23 November 2009

Sembahyang Sunat Hari Raya, Ibadah Korban dan Jamuan Hari Raya

Solat Hari Raya

Surau Al Hijrah akan mengadakan sembahyang sunat hari raya aidil adha pada hari Jumaat, 27 November 2009, mulai jam 8.45 pagi. Semua jemaah dijemput bersama-sama untuk bersolat di surau kita dan mengambil kesempatan ini untuk merapatkan tali silaturrahim antara penduduk.

Majlis Korban

Akan diadakan pada hari raya ke 2 , Sabtu, 28 November 2009 mulai jam 7.00 pagi. Semua penduduk dijemput untuk membantu kami melaksanakan ibadah ini. InsyaAllah, pada tahun ini, ahli kariah telah menyumbang 3 ekor lembu termasuk seekor dari Masjid Khadijiah. Kemungkinan ada seekor lagi akan diketahui beberapa hari ini. Sila pastikan anda membawa peralatan yang sesuai seperti pisau, kapak dan sebagainya.

Gotong Royong Untuk Jamuan Hari Raya
Hari: Khamis, 26 November 2009
Waktu: Selepas solar asar
Aktiviti: Memotong daging lembu (seekor) yang disumbangkan oleh DBKL untuk jamuan pada hari raya ke 2.

Jamuan Hari RayaHari: Sabtu
Tarikh: 28 November 2009
Mulai jam 12.00 tengahari.

Kami menjemput semua muslimin dan muslimat untuk hadir dalam kesemua program diatas.

No comments:

Post a Comment