20 March 2010

Baju Rasmi Surau Al Hijrah


Contoh baju T Shirt

Ada cadangan supaya surau al hijrah mengadakan baju T Shirt untuk para jemaah. Baju ini boleh digunakan semasa majlis rasmi atau aktiviti2 surau ataupun semasa majlis perkahwinan. Untuk itu, beberapa rekabentuk baju T Shirt yang sesuai sedang dipertimbangkan. Bagi yang berminat, boleh memberi nama kepada AJK surau kerana harga T Shirt akan ditentukan oleh bilangan yang ditempah. Harga T Shirt juga ditentukan oleh rekabentuk, jenis kain serta bilangan warna. Harga dianggarkan dibawah RM30 sehelai. Kos membeli baju adalah kos individu.
Walaupun demikian, baju T Shirt ini digalakkan untuk jemaah lelaki. Jemaah wanita digalakkan menempah baju kurung yang akan diuruskan oleh ajk wanita.



No comments:

Post a Comment