07 November 2013

Ceria diTempat Kerja ?



10 tip untuk berasa gembira di tempat kerja

happyunhappycartoon.jpg
 
Andakah anda tergolong di kalangan mereka yang berasa tidak gembira apabila berada di pejabat atau di tempat kerja anda? Satu yang perlu diingati usah biarkan diri anda larut dengan emosi yang tidak berkesudahan tetapi ambillah pendekatan untuk menjadikan sesuatu yang tidak seronok itu menjadi lebih seronok. Berikut terdapat beberapa tip yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan kita gembira apabila melangkah masuk ke ruang kerja kita.
  1. Kita perlu menyukai bos kita, setidak-tidaknya hormatilah beliau.
  2. Kita harus suka dan menghormati rakan-rakan sekerja yang lain.
    3. Cuba elakkan pertengkaran antara rakan sekerja. Sekiranya wujud sesuatu isu, cari jalan diplomatik untuk menyelesaikannya.
    4. Tunjukkan contoh yang baik kepada rakan sekerja yang lain. Ini dapat meningkatkan produktiviti kerja dan diri sendiri.
    5. Senaraikan langkah-langkah yang kita boleh lakukan untuk menjadi produktif dan lakukan ia dengan SEGERA.
    6. Fokus pada kerja yang penting dan habiskannya dahulu sebelum memulakan kerja yang lain.
    7. Elakkan borak kosong yang boleh memakan masa terlalu lama. Kalau setakat untuk melepaskan tekanan setelah lama menumpukan perhatian pada tugasan, memang tiada salahnya.
    8. Lakukan kerja-kerja persendirian di luar waktu kerja.
    9. Dapatkan tidur atau rehat yang cukup untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang.
    10. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai kerja berbanding orang lain yang menganggur.
 
petikan laman web YADIM

No comments:

Post a Comment