01 March 2010

Maulidul Rasul 1431 Hijrah Meriah

Sambutan Maulidul Rasul telah disambut dengan meriah sekali di PPR Pantai Ria pada hari Sabtu, 27 Februari 2010 yang lalu. Hampir 500 penduduk hadir mengadakan perarakkan sambil berselawat atas Nabi Muhammad SAW.


Jamuan untuk tetamu khas


Kumpulan pesilat dalam perarakkan meneglilingi PPR Pantai Ria


Foto kenangan bersama Datuk Hasbullah/isteri dan Ustaz Amran dari PERKIM, En Azizan dari Sedayu Event Management, fasilitator dari KUIS, Hj Kairom, Pengerusi Surau, Imam Jani - imam masjid Khadijah serta para AJK Surau.



Ceramah yang sangat bertenaga dan mengesankan dari Ustaz Meeftah Anuar, Penolong Pengarah (Khidmat Sosial) JAKIM, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya. Ceramah beliau bertajuk "Perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Allah" memukau para hadirin yang tidak berganjak dari mula hingga akhir.

Datuk Hasbullah dari PERKIM merasmikan majlis. Terimakasih kepada Datuk dan isteri yang sudi meluangkan masa dalam program kami kali ini.

Isteri Datuk Hasbullah serta para tetamu jemputan


Pesilat2 cilik


Peserta perarakkan

Persiapan sebelum berarak

Majlis berzanji diadakan disurau pada malam sebelumnya sempena maulidul rasul serta mencukur jambul salah seorang bayi yang baru lahir. Berzanji diketuai oleh En Zakaria dari PPR Kg Limau dan disertai (dari kiri) Imam Mohammad, Imam hj Hassan dan dikanan Bilal En Khalid.
Sebelum berarak. Pengerusi sedang mengatur para peserta




No comments:

Post a Comment