27 April 2009

Senamrobik Poco-poco

Saya tak pasti bagaimana nama Poco-poco tu boleh timbul. Tapi ianya sangat popular sekarang dan telah dibuat dibanyak tempat. Bukan lagi oleh orang kebanyakkan tetapi termasuk VIP. Ia ditarikan dengan lagu khas berirama perlahan dari Indonesia jadi mungkin asalnya dari Indonesia?
Jurulatih Senamrobik Poco-poco yang didatangkan khas dari luar sedang memberikan tunjukajar tentang bagaimana nak menari poco-poco (berbaju dan berseluar hitam).













Jurulatih sedang menerangkan pergerakkan asas dalam senamrobik poco-poco
Senamrobik Poco-poco yang julung-julung kalinya diadakan di PPR Pantai Ria. Ia terbuka untuk kaum wanita sahaja dan diadakan setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di kawasan gelanggang sepaktakraw depan Blok C dan D. Ia berakhir jam 11.00 malam. Tahniah pada tenaga penganjur yang mengadakan aktiviti yang sihat seperti ini. Sambutan sangat menggalakkan dengan kehadiran hampir 70 orang termasuk anak-anak.

Kaum ibu yang nampaknya bersungguh-sungguh menari poco-poco. Bolehlah release sikit tension setelah seharian menguruskan rumahtangga dan anak-anak.

No comments:

Post a Comment