FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah
menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah
menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya)
itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah
sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah al-Nisa’, ayat 58).
Amanah adalah sifat terpuji yang dianjurkan Islam kepada setiap Muslim sebagai garisan pemisah kepada keimanan dan keagamaan individu.
Jelas diterangkan dalam hadis orang yang tidak menghiasi dirinya dengan sifat amanah atau tidak dipercayai ramai dalam memegang sesuatu amanah serta melakukan khianat kepada umat manusia bererti dia bukanlah orang yang benar-benar beriman kepada Allah.
Ibnu Kathir menjelaskan, sebab turunnya ayat ini ketika Rasulullah SAW meminta kunci Kaabah daripada Uthman bin Talahah bin Abu Talhah sewaktu penaklukan Makkah, kemudian menyerahkannya kembali kepada Uthman yang juga dari keturunan Abdil Dar yang mewarisi amanah kunci Kaabah setelah sekian lamanya sehingga ke hari ini.
Sifat amanah mengungkap pengertian yang sangat luas dan mendalam. Ia bukan sekadar membawa erti bersikap jujur dalam urusan kehidupan, malah merangkumi setiap tanggungjawab yang perlu ditunai membabitkan pemimpin, rakyat, ibu bapa, anak dan individu Muslim.
Islam telah menyerahkan amanah dan tanggungjawabnya kepada setiap individu terhadap Allah, malah setiap manusia dilahirkan sebagai seorang pemimpin seperti mana dijelaskan Rasulullah: “Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pelindung kepada ahli keluarganya dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya.

Ini ditegaskan sendiri oleh Rasulullah dalam satu hadis yang bermaksud:
“Tiada iman bagi yang tidak memegang amanah dan tiada agama bagi orang yang
tidak dapat dipegang janjinya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Dailami).
Jelas diterangkan dalam hadis orang yang tidak menghiasi dirinya dengan sifat amanah atau tidak dipercayai ramai dalam memegang sesuatu amanah serta melakukan khianat kepada umat manusia bererti dia bukanlah orang yang benar-benar beriman kepada Allah.
Ibnu Kathir menjelaskan, sebab turunnya ayat ini ketika Rasulullah SAW meminta kunci Kaabah daripada Uthman bin Talahah bin Abu Talhah sewaktu penaklukan Makkah, kemudian menyerahkannya kembali kepada Uthman yang juga dari keturunan Abdil Dar yang mewarisi amanah kunci Kaabah setelah sekian lamanya sehingga ke hari ini.
Sifat amanah mengungkap pengertian yang sangat luas dan mendalam. Ia bukan sekadar membawa erti bersikap jujur dalam urusan kehidupan, malah merangkumi setiap tanggungjawab yang perlu ditunai membabitkan pemimpin, rakyat, ibu bapa, anak dan individu Muslim.
Islam telah menyerahkan amanah dan tanggungjawabnya kepada setiap individu terhadap Allah, malah setiap manusia dilahirkan sebagai seorang pemimpin seperti mana dijelaskan Rasulullah: “Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pelindung kepada ahli keluarganya dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya.
Seorang perempuan di rumah suaminya adalah penjaga dan
bertanggungjawab terhadap jagaannya, begitu juga seorang khadam sebagai penjaga
amanah harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaan di bawahnya.” (Hadis
riwayat Bukhari).
Rasulullah ketika remaja seorang pemuda yang amanah sehingga digelar ‘al-Amin.’ Begitu juga nabi Musa ketika baginda membantu dua orang gadis memberi minum binatang ternakan mereka.
Pengajaran yang terselit daripada kisah ini ialah utusan Allah dipilih dari kalangan semulia-mulia manusia dari segi kemuliaan peribadinya, keturunannya dan tabiatnya. Inilah hakikat sifat amanah yang dianjurkan oleh Islam kepada umatnya.
Begitu juga contoh teladan ditunjukkan Saidina Umar al-Khattab, khalifah yang sangat terkenal dengan kejujuran dan kehebatannya dalam kepemimpinan. Corak kehidupan Saidina Umar amat sederhana sehingga utusan khas dari Syam sukar untuk mengenali beliau.
Hal ini kerana utusan dari Syam itu mendapati Saidina Umar tidur di bawah pohon beralaskan tanah tanpa sebarang pengawasan tentera, apatah lagi jauh daripada warna-warni kemewahan dan juga tidak terserlah darinya lambang kebesaran sebagai raja atau pemimpin dunia.
Dalam hal ini, pemimpin sewajarnya bersifat amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan rakyat kepada mereka. Pemimpin dilarang mengamalkan perasaan pilih kasih kerana ia termasuk dalam erti perbuatan khianat yang terlarang.
Petikan tulisan Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

No comments:
Post a Comment