, mereka dapat bersama kita lagi, InsyaAllah


Selepas solat tarawikh


Dari kiri, Ustaz Rusdi, Jamil, Ustaz Baihaki dan Tuan Pengerusi


Bergambar ramai sebagai kenangan


Sijil penghargaan, cenderahati dan sumbangan wang untuk Ustaz Baihaki dari Pengerusi


Sumbangan kepada Ustaz Rusdi

1 comment:

  1. depan tetamu je baik belakang2 emmmm.....lu pikir la sendiri

    ReplyDelete