30 November 2013

Ku Nan Mohon Maaf Pada Warga KL

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) hari ini memohon maaf kepada pemilik hartanah di Kuala Lumpur berhubung kekeliruan mengenai langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan kadar cukai pintu di ibu kota.

Tengku Adnan - Menteri Wilayah Persekutuan

Kekeliruan timbul berhubung isu kenaikan cukai pintu apabila Tengku Adnan dan timbalannya Datuk J. Loga Bala Mohan mengeluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain dalam isu penagguhan cukai pintu.

“Saya mohon maaf, kekeliruan ini tidak akan berlaku jika pegawai-pegawai saya menghantar surat untuk memberitahu pemilik hartanah tentang apa yang ingin kami lakukan berbanding menghantar notis.

Saya yang bersalah, dan jika pegawai-pegawai itu merujuk terlebih dahulu sebelum dihantar saya pasti menghalangnya,” kata Tengku Adnan.
Katanya pembangkang mengambil kesempatan terhadap isu itu untuk membangkitkan kemarahan rakyat.

“Apa yang kami lakukan adalah untuk kebaikan penduduk Kuala Lumpur,” katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

“Contohnya, sebelum ini kadar sewa RM1,000 kali 12 sama dengan RM12,000 setahun, selepas semakan, nilainya akan meningkat kepada RM3,000 yang menjadi RM36,000 setahun.

“Akan tetapi, apa yang pemilik hartanah perlu faham, ia bukannya mengenai amaun yang perlu dibayar akan tetapi amaun yang berdasarkan kadar cukai yang akan diumumkan,” katanya.
Semalam Tengku Adnan membetulkan kenyataan timbalannya, Loga Bala bahawa tarikh akhir bantahan kenaikan cukai pintu tetap pada 17 Disember ini dan kenaikan akan bermula Januari tahun depan.

Beliau berkata, meskipun kenaikan bermula tahun hadapan namun pemilik hartanah dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga satu keputusan muktamad dicapai di antara DBKL dan warga kota.

Tengku Adnan semalam turut menjawab teka-teki berhubung kaedah DBKL menjalankan tinjauan bagi membuat taksiran cukai pintu setelah dikecam oleh pembangkang dan warga kota.
Katanya, tujuh pendekatan digunakan bagi membuat tinjauan untuk mentaksirkan cukai baru dan cukai tidak dinaikkan tetapi kadar sewa semasa yang dinilai semula.

“Cara penilaian ialah pegawai ke lapangan, menggunakan ejen hartanah, melihat iklan, transaksi lalu, nasihat LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), carian internet dan kajian melalui telefon. Ia dijalankan sejak beberapa bulan lalu.

“Kita tidak buat penilaian. Kita berdasarkan kadar sewaan. Kalau berdasarkan penilaian lebih teruk.
“Sebagai contoh jika rumah teres di Jalan Telawi, ketika membeli rumah itu RM75,000 30 tahun lalu, tetapi sekarang harganya tiga juta. Kalau berdasarkan tiga juta lagi teruk,” katanya.

Ahad lalu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata DBKL akan mengeluarkan saman kepada warga kota yang enggan melunaskan cukai pintu mereka pada kadar baru iaitu sebanyak 6% bermula tahun hadapan.

Katanya, kajian DBKL untuk menaikkan cukai pintu mengundang kemarahan warga kota apabila mereka tidak dimaklumkan bahawa DBKL ada perancangan menaikkan kadar cukai pintu. – 29 November, 2013.

Malaysian Insider

29 November 2013

Majlis Perkahwinan di Surau AlHijrah

makluman
 
Satu majlis perkahwinan akan berlangsung di perkarangan Surau AlHijrah pada hari Ahad ini, 1 Disember 2013. Ia adalah untuk meraikan perkahwinan anak kepada Mohamed Yunus bin Jaafar dari Blok C-5-16.

Harap Maklum.

