Kelas Fekah untuk wanita oleh Ustazah Hajjah Zawiah Hassan yang sepatutnya diadakan Sabtu ini, 3 April 2010 telah ditunda kepada 17 April 2010, Sabtu jam 11 pagi kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan.
Harap Maklum
31 March 2010
Khairat Kematian Masjid Khadijah, Pantai Dalam
Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa Masjid Khadijah Pantai Dalam mengadakan khairat kematian untuk ahli kariah di bawahnya. Yurannya tak mahal, cuma RM30 untuk satu keluarga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada risalah dibawah. Kami menggalakkan penduduk PPR Pantai Ria memasuki skim khairat kematian ini kerana banyak kebaikkannya.
27 March 2010
Tempahan Baju Rasmi Surau Dibuka
Contoh baju
Harga baju rasmi T Shirt surau al hijrah telah ditetapkan seperti berikut:-
1. Baju lengan panjang - RM32 sehelai
2. Baju lengan pendek - RM28 sehelai
Tempahan baju dibuka kepada semua penduduk yang berminat. Sila beri nama anda kepada ajk surau, En Nik Mustapa atau setiausaha beserta bayaran sebelum 1 April 2010 untuk memudahkan urusan.
Untuk setiap tempahan baju, RM2 akan dimasukkan kedalam tabung surau. Membeli sambil beramal.
23 March 2010
Kutipan Sumbangan Bulanan dan Derma Surau
Untuk makluman kepada semua muslimin dan muslimat, penduduk2 PPR Pantai Ria. kami, jawatankuasa Surau Al Hijrah yang telah diamanahkan untuk memakmurkan rumah Allah sentiasa memastikan bahawa setiap sumbangan derma atau yuran bulanan yang diterima dari setiap orang direkodkan serta dibelanjakan secara berhemat. Setiap penerimaan wang derma serta perbelanjaan dicatat dengan resit rasmi surau.
Walaupun kita telah melantik wakil surau, En Sufian untuk membuat kutipan bulanan sebanyak RM3.00 dari setiap rumah, tetapi bukan semua yang membayar. Kutipan ini pula adalah berdasar sumbangan ikhlas penduduk dan tiada paksaan. Jumlah kutipan pula ada ketikanya hanya cukup untuk menampung kos eletrik, bayaran penceramah / pengajar sahaja. Pihak surau sentiasa berikhtiar untuk menambah tabungan surau tanpa mengharap 100% dari kutipan bulanan ini.
Semua sumbangan dari kutipan bulanan dan derma adalah digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan berikut:-
1. Bayaran elektrik surau - lingkungan RM200 sebulan
2. Bayaran pengajar kuliah / penceramah setiap bulan
3. Kos pengurusan / pentadbiran / penyelenggaraan surau
4. Bayaran khairat kematian - RM200 untuk setiap kematian. Bayaran ini hanya dibuat kepada waris simati yang membuat bayaran bulanan RM3.00 sahaja.
5. Kos mengadakan majlis2 sempena hari kebesaran Islam spt maulidul rasul dan sebagainya.
Kami memohon kepada anda diluar sana yang tidak pernah menjejakkan kaki ke surau kita supaya datanglah ke surau. Kalau tak dapat setiap hari, 1 kali seminggu / sebulan pun jadilah. Jika anda ke surau, baru anda tahu apakah aktiviti-aktiviti surau yang telah dan sedang dijalankan. Kami tidak mahu anda mendengar dari sumber2 yang diragui.
Teruslah bercakap dengan kami ajk surau jika anda merasakan perlu memberi komen dan pandangan. Berilah pandangan yang membina agar kami dapat memperbaiki apa yang kurang. Ingatlah, surau adalah rumah Allah dan terbuka untuk semua penduduk Blok A B C dan D, bukan untuk orang tertentu.
Wassalam.

22 March 2010
Takziah kepada Keluarga En Ibrahim B-3-10
Jawatankuasa surau mengucapkan takziah kepada keluarga En Ibrahim bin Yunus , 56 tahun, dari rumah B -3-10 yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Semoga roh beliau ditempatkan antara orang-orang yang beriman.
Pihak surau telah menyerahkan wang khairat kematian sebanyak RM200 kepada keluarga beliau.
Pihak surau telah menyerahkan wang khairat kematian sebanyak RM200 kepada keluarga beliau.
20 March 2010
Baju Rasmi Surau Al Hijrah
Contoh baju T Shirt
Ada cadangan supaya surau al hijrah mengadakan baju T Shirt untuk para jemaah. Baju ini boleh digunakan semasa majlis rasmi atau aktiviti2 surau ataupun semasa majlis perkahwinan. Untuk itu, beberapa rekabentuk baju T Shirt yang sesuai sedang dipertimbangkan. Bagi yang berminat, boleh memberi nama kepada AJK surau kerana harga T Shirt akan ditentukan oleh bilangan yang ditempah. Harga T Shirt juga ditentukan oleh rekabentuk, jenis kain serta bilangan warna. Harga dianggarkan dibawah RM30 sehelai. Kos membeli baju adalah kos individu.
Walaupun demikian, baju T Shirt ini digalakkan untuk jemaah lelaki. Jemaah wanita digalakkan menempah baju kurung yang akan diuruskan oleh ajk wanita.
17 March 2010
Maulidul Rasul DI Surau PERKIM
Majlis berlangsung di surau Perkim Jalan Ipoh pada hari Ahad lepas. Seramai 60 orang dari PPR Pantai Ria turut hadir. 2 orang penceramah menarik perhatian hadirin iaitu Ustaz Farid Ravi dan Ustaz Meeftah. Kedua-duanya sama hebat.
Ustaz Meeftah bersama Datuk Nakhaei dan Hj Kairom.
Hadirin
Ramainya hadirin wanita
Hadirin lelaki - ramailah juga
Semuanya tertarik dengan ceramah
Ustaz Farid Ravi
Pendaftaran diruang lobi
Ustaz Meeftah bersama Datuk Nakhaei dan Hj Kairom.
Hadirin
Ramainya hadirin wanita
Hadirin lelaki - ramailah juga
Semuanya tertarik dengan ceramah
Ustaz Farid Ravi
Pendaftaran diruang lobi
12 March 2010
11 March 2010
Lelaki Mati Dipercayai Bunuh Diri di Blok D
Seorang lelaki India berumur 42 tahun dipercayai telah terjun dari tingkat 14 Blok D PPR Pantai Ria dan mati akibat kecederaan parah dikepala. Mayatnya ditemui oleh penduduk di atas lantai simen tingkat bawah berhampiran tempat letak motosikal.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi hari Selasa yang lepas. Pihak Polis dan pihak ambulan telah datang menyiasat dan mengambil mayat tersebut. Beberapa penduduk yang berada dikawasan tersebut memberitahu lelaki India itu adalah kemungkinan orang luar kerana tiada sesiapapun yang kenal beliau.
Beberapa orang penduduk memberitahu bahawa mereka telah terlihat kelibat mangsa pada sebelah siang dalam keadaan yang mundar mandir dan gelisah dan tidak menyangka beliau akan melakukan tindakkan begitu.

