22 April 2013

Surau Al Hijrah Diiktiraf Surau Terbaik Seluruh Wilayah Persekutuan KL

Sijil Surau Terbaik
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini menyampaikan anugerah surau terbaik kepada Surau Al Hijrah PPR Pantai Ria bagi kategori surau biasa. Antara kriteria anugerah yang diambil kira ialah:-
 
1.  Penglibatan ahli kariah dalam aktiviti surau
2. Program/akitiviti untuk jemaah sepanjang tahun 2012
3. Penglibatan ajk
4. Penyediaan akaun surau secara konsisten
5. Mempunyai carta organisasi surau
6. Kebersihan tempat wudhu / tandas
7. Mempunyai laman blog yang sentiasa dikemaskini
 
Pihak surau mengucapkan terimakasih kepada semua ajk serta jemaah dan ahli kariah yang memberi kerjasama dan sokongan yang jitu kepada pihak pengurusan surau kita hingga terpilih menerima anugerah ini.
 
Di dalam majlis tersebut, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin turut menyampaikan anugerah Imam Terbaik, Bilal Terbaik, Noja Terbaik, Masjid Terbaik, Surau Jumaat Terbaik, dan Surau Terbaik.
 
Bagi Kategori Imam Terbaik ialah Haji Osman bin Hassan dari Surau An-Nur Taman Koperasi Polis Fasa 2, Bilal Terbaik ialah Abdul Rashid bin Abdullah dari Masjid Imam al-Syafie, dan Noja Terbaik ialah Mohamad Noor Biggs bin Abdullah dari Masjid.
 
Bagi anugerah masjid terbaik dimenangi oleh Masjid Assyakirin, KLCC. Surau Jumaat terbaik dimenangi oleh Madrasah Nahdatul Diniah, Kg Malaysia Tambahan dan Surau Terbaik dimenangi oleh Surau Al-Hijrah, PPR Pantai Ria.

 Setiap pemenang masjid, surau jumaat dan surau biasa terbaik membawa pulang hadiah RM5,000.00 setiap satu.
 
Selain itu, anugerah juga diberikan kepada Imam Ratib Terbaik, Bilal Ratib Terbaik dan Noja Ratib Terbaik yang masing2 menerima RM1,500.00.
 
Anugerah diadakan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju dan dihadiri oleh hampir 3,000 orang jemputan yang terdiri dari AJK masjid dan surau, ahli kariah, pendidik dan pendakwah seluruh Wilayah Persekutuan KL.
 
Hadiah imam ratib terbaik

Hadiah bilal ratib  terbaik

Hadiah noja ratib terbaik

Hadiah masjid terbaik - Masjid Assyakirin, KLCC
 

Hadiah surau Jumaat terbaik - Surau AnNur, Kg Malaysia Tambahan

Hadiah surau biasa terbaik - diterima oleh Pengerusi Surau Al Hijrah, Hj Kairom Ahmad
 
Pemenang bergambar bersama TPM


Cenderahati dari TPM kepada Imam Masjid Nabawi, Madinah - Sheikh Solah AlBudair. Beliau membaca ayat suci AlQuran serta mengimamkan Solat Zuhur.

Barisan ajk Surau AlHijrah serta ahli kariah  bersama Ustaz Hazman (Penyelaras Zon 6), Ustaz Hazarudin (Imam Masjid Tunku Mizan Putrajaya) dan Ustaz Sabori (JAWI)

AJK dan jemaah wanita surau ALHijrah

Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju

Piala Surau Terbaik

Replika cek RM5,000.00 yang diterima Surau AlHijrah
 

1 comment:

  1. tahniah kepada seluruh ajk yang bertukus lumus memastikan surau anda sentiasa dipenuhi program keilmuan, patut dicontohi oleh surau lain

    ReplyDelete