Firman
Allah swt, Al Anfaal: 27.
"Wahai
orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan
Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan
keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."
Marilah kita bertakwa
kepada Allah swt di mana sahaja kita berada dengan meningkatkan rasa takut kita
kepada-Nya, semoga kita sentiasa dibawah jagaan-Nya.
Ikhwan muslimin, hari ini
ramai orang yang ghairah untuk menjadi pemimpin tanpa melihat dan mengukur
kelayakan diri sendiri, sedangkan jawatan pemimpin itu satu amanah dan
tanggungjawab. Mereka meminta menjadi pemimpin dalam berbagai jawatan dalam
sektor awam atau swasta, sehingga meminta menjadi wakil rakyat dan menteri.
Demi untuk memperolehi sesuatu jawatan ada kemungkinan mereka akan melakukan apa saja dan bersedia menghalalkan cara walaupun dengan melakukan jenayah dan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti rasuah, mencaci, mengumpat, menipu dan sebagainya.
Demi untuk memperolehi sesuatu jawatan ada kemungkinan mereka akan melakukan apa saja dan bersedia menghalalkan cara walaupun dengan melakukan jenayah dan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti rasuah, mencaci, mengumpat, menipu dan sebagainya.
Memimpin adalah amanah
dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Amanah dan
tanggungjawab ini tidak akan terlaksana tanpa adanya pemimpin yang berwibawa
memeliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang tertentu, sesuai dengan tugas dan
tanggungjawabnya, mengajak manusia mengabdikan diri sesungguhnya kepada Allah
swt, melalui kerja-kerja memakmurkan bumi Allah swt, melakukan islah, menegakkan
kebenaran, mengujudkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat
dan negara.
Berdasarkan amanah dan
tanggungjawab seorang pemimpin, maka orang yang lemah dan tidak memiliki
kelayakan tidak boleh menjadi pemimpin. Oleh itu melantik seorang pemimpin atau
pegawai yang tidak memiliki kelayakan kepada sesuatu jawatan sedangkan masih ada
orang yang lebih layak kepada jawatan tersebut, merupakan suatu pengkhianatan besar kepada Allah swt
dan Rasulullah saw. Dan sangat bertentangan dengan ajaran syariat
Islam kerana akibat dari perbuatan itu, masyarakat dan negara akan musnah
dan tergadai serta diangkat
keberkatannya.
Sabda Rasulullulah saw;
‘Apabila disandarkan pekerjaan kepada orang yang bukan ahlinya, maka
tunggulah kiamat (saat kehancuran)’.
Sabda Rasulullulah saw
lagi; ‘Barang siapa melantik seseorang sebagai pemimpin/pegawai di dalam
sebuah kumpulannya sedangkan masih ada di kalangan mereka orang yang lebih
layak, orang yang lebih disukai Allah swt daripadanya maka sesungguhnya dia
telah mengkhianati Allah swt dan Rasul-Nya dan mengkhianati orang-orang yang
beriman’.
Demi menjaga kepentingan
umat dan negara, demi menjaga pengaruh keduniaan agar tidak meresab masuk ke
dalam jiwa pemimpin, Rasulullah saw melarang meminta sesuatu jawatan di dalam
pemerintahan, apa lagi merebut tanpa kelayakan dan persedi aan yang mencukupi.
Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Kami demi Allah, tidak akan melantik
ke jawatan pemerintahan ini, orang yang memohonnya dan juga orang yang
sangat-sangat berkeinginan untuk mendapatkannya’.
Sifat loba dan sifat
tamak dan menginginkan jawatan akan mendorong seseorang untuk berbuat zalim dan
dosa demi untuk mendapatkannya. Apabila sudah dapat berjawatan maka akan
dipergunakannya untuk kepentingan-kepentingan dirinya. Adapun orang yang
diberikan jawatan berdasarkan kelayakkan, sedangkan ia tidak menginginkan
jawatan itu, maka Allah swt akan memberikan pertolongan dan taufik kepadanya di
dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin yang merupakan
amanah daripada Allah swt.
Orang yang menginginkan
jawatan kerana mengejar pangkat, mencari pengaruh, mengumpul harta kekayaan,
kemewahan duniawi semata-mata, sangat terdedah kepada melakukan sebarang
penyelewengan, pengkhianatan dan penipuan semasa menjalankan tugas dan
tanggungjawabnya.
Kepada mereka ini diingatkan bahawa pengkhianatan dan penipuan yang dilakukan oleh seorang pemimpin sangat besar kesan dan akibatnya keatas diri, keluarga, rakyat dan negara. Diatas perbuatannya itu ia akan menanggung kesusahan hidup di dunia dan di akhirat dan dia akan menyesal kerana disiksa oleh Allah swt di dalam Neraka jahanam nanti.
Kepada mereka ini diingatkan bahawa pengkhianatan dan penipuan yang dilakukan oleh seorang pemimpin sangat besar kesan dan akibatnya keatas diri, keluarga, rakyat dan negara. Diatas perbuatannya itu ia akan menanggung kesusahan hidup di dunia dan di akhirat dan dia akan menyesal kerana disiksa oleh Allah swt di dalam Neraka jahanam nanti.
Sabda Rasulullulah saw
yang bermaksud; ‘Tiadalah seorang hamba Allah swt yang diberi tugas pemimpin
untuk memimpin rakyat kemudian dia mati di hari kematiannya dalam keadaan dia
menipu rakyatnya melainkan Allah swt mengharamkannya dari memasuki syurga’.
