06 April 2009

Cadangan Surau Baru Al Hijrah


Pandangan hadapan surau sedia ada

Pintu masuk bahagian hadapan surau sedia ada yang
terletak ditingkat bawah Blok C

Pandangan bahagian tepi surau.
Dibahagian kanan ialah tempat mengambil wuduk.

Pandangan bahagian hadapan surau
serta pintu masuk untuk muslimat.

Untuk pengetahuan para penduduk PPR Pantai Ria, jawatankuasa surau telah menghantar permohonan kepada pihak berkenaan untuk memohon supaya satu surau baru dapat di bina di kawasan kita dengan segera. tapak yang dicadangkan adalah sebahagian dari kawasan lapang berhadapan Blok D

Surat permohonan tersebut telah dihantar lebih dari 3 bulan yang lepas kepada DBKL dan JAWI tapi masih tiada jawapan. Alasan bagi kita memohon surau baru ialah:-

1. Surau sedia ada adalah berkeluasan lebihkurang 2 buah rumah sahaja.
2. surau hanya dapat memuat 120 jemaah (lelaki dan wanita) pada satu-satu masa
3. jumlah penduduk Islam lebih dari 2,500 orang .
4. terdapat 1,200 rumah diperumahan kita dengan 70% adalah penduduk islam.
5. pada waktu solat terutama maghrib dan isyak sentiasa hampir penuh dan sebahagian
jemaah terpaksa pulang kerana tiada lagi ruang.
6. Surau yang ada terlalu kecil, tiada kemudahan mencukupi dan banyak kegiatan dan aktiviti
agama terpaksa ditangguhkan.

Kita berdoalah supaya hasrat kita ini dapat dimakbulkan oleh Allah S.W.T untuk mendapatkan surau baru yang lebih luas dan selesa.

1 comment:

  1. sila follow up balik permohonan tersebut, jika tiada perkembangan kita majukan permohonan tersebut kepada menteri wilayah persekutuan yang baru .

    ReplyDelete