30 January 2010

Apa Itu Mat Salai ?



Saya pernah mendengar tentang Mat Salai sebelum ini tapi hari ni ceritanya keluar lagi dalam akhbar Metro. Ia adalah berita tentang satu perusahaan Bumiputera yang menjalankan perniagaan buger secara franchise dan berpejabat di Bandar Puteri Puchong dan menggunakan nama komersial Mat Salai. Semua makanannnya menggunakan nama Mat iaitu Mat Bif, Mat Chicken dan sebagainya. Minuman pun ada.

Saya belum dapat merasa kesedapannya makanannya bagaimana. Kalau stallnya ada kat Pantai Dalam ni mahu juga cuba try.

Ini adalah satu perniagaan yang menarik untuk diceburi oleh para lepasan sekolah atau mereka yang berminat berniaga secara sambilan atau sepenuh masa. Kalau anda nak tahu lebih lanjut kenalah masuk dalam laman webnya http://www.matsalaisb.com

Kita sebagai muslim patut membantu menyokong perusahaan yang dimajukan oleh bangsa seagama.


Nampak macam sedap


Nampak menarik



Kiosk Mat Salai

1 comment:

  1. slm wbt
    maaf, cuma nak maklumkan..ada 2 kompeni yg keluarkan jenama Mat Salai ni
    www.matsalaisb.com = kompeni Islam
    www.matsalai.com = kompeni Cina xtau agama apa

    sila bandingkan sendiri..& berhati2lah membuat pilihan

    jzkk

    Cg Khalid

    ReplyDelete