17 June 2013

Program Bulan Ramadhan 1434Hijrah Surau AlHijrah



Malaysia dijangka mula berpuasa pada 10 Julai 2013 (Rabu).

Mesyuarat AJK Surau Al Hijrah baru-baru ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berikut sepanjang tempoh bulan puasa pada tahun ini.

Aktiviti Sepanjang Ramadhan

1. Solat tarawikh 8 rakaat dengan 3 witir
2. Tazkirah oleh penceramah jemputan selepas 4 rakaat tarawikh (selama 30 minit)
3. Tahlil akan diadakan pada setiap malam selepas solat tarawikh.
4. Jamuan berbuka puasa akan disediakan pihak surau secara ringkas untuk mereka yang ingin berbuka di surau.
5. More akan akan diadakan selepas selesai solat tarawikh pada setiap malam. More adalah sumbangan penduduk.
6. Tadarus Al Quran akan diadakan selepas selesai solat tarawikh setiap malam
7. Qiyamullail serta Kuliah Subuh akan diadakan pada 19 Ramadhan / 28 Julai 2013 (Awal pagi Ahad)    - akan dipimpin Ustaz Baharudin dari Perak
8.  Program Nuzul Quran akan diadakan pada malam 17 Ramadhan / 25 Julai 2013.
9.  Masak bubur lambuk - setiap petang (selepas asar akan diagihkan).

Aktiviti Sebelum Ramadhan

Majlis Ceramah Khas Menyambut Ramadhan
7 Julai 2013  /  Ahad
Penceramah:  Ustaz Helmey Yahya
Waktu:  Selepas solat maghrib

Gotong Royong Membersih Surau serta Memasang Ruang Tambahan Solat Tarawikh
7 Julai 2013 / Ahad
Masa: Mulai Jam 8.00 pagi hingga siap
Sarapan dan makan tengahari disediakan (InsyaAllah)

Perhatian Kepada Semua Penduduk Muslim

1. Jadual more mengikut giliran tingkat akan ditampal di lif blok A, B , C dan D    sebelum bulan puasa. Kami memberi peluang kepada semua untuk menyumbang makanan  semasa giliran anda tiba.

2. Program masakan bubur lambuk akan bergantung kepada sumbangan para jemaah kerana kosnya yang agak tinggi. Kami mengalu-alukan sumbangan dari anda yang pemurah untuk membuat amal kebajikan pada bulan penuh berkah ini.

3. Tadarus Al Quran - mengalu-alukan penyertaan dari anda semua tanpa mengira umur, lelaki atau wanita.  Peserta lelaki akan dibimbing Ustaz Mohamad (imam surau)  dan peserta wanita akan dibimbing oleh Ustazah Hamnah.    Insya Allah, saguhati akan diberikan kepada peserta2 yang dapat bertadarus dari mula sehingga 27 Ramadhan ini. Bemula 1 Ramadhan.

4. Borang tahlil telah diedarkan untuk anda yang berminat melakukan tahlil untuk arwah2 yang telah meninggal dunia. Satu borang hanya dikenakan RM30.00.  Wang ini akan digunakan untuk kos mengimarahkan surau sepanjang Ramadhan ini.

SURAU ALHIJRAH MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN SAMADA TENAGA / WANG RINGGIT ATAU APA SAJA DEMI MEMAKMURKAN SURAU KITA PADA BULAN PUASA INI. KAMI MENJEMPUT ANDA SEMUA BERSAMA-SAMA SOLAT TARAWIKH BERJEMAAH SEPANJANG RAMADHAN INI.

ANDA BOLEH MENYUMBANG TERUS KE AKAUN SURAU ALHIJRAH
BANK ISLAM 14180010009650



No comments:

Post a Comment