04 June 2013

5000 Touch & Go Percuma di KL Sentral !


 
 
5,000 Kad Touch 'N' Go Percuma Sempena Hari Bersama Pelanggan KWP 2013
        
KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,000 kad Touch 'n Go percuma ditawarkan sempena Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan agensi 2013 bermula 7 hingga 9 Jun ini.

Ketua Setiausaha KWP, Datuk Adnan Md Ihksan berkata, pengunjung bertuah boleh mendapatkan kad berkenaan di kaunter KWP dengan mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan KWP sepanjang program tersebut berlangsung di Ruang Legar Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur.

"Pihak Touch 'n Go merupakan 'main partners' (rakan utama) program ini danturut sama menjayakan Customer Rewards Program khususnya kepada warga WilayahPersekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Adnan berkata, program yang bermula dari 9 pagi hingga 9 malam itu akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Pejabat Pengarah Tanah Galian Wilayah Persekutuan, Alam Flora, Touch 'n Go dan lain-lain.

"Ia memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan perkhidmatan kementerian dan agensi secara telus tanpa perlu ke pejabat seperti pembayaran dan diskaun cukai walaupun selepas waktu bekerja dan hujung minggu," katanya.

Sementara itu, katanya turut akan diadakan pertandingan mewarna bendera Wilayah Persekutuan pada 7 Jun (Jumaat) dari jam 3 hingga 5 petang membabitkan 1,500 kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun.

Hadiah wang tunai dan cenderamata menarik menanti peserta dan perkhidmatan komuter percuma dari stesen Petaling, Pantai Dalam dan Angkasapuri ke KL Sentral disediakan untuk kanak-kanak yang mahu menyertai pertandingan itu. - BERNAMA

1 comment:

  1. Kad Touch 'N' Go yang ada RM10 kredit

    ReplyDelete