Senarai Pelajar Cemerlang UPSR/UPSRA 2013

UPSRA

ALIF IMRAN BIN MAT YUSNI
RUMAH: D-15-5
KEPUTUSAN:   7A
SRA AR-RAZI KG PASIR BARU


UPSR

NUR AISYAH BT MOHAMAD SYARIFF
RUMAH: B-12-1
KEPUTUSAN:  5A
SEK. KEB. BUKIT PANTAI

SITI NUR SYAHHIRA BT SAMURI
RUMAH: C-7-16
KEPUTUSAN: 5A
SEK KEB PETALING JAYA

Ini adalah pelajar2 PPR Pantai Ria yang telah menghantar slip peperiksaan kepada kami setakat hari ini, 29 November 2013. Jika ada yang belum, silalah hantarkan dengan segera.

28 November 2013

Tunai Haji Kali ke 2 Selepas 5 tahun

KUALA LUMPUR - Mereka yang baru pulang daripada mengerjakan ibadah haji tidak dibenarkan mendaftar untuk menunaikan haji buat kali kedua dalam tempoh lima tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata mereka sebaliknya dicadangkan supaya mengerjakan umrah bagi memberi laluan kepada orang lain menunaikan ibadah haji.

"Apabila sudah dibenarkan mendaftar untuk mengerjakan haji selepas lima tahun pun, mereka yang sudah mengerjakan haji, tidak akan diberi keutamaan.

"Namun kelonggaran akan diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah ketika mengerjakan haji buat pertama kali seperti tidak sempat menunaikan perkara tertentu dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jamil Khir menambah kata, pada masa ini terdapat 1.3 juta pendeposit Tabung Haji yang sedang menunggu untuk menunaikan ibadah haji dan daripada jumlah itu 14,000 merupakan warga emas mengikut takrifan Tabung Haji iaitu berusia lebih 75 tahun.

Kepada soalan tambahan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas), beliau berkata kerajaan Arab Saudi menetapkan wanita yang berumur 45 tahun ke atas tidak diwajibkan untuk membawa mahram.

Dalam jawapan kepada soalan asal Che Mohamad Zulkifly, beliau berkata jumlah jemaah haji Malaysia bagi tahun 2013 ialah sebanyak 21,960 dan jumlah jemaah tertinggi ialah dari Selangor iaitu 4,372 orang diikuti Johor (2,814 orang) dan Kedah (2,158 orang).

"Sebanyak 8,689 jemaah atau 40 peratus berumur 50 hingga 59 tahun disusuli oleh jemaah yang berumur 60 hingga 69 tahun berjumlah 5,575 orang atau 25 peratus dan yang berumur 40 hingga 49 tahun berjumlah 4,604 orang atau 21 peratus," katanya. - Bernama

27 November 2013

70 Peratus Remaja Islam Tidak Solat 5 Waktu !

Pada ketika  umat Islam risau dengan penyebaran fahaman Syiah dikalangan masyarakat, juga fahaman Wahabi , kita sebagai ibubapa sebilangannya lupa untuk memastikan anak-anak kita yang sudah baligh untuk menunaikan solat 5 waktu. Mengikut para ulama, jika seseorang itu dapat menjaga solatnya, maka yang lain-lain perkara yang dilakukannya akan sendirinya  kearah kebaikkan.  Moga kita semua berusaha memberi didikan agama secukupnya kepada waris kita.


KUALA LUMPUR 26 Nov. - Kira-kira 70 peratus remaja Islam didapati tidak solat lima waktu sehari semalam yang menjadi kewajipan umat Islam.

Pengerusi Biro Pembangunan Kepimpinan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohamad Hazizi Abd. Rahman (gambar) berkata, peratusan itu diperolehi hasil kajian terhadap 40 responden setiap tahun selama lima tahun berturut-turut sejak 2005.

Katanya, selama lima tahun itu juga, pihaknya secara konsisten mendapati 70 peratus daripada responden tidak menunaikan solat atau tidak melengkapkan solat lima waktu sehari.
"Ini merupakan penanda aras kepada kita sejauh mana umat Islam khususnya generasi muda memahami dan mendalami ajaran agama itu.

