11 June 2013

Proton Preve Untuk Johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

Ptoton Preve - pertama kali diberi kepada johan Tilawah pada tahun ini
 
 
Buat pertama kalinya sejak 22 tahun, baru kini Kelantan diberi hak sebagai penganjur kepada Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan kali ke 56 tahun 2013. Seramai 29 qari dan qariah termasuk johan menunggu Qariah akan menyertai Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-56 dari 10 hingga 14 Jun di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu Kelantan.
 
Majlis Tilawah al-Quran kali ini bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Majlis ini pada 10/6/2013. Perasmian penutupan dan penyampaian hadiah pula akan disempurnakan Sultan Kelantan  Sultan Muhammad V.
 
Johan qari dan qariah akan menerima wang tunai RM15,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan serta akan menerima sebuah kereta Proton Preve tajaan Tabung Haji.
 
Selain itu, johan qari dan qariah juga akan mewakili Malaysia ke Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang berlangsung dari 29 Jun hingga 6 Julai nanti.
 
Bagi naib johan, qari dan qariah akan menerima wang tunai RM10,000, cenderamata dan sijil penyertaan manakala bagi tempat ketiga pula, qari dan qariah akan menerima wang tunai RM7,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
 
Selain itu, hadiah saguhati berupa wang tunai RM3,000, cenderamata dan sijil penyertaan akan diberi kepada semua peserta.
 
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke majlis Tilawah itu untuk menghayati bacaan ayat suci al-Quran oleh qari dan qariah dari seluruh Malaysia mulai 8.30 malam hingga 11 malam, 10 hingga 14 Jun ini.
 
 
Selain itu, majlis tilawah itu juga boleh ditonton secara langsung di TV1 atau melalui JAKIMTV dengan melayari laman web www.islam.gov.my
 

No comments:

Post a Comment