08 March 2010
Khemah Untuk DiSewa
Tiada Air Kerana Tekanan Air Syabas Rendah
Sejak akhir2 ini, terlalu kerap gangguan bekalan air di Blok C dan D berlaku. Sejak seminggu lalu, sudah 5 atau 6 kali air terhenti. Malam tadi paling lama kerana sehingga hari ini ia masih belum pulih sehingga petang ini.
Pusat Aduan DBKL memberitahu yang pam bukanlah punca terjadinya gangguan bekalan air tetapi kerana bekalan air oleh Syabas bertekanan rendah. Pihak Syabas sedang melakukan tindakkan untuk mengatasi masalah ini.

06 March 2010
PERKIM SAMBUT MAULIDUL RASUL
Ustaz Meeftah Anuar
Ustaz Farid Ravi Abdullah
Masih dalam suasana meraikan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW, PERKIM Kebangsaan akan menganjurkan majlis sambutan maulidul rasul seperti berikut:-
Hari: Ahad
Tarikh: 14 Mac 2010
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Penceramah:
a) Ustaz Farid Ravi Abdullah, Pengarah KUIS
b) Ustaz Meeftah Anuar, Penolong Pengarah Khidmat Sosial JAKIM
Tempat: Surau PERKIM, Bangunan PERKIM Jalan Ipoh
Pengangkutan akan disediakan oleh pihak surau.
Kepada muslimin serta muslimat yang ingin turut serta dalam majlis tersebut sila maklumkan kepada Setiausaha atau AJK Surau untuk memudahkan urusan pengangkutan. Tempat terhad.
02 March 2010
BLOK C DAN D TIADA AIR
Dah 2 kali pada minggu ini penghuni2 Blok C dan D mengeluh kerana bekalan air terganggu. Kali pertama pada hari Sabtu yang lepas masa Majlis sambutan Maulidul Rasul dan kali ke 2 bermula pada pukul 10 malam tadi dan sehingga kini masih belum pulih. Pejabat kecil memberitahu yang pam di tangki bawah telah rosak dan sedang dibaiki.
Kita memohonkepada DBKL supaya mengambil tindakkan segera untuk mengelakkan masalah ini berulang. Kalau perlu, pasanglah pam tambahan supaya bila ada masalah, ada pam ganti. Kita ni duduk dirumah berbelas-belas tingkat. Kalau tak ada air memang masalah besar.

01 March 2010
Maulidul Rasul 1431 Hijrah Meriah
Sambutan Maulidul Rasul telah disambut dengan meriah sekali di PPR Pantai Ria pada hari Sabtu, 27 Februari 2010 yang lalu. Hampir 500 penduduk hadir mengadakan perarakkan sambil berselawat atas Nabi Muhammad SAW.
Jamuan untuk tetamu khas
Kumpulan pesilat dalam perarakkan meneglilingi PPR Pantai Ria
Foto kenangan bersama Datuk Hasbullah/isteri dan Ustaz Amran dari PERKIM, En Azizan dari Sedayu Event Management, fasilitator dari KUIS, Hj Kairom, Pengerusi Surau, Imam Jani - imam masjid Khadijah serta para AJK Surau.
Isteri Datuk Hasbullah serta para tetamu jemputan
Pesilat2 cilik
Peserta perarakkan

Ceramah yang sangat bertenaga dan mengesankan dari Ustaz Meeftah Anuar, Penolong Pengarah (Khidmat Sosial) JAKIM, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya. Ceramah beliau bertajuk "Perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Allah" memukau para hadirin yang tidak berganjak dari mula hingga akhir.
Datuk Hasbullah dari PERKIM merasmikan majlis. Terimakasih kepada Datuk dan isteri yang sudi meluangkan masa dalam program kami kali ini.
Isteri Datuk Hasbullah serta para tetamu jemputan
Pesilat2 cilik
Peserta perarakkan
Persiapan sebelum berarak
Majlis berzanji diadakan disurau pada malam sebelumnya sempena maulidul rasul serta mencukur jambul salah seorang bayi yang baru lahir. Berzanji diketuai oleh En Zakaria dari PPR Kg Limau dan disertai (dari kiri) Imam Mohammad, Imam hj Hassan dan dikanan Bilal En Khalid.
Sebelum berarak. Pengerusi sedang mengatur para peserta
Subscribe to:
Posts (Atom)