18 May 2013

Perancis Halalkan Kahwin Sejenis - Tanda Akhir Zaman



PARIS: Perancis menjadi negara ke-14 untuk menghalalkan perkahwinan sama jantina apabila Presiden Francois Hollande meluluskannya dalam undang-undang negara itu selepas perdebatan politik berbulan-bulan mengenainya.

Hollande bertindak sehari selepas Majlis Perlembagaan menyingkirkan cabaran undang-undang oleh pembangkang sayap kanan, yang telah menjadi halangan terakhir untuk meluluskan rang undang-undang itu.

Undang-undang itu juga membenarkan pengambilan anak angkat oleh pasangan sama jantina.

Walaubagaimanapun, undang-ungang tersebut menerima tentangan hebat dari segelintir pembangkang yang bertekad untuk meneruskan pembantahan mereka.

“Perkahwinan untuk semua" merupakan manifesto kempen pilihan raya presidennya tahun lalu.

Semasa perdebatan untuk meluluskan undang-undang tersebut, beliau berkata ini adalah masa untuk menghormati undang-undang dan Republic.

Dan beliau memberi amaran bahawa beliau akan bertolak ansur dengan sebarang tentangan.

"Saya akan memastikan bahawa undang-undang ini dipakai di seluruh wilayah, sepenuhnya, dan saya tidak akan menerima apa-apa gangguan untuk perkahwinan seperti ini," katanya.

Menteri Keadilan Perancis Christiane Taubira berkata perkahwinan sama jenis yang pertama dijangka diadakan seawal bulan Jun.

Perkahwinan di Perancis mesti mengambil tempat di dalam dewan masyarakat dan kebanyakannya mengambil masa kira-kira empat minggu untuk memproses permohonan perkahwinan.

Isu perkahwinan sejenis telah menimbulkan perdebatan hebat dan beratus-ratus bantahan yang kadang-kadang menjadi ganas.

Kumpulan ‘The International Day Against Homophobia’ yang membantah undang-undang itu akan mengadakan himpunan bantahan pada 26 Mei di Paris.

Pada Jumaat, Ketua Parti UMP Jean-Francois Cope memberitahu televisyen TF1 “Ia adalah satu keputusan yang saya kesal, tetapi saya hormatinya".

Walaubagaimanapun, pada hari yang sama, antara 200 hingga 300 penunjuk perasaan berkumpul di Paris untuk membantah undang-undang itu.  

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/perancis-membenarkan-perkahwinan-sama-jantina-14415?cp

No comments:

Post a Comment