Sifat tamak iaitu ingin memiliki sesuatu tanpa batasan atau sikap haloba yang tak pernah rasa cukup dengan kekayaan boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehancuran.
Sifat ini tidak terbatas dalam mencari harta dan juga untuk mendapatkan kuasa. Semuanya menjurus ke arah nafsu kebendaan. Peribahasa Melayu ada mengatakan; “Orang tamak selalu rugi”.
Dalam kehidupan dunia moden sifat tamak, haloba dan bakhil mempengaruhi gaya hidup yang hanya mementingkan kebendaan dan kekayaan. Sifat ini sewajarnya dijauhi dari menjadi penyakit dalam masyarakat yang boleh menjadi tabiat buruk.
Oleh itu, berhati-hatilah dalam usaha mencari harta kekayaan di dunia. Kes 8,000 pelabur emas yang menjadi mangsa syarikat urus niaga emas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan juga pelbagai kes sebelum ini sewajarnya dijadikan pengajaran dan teladan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah, nescaya ia mahu yang ketiga.
Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan ALLAH sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” (Riwayat Ahmad).
Daripada hadis ini jelas membayangkan sifat tamak dalam kalangan manusia sejak dahulu hingga sekarang.
Sebagai contoh sifat tamak Karun yang memiliki banyak harta dan tak pernah rasa cukup iaitu, pada zaman nabi Musa a.s, dan kerana keangkuhan dan ketamakannya terbenam ke dalam tanah bersama harta bendanya.
Disebabkan sifat tamak ini sesuatu perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan seseorang sanggup membuat kerja-kerja yang hina seperti mencuri, merompak, dan melakukan rasuah.
Sifat ini seharusnya dielakkan dalam kalangan umat Islam.
Sifat tamak ini lahir dari hati yang tidak pernah puas akan harta dan kekayaan yang diperoleh. Hati ialah raja dalam diri manusia. Hati juga tempat letaknya keyakinan seorang hamba terhadap Tuhan-Nya. Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan dan menjadikan manusia tamak.
Hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dan ketenangan dalam diri, keluarga dan masyarakat. Imam Al-Ghazali berkata, “ Tujuan memperbaiki akhlak ialah untuk membersihkan hati supaya jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya ALLAH SWT.”
Jelaslah sifat tamak lawannya zuhud (tidak rakus kepada dunia). Dalam hal ini diceritakan seorang sahabat datang kepada Nabi SAW dan bertanya, “Ya, Rasulullah, tunjukkan kepada ku suatu amalan yang apabila aku amalkan nescaya aku akan dicintai ALLAH dan manusia, Rasulullah SAW menjawab, “Hiduplah di dunia dengan zuhud (bersahaja) soleh hidupnya tidak mementingkan keduniaan, maka kamu akan dicintai ALLAH, dan janganlah tamak terhadap apa yang ada di tangan manusia, nescaya kamu akan disenangi manusia.” (Riwayat Ibn Majah).
Cara hidup yang sederhana dan zuhud akan mewujudkan sifat pemurah, ikhlas, syukur, dan tawaduk dalam hati seseorang. Sifat-sifat ini adalah akhlak mulia dan adab seharian sebagai penghias peribadi Muslim.
Hiduplah di dunia dengan zuhud iaitu tidak rakus kepada dunia seperti firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan buatkan lah untuk mereka (manusia) perumpamaan kehidupan dunia ini, ibarat air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, sehingga menyuburkan tumbuh-tumbuhan di bumi, kemudian (tumbuh-tumbuhan) itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin.
Dan ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu. Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhan mu serta lebih untuk menjadi harapan.”
Tulisan: Dr Aminudin Mansor

No comments:
Post a Comment