"Ini merupakan masalah besar. Kita sibuk bercakap mengenai pelaksanaan hukum Islam, pelaksanaan hudud tetapi apa maknanya kalau amalan yang menjadi tiang agama pun tidak ditunaikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan bertajuk 'Bahaya Liberalisme' dalam Seminar Ancaman Serangan Akidah anjuran bersama Isma dan Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, dekat sini hari ini.

Mengulas mengenai budaya liberalisme yang semakin menular dalam kalangan rakyat, Mohamad Hazizi berkata, puncanya kerana umat Islam berpecah-belah dan tidak bersatu-padu, walaupun membabitkan isu kepentingan Islam sendiri.

"Sebab itu golongan yang berjuang atas nama kebebasan dan hak asasi manusia semakin berani membuat pelbagai tuntutan yang tidak masuk akal serta bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mahu menerapkan budaya liberalisme di Malaysia," katanya.

Mengambil contoh tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohamad Hazizi memberitahu, tindakan itu merupakan gerakan halus 'mendemokrasikan' Malaysia tanpa pengetahuan masyarakat.
"Sebelum kita bantah tuntutan-tuntutan itu, rakyat tidak tahu pun mengenai kewujudan Comango. Ini usaha halus yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia di negara kita.

"Saya berharap semua pihak dapat membantah tuntutan tidak munasabah Comango. Jangan buat secara bermusim sahaja dan untuk kepentingan tertentu," ujarnya.

petikan Utusan Online

Kenaikan cukai pintu DBKL ditangguhkan

Utusan Online

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Pelaksanaan kadar baharu pelarasan cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya berkuat kuasa mulai 1 Januari ini ditangguhkan sehingga selesai sesi pendengaran bantahan Mac ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. J. Loga Bala Mohan berkata, sehingga tempoh tersebut semua pihak yang berkepentingan dalam isu itu boleh terus menghantarkan bantahan dan pandangan masing-masing sehingga 17 Disember ini.

"Tarikh pelaksanaan baru belum ditetapkan lagi dan kita bagi peluang untuk sesi pendengaran dari Januari hingga Mac," katanya ketika menggulung sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE

Komen:  Walaupun ditangguhkan, ini tidak bermakna tiada kenaikkan cukai pintu selepas bulan Mac ini. Semua pemilik rumah PPR Pantai Ria diminta terus membuat bantahan bertulis sebelum 17 Disember ini.

Ustazah Zawiyah Tegur Kos Perkahwinan Melampau Zain/Rozita

Rozita Che Wan

Petikan Sinar Harian

KETIKA negara heboh memperkatakan tentang "Wedding of The Year" pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan ini.

Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.

Nasihat itu dilontarkan Ustazah Zawiyah menerusi Harian Metro.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya lagi.

Tegasnya, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan ALLAH.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda ALLAH, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Jelas Ustazah Zawiyah, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Namun apa yang membimbangkan kini katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran seolah-oleh sudah menjadi trend walaupun pada masa yang sama terdapat ramai orang memerlukan.

Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta pada hari bahagianya akan menggayakan set barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, itu nanti, Che Ta bakal menerima wang hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.

Majlis berinai Che Ta akan diadakan pada 10 Disember ini dan seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, jam 8.30 malam.

26 November 2013

TIPS PULIHKAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DI RUMAH

– AIR TERBUKA SENDIRI, DINDING RUMAH BERBAU BUSUK ?

Perkongsian bersama  Kasturi Syifa;

-Pernah tak anda alami atau rakan anda yang mengalami perkara sebegini. Setiap kali pulang dari bercuti atau biarkan rumah kosong dalam tempoh tertentu, perkara perkara aneh yang berlaku.

-Pernah tak juga anda alami di setengah kawasan dalam rumah anda, anak anda jarang ke kekawasan itu, atau kita merasakan ada sesuatu yang asing dalam rumah kita.

