29 April 2009

Jagalah Keselamatan Diri dan Keluarga

Satu kejadian samun bersenjata dalam rumah telah berlaku di kawasan kita semalam (selasa, 28/4/09). Seorang penyamun yang bersenjatakan pisau pemotong daging telah terlebih dahulu mengetuk pintu rumah dan memberi salam, sebaik sahaja pintu dibuka sedikit, dia telah menolak pintu secara paksa serta bergelut dan mengugut seorang surirumah yang tinggal bersendirian untuk menyerahkan semua barang kemas dan wang tunai. Kerugian dianggarkan dalam linkungan RM10,000.00. Walaupun telah mendapat hasil samun, dia masih tak berpuashati dan cuba untuk mencabul dan merogol wanita malang ini. Namun, Allah S.W.T telah membantu wanita ini pada saat-saat yang mencemaskan itu dan akhirnya penyamun ini telah membatalkan niatnya. Penyamun ini kemudiannnya mengikat kedua-dua kaki dan tangan mangsa dengan tali yang dibawanya, menutup kepala mangsa dengan sarung bantal lalu bergegas keluar melarikan diri. Kejadian berlaku jam 10.00 pagi ketika ramai dari kita telah pergi bekerja.
Dilaporkan bahawa penyamun tersebut berkulit agak cerah, berbadan gempal, berbangsa Melayu, memakai topi, bercermin mata hitam serta memakai topeng penutup mulut. Pihak Polis telah datang membuat siasatan susulan dari kejadian tersebut.

Pihak Jawatankuasa surau memandang serius akan perkara ini. Sebagai langkah permulaan, kita telah meminta pihak Polis untuk membuat rondaan harian ke kawasan kita. Disamping itu, antara langkah-langkah yang boleh kita ambil ialah:-

1. Pastikan pintu sentiasa berkunci jika anda tinggal berseorangan.
2. Anda dinasihat memasang lubang pengintip dipintu depan. Anda dapat melihat siapa yang
mengetuk pintu rumah anda melalui lubang ini sebelum pintu dibuka.
3. Laporkan kepada Polis dengan segera jika anda mencurigai seseorang yang mundar-mandir
tanpa sebab dikawasan rumah anda. Orang itu mungkin merancang sesuatu.
4. Anda tidak perlu memakai barang kemas yang berlebihan seperti gelang tangan ketika ditempat awam. Anda bukan sahaja akan menarik perhatian penyamun tetapi mungkin tangan anda pun sekali dipotongnya.
5. Jangan membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali kecuali jika suami anda ada
bersama.
Ambillah langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya demi keselamatan kita bersama.

No comments:

Post a Comment