(Hadis Muttafaq’alaih)
Seorang pemimpin
hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, tidak boleh melarikan diri dari
menjalankan tanggungjawabnya. Kalau dia seorang pemimpin rakyat, maka dia harus
turun ke medan menemui rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka. Rakyat
hendaklah dilayani dengan adil dan saksama.
Sabda Rasulullulah saw
yang bermaksud; ’Sesiapa yang diberi Allah swt kuasa untuk menguruskan
sesuatu urusan kaum Muslimin, tetapi dia berlindung tidak menunaikan keperluan
mereka atau menghiraukan kemiskinan mereka, nescaya Allah swt berlindung Diri
tidak melayani hajat dan permintaannya’. (Hadis Sahih)
Ikhwan muslimin, sudah
menjadi hak masyarakat untuk dididik dan dibantu oleh pemimpin begitu juga
menasihati dan menegur mana-mana pemimpin yang terlanjur dengan cara berkhikmah
kerana Islam adalah agama ‘al-nasihah’; nasihah kerana Allah, berpandukan
kitabnya dan Rasulnya untuk memimpin kaum Muslimin dan sekalian rakyatnya.
Masyarakat dan rakyat hendaklah mentaati pemimpin dalam perkara-perkara kebaikan
dan kebajikan dan hendaklah bersedia membantu dalam melaksanakan program-program
pembangunan dan kebajikan.
Penyalahgunaan kuasa oleh
pemimpin adalah merupakan satu kezaliman yang sangat besar bahayanya, demikian
juga menyalahgunaan kekayaan negara dan harta rakyat. Pemimpin atau pegawai yang
terlibat dengan mengurus harta kerajaan tidak boleh menggunakan harta kerajaan
atau makan harta kerajaan dengan cara yang tidak benar dari segi syariat Islam
dan melanggar peraturan. Apapun harta yang di sampaikan kepadanya, hendaklah ia
menyerahkan kepada perbendaharaan atau Baitulmal milik kaum muslimin, jangan ada
sedikitpun yang dijadikan milik peribadi.
Rasulullulah saw bersabda
yang bermaksud; ‘Barang siapa di antara kamu yang kami tugaskan untuk
memimpin, lalu dia menyembunyikan harta walaupun sebesar jarum atau lebih kecil
dari itu, maka pada hari kiamat nanti dia akan datang membawanya sebagai
seorang pengkhianat’.
Seorang pemimpin
hendaklah sentiasa peka dan berwaspada terhadap perbagai manusia yang keluar
masuk kepadanya dan yang ada di sekelilingnya, lantaran itu hendaklah ia
mengambil penasihat-penasihat dari kalangan orang-orang yang baik-baik, ikhlas
lagi dipercayai dari kalangan ulamak dan orang yang bijak pandai.
Rasulullulah saw pernah
mengingatkan kita dengan sabdanya, bermaksud; ‘Tidak ada seorang nabi
diutuskan Allah dan tidak ada pula seorang pemimpin yang diangkat kecuali mereka
mempunyai dua jenis teman rapat; teman rapat yang menyuruhnya dan yang
mendorongnya berbuat kebaikan dan selalu mendorongnya untuk berbuat baik
sedangkan teman yang satu lagi menyuruhnya membuat kejahatan serta mendorongnya
berbuat kejahatan. Orang yang terpelihara sebenarnya ialah orang yang mendapat
jagaan dan pemeliharaan daripada Allah swt.’ (Sahih Bukhari)
Jalan yang selamat ialah
sentiasa berhati-hati, tidak terburu-buru membuat keputusan atau tindakan tanpa
bermesyuarah terlebih dahulu. Seorang pemimpin hendaklah bersikap jujur dan
mesra dengan masyarakat atau orang bawahannya serta memberi layanan yang adil
kepada semua tanpa memilih kasih.
Pemimpin yang baik ialah
pemimpin yang disayangi oleh rakyat atau orang bawahannya. Oleh itu seorang
pemimpin hendaklah memupuk kesetiaan masyarakat kepada kepimpinannya dan jangan
melakukan sesuatu yang melemahkan kepercayaan mereka dan kesetiaan mereka.
Ingatlah sabda Rasulullulah saw; kepada Abu Dzar ra ketika ia meminta dilantik menjadi pegawai Rasulullulah saw, Rasulullulah saw menepuk bahunya serta bersabda; ‘Hai Abu Dzar kamu seorang yang lemah sedangkan jawatan itu adalah satu amanah (tanggungjawab) yang kelak di hari kiamat menjadi hina dan menyesal kecuali orang yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipannya’.
Wallahualam
petikan dari kufah-ukm.blogspot.com untuk renungan bersama
Ingatlah sabda Rasulullulah saw; kepada Abu Dzar ra ketika ia meminta dilantik menjadi pegawai Rasulullulah saw, Rasulullulah saw menepuk bahunya serta bersabda; ‘Hai Abu Dzar kamu seorang yang lemah sedangkan jawatan itu adalah satu amanah (tanggungjawab) yang kelak di hari kiamat menjadi hina dan menyesal kecuali orang yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipannya’.
Wallahualam
petikan dari kufah-ukm.blogspot.com untuk renungan bersama
No comments:
Post a Comment