23 March 2010

Kutipan Sumbangan Bulanan dan Derma Surau

Untuk makluman kepada semua muslimin dan muslimat, penduduk2 PPR Pantai Ria. kami, jawatankuasa Surau Al Hijrah yang telah diamanahkan untuk memakmurkan rumah Allah sentiasa memastikan bahawa setiap sumbangan derma atau yuran bulanan yang diterima dari setiap orang direkodkan serta dibelanjakan secara berhemat. Setiap penerimaan wang derma serta perbelanjaan dicatat dengan resit rasmi surau.

Walaupun kita telah melantik wakil surau, En Sufian untuk membuat kutipan bulanan sebanyak RM3.00 dari setiap rumah, tetapi bukan semua yang membayar. Kutipan ini pula adalah berdasar sumbangan ikhlas penduduk dan tiada paksaan. Jumlah kutipan pula ada ketikanya hanya cukup untuk menampung kos eletrik, bayaran penceramah / pengajar sahaja. Pihak surau sentiasa berikhtiar untuk menambah tabungan surau tanpa mengharap 100% dari kutipan bulanan ini.

Semua sumbangan dari kutipan bulanan dan derma adalah digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan berikut:-

1. Bayaran elektrik surau - lingkungan RM200 sebulan
2. Bayaran pengajar kuliah / penceramah setiap bulan
3. Kos pengurusan / pentadbiran / penyelenggaraan surau
4. Bayaran khairat kematian - RM200 untuk setiap kematian. Bayaran ini hanya dibuat kepada waris simati yang membuat bayaran bulanan RM3.00 sahaja.
5. Kos mengadakan majlis2 sempena hari kebesaran Islam spt maulidul rasul dan sebagainya.

Kami memohon kepada anda diluar sana yang tidak pernah menjejakkan kaki ke surau kita supaya datanglah ke surau. Kalau tak dapat setiap hari, 1 kali seminggu / sebulan pun jadilah. Jika anda ke surau, baru anda tahu apakah aktiviti-aktiviti surau yang telah dan sedang dijalankan. Kami tidak mahu anda mendengar dari sumber2 yang diragui.

Teruslah bercakap dengan kami ajk surau jika anda merasakan perlu memberi komen dan pandangan. Berilah pandangan yang membina agar kami dapat memperbaiki apa yang kurang. Ingatlah, surau adalah rumah Allah dan terbuka untuk semua penduduk Blok A B C dan D, bukan untuk orang tertentu.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment