05 November 2013

Peperiksaan SPM Bermula

 
Kami mengucapkan selamat berjuang kepada pelajar2 SPM yang akan mula menjalani peperiksaan mulai esok, Selasa, 6 November hingga 5 Disember ini. Mulakan menjawab soalan dengan Bismillah serta selawat atas Baginda nabi SAW. Berusaha menjawab dengan sebaik mungkin. InsyaAllah , Allah akan membantu hambanya yang tawakkal kepadaNya.
 
InsyaAllah, kepada pelajar2 yang mendapat sekurang2nya 6A dan keatas, pihak Surau menyediakan hadiah istimewa sebagai galakkan untuk anda mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan nanti.
 
dari Astro Awani
 
KUALA LUMPUR: Sejumlah 470,395 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.

Calon-calon akan mengambil peperiksaan di 3,616 pusat di seluruh negara bermula esok sehingga 5 Disember.

Daripada jumlah itu, 415,509 adalah dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama awam.

Sementara itu, 8,054 calon pula dari sekolah di bawah agensi kerajaan, 8,325 dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), dan 11,261 dari Sekolah Menengah Agama negeri.

Seramai 30,863 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Lembaga Peperiksaan sebelum ini mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu yang boleh di muat turun di www.moe.gov.my/peperiksaan.

 

No comments:

Post a Comment