-Pernah tak anda terdengar bagaikan guli jatuh dari atas bumbung rumah kita sedangkan tiada siapa diatas bumbung tu atau dari atas rumah anda (flat) dan menimbulkan rasa kurang senang dengan

perkara ini.gangguan jin Gangguan Makhluk Halus Di Rumah

Sekiranya ada.. ingin kami bantu? saya nak bg tips untuk pulihkan keadaan rumah yang ada gangguan sebegini. Kami kongsikan tips nya..

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk ofis/rumah baru. Ia juga baik bg bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
“jgnlah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud;
“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.

Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.

Dan beberapa tips lain yang diperolehi dari sumber-sumber yang lain….

1) baca ayat Kursi sebanyak 1 kali dan diniatkan / dibayangkan ada tembok yang tinggi di hadapan rumah kita.

2) kemudian diniatkan pula ada tembok yang besar dan kuat di belakang rumah kita pula sambil membaca ayat Kursi.

3) Begitulah seterusnya dibaca ayat kursi itu untuk setiap arah / tempat seperti kiri, kanan, atas dan bawah.

Kita hanya berikhtiar dan Allah yang menentukan. Yakinlah dengan ayat Allah.

ATAU

Sebagai Perlindungan tempat kerja, rumah dan tempat peniagaan

1. Sebaik-baiknya digunakan bersama air yang telah siap diruqyah dengan Ayat Al-Quran dan sebagainya.

2. Sediakan satu bekas yg telah di isi dgn air, sapu Kasturi Syifa’ pada jari telunjuk

3. Mulai dgn masukkan jari ke dalam air tersebut dan kemudian pusing air itu tadi dgn jari anda mengikut pusingan tawaf (Anti-Clockwise)

4. Gemakan niat ketika itu, seperti “Ya Allah jadikanlah usaha ku yg sedikit ini asbab kepada terlindungnya diriku drpd kejahatan manusia dan jin”.

5. Baca 3 qul pada air kemudian hembus perlahan-lahan.

6. Masukkan ke dalam botol spray kemudian spray lah didinding rumah atau di ruang pejabat atau di tempat-tempat perniagaan.

Insya-Allah..

tERIMAKASIH KEPADA kASTURI SYIFA

Tanda2 Gangguan Makhluk Halus



Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.
 
Firman Allah maksudnya::
“Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat).” (Al-A’raaf 16-17)

Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An’am 112)

Berikut adalah senarai tanda-tanda gangguan makhluk halus:

a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Mimpi buruk yang menakutkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan (Gila).
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  • Lesu dan malas.
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi.
  • Melihat sesuatu yang pelik.
  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  • Selalu mengantuk.
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Hilang darah.
  • Agresif dan bertindak liar.
Sumber: Sinar Zamdurani

25 November 2013

Budak 6 Tahun Cuba di Culik di Flat Sri Pahang, Bangsar

Mohd Rahimy dibawa pulang kerumah oleh anggota polis
 
KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diculik ketika bermain di luar rumahnya di Flat Sri Pahang, di Bangsar dan dibawa menaiki LRT, telah melarikan diri dengan berlari keluar dari tren itu di stesen LRT Taman Melati petang ini (24 Nov 2013).
 
Mohd Rahimy Mohd Noor ketika menceritakan pengalamannya yang menakutkan berkata, dia sedang bermain dengan rakan-rakan di kawasan kejiranannya pada tengah hari apabila seorang lelaki yang memakai topeng muka dan memakai T-shirt hitam, menarik tangannya.

Dia mendakwa lelaki itu membawanya ke stesen LRT Bangsar yang berdekatan dan membawanya menaiki tren.

Kanak-kanak lelaki itu berkata dia terlalu takut melihat lelaki itu tetapi memutuskan untuk cuba melarikan diri apabila pintu tren dibuka di stesen LRT Taman Melati.
Mohd Rahimy berkata, berlari keluar dari tren itu dan meminta bantuan daripada polis bantuan yang bertugas di stesen tersebut.

"Saya pada mulanya bimbang lelaki itu akan mencederakan saya. Kami melintasi beberapa stesen sebelum saya membuat keputusan untuk mencuba dan melarikan diri daripada orang itu.

"Apabila pintu tren dibuka di stesen ini, saya dengan pantas berlari keluar dari tren," katanya.

Polis kemudian membawa Mohd Rahimy ke balai polis Wangsa Maju.

Bapa kanak-kanak itu, seorang pegawai polis bantuan, telah dimaklumkan tentang anaknya selepas beliau membuat laporan polis di Balai Polis Travers.
Ketua Polis Brickfields Penolong Pesuruhjaya Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan laporan itu. - NST

23 November 2013

Kelebihan Hari Jumaat

Hadis2 Berkaitan Kelebihan Jumaat

1. Hari Jumaat Untuk Umat Islam

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
 
 
2. Adam dicipta Hari Jumaat
 
.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR. Muslim)
 
 
3. Allah memberi Petunjuk Hari Jumaat
 
.
Dari Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan memberi petunjuk pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
 
 
4. Arahan Menunaikan Solat Jumaat
.
Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)
 
5. Jumaat Penghulu Segala Hari
 
Dalam suatu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”
 
 
6. Hari Jumaat Waktu Paling DiMakbulkan Doa
 
.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

.
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullahصلى الله عليه وسلمberkata, “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)
 
 
7. Disunatkan Mandi Sebelum Solat Jumaat
 
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)
 
 
8.  Kelebihan Datang Awal Solat Jumaat
 
Rasulullah صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”


 

Johor Cuti Jumaat dan Sabtu

MUAR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah pertukaran cuti mingguan bagi negeri ini kepada Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari tahun depan.

Pengumuman tersebut diisytiharkan sempena Hari Keputeraannya yang ke-55 pada Majlis Pengurniaan Pingat di Dewan Jubli Intan, di sini sebentar tadi.

Pada masa ini, negeri yang mengambil cuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah. - KOSMO!

Dr Maza Dakwa Difitnah Mufti Kedah

MENJAWAB FITNAH MUFTI KEDAH oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang sedang disebarkan, yang dibuat oleh Dato’ Badaruddin Mufti Negeri Kedah. Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu wahabi namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.


Mufti Kedah
 
Bagi mengulas hal ini, saya menyebut beberapa perkara berikut;
1. Adapun tuduhan beliau kepada aliran wahabi, itu urusan beliau dengan mereka. Pun begitu, saya katakan bahawa walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan beberapa pandangan ulama Saudi, tapi menuduh puak yang berbeza dengan sewenang-wenang perlulah berhati-hati. Ada kiraan dosa dan pahala di sisi Allah. Saya fikir sebodoh mana pun muslim tidak akan berkata bahawa ‘Allah memegang najis’, ‘Allah macam kera’. Tiada siapa yang dapat menerima perkataan yang seperti itu. Apakah mungkin untuk kita berkata kepada mereka yang menjadi imam-imam di Masjidil Haram dan Masjid Nabi ada kepercayaan yang seperti itu. Walaupun mungkin ada beberapa perkara yang kita tidak setuju dengan mereka, tidak wajar membuat ‘tembakan rambang’ kepada mereka.

2. Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakan WALLAHI, wa BILLAH wa TALLAHI itu adalah fitnah beliau semata. Beliau hendaklah membuktikan tuduhan-tuduhan beliau samada melalui rakaman atau tulisan saya sendiri. Satu akhlak yang buruk bagi sesiapa yang menuduh orang tanpa bukti yang boleh dijadikan asas.

3. Isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi s.a.w dan menafikan boleh mengambil keberkatan Nabi s.a.w (tabarruk) termasuk tentang rambut Nabi s.a.w jika hendak dikaitkan dengan saya, adalah dusta. Sesiapa yang menonton video saya di youtube bertajuk: “Memburu Barakah” akan mengetahui pendirian saya tentang hal tersebut. Saya tidak nafikan tetapi berusaha memberikan makna dan panduan.

4. Isu tidak membenarkan orang solat tarawih lebih dari lapan rakaat bahkan menyatakan Perlis tidak membenarkan dan menganggap masuk neraka sesiapa yang bersolat lapan rakaat ke atas, adalah fitnah beliau yang beliau bertanggungjawab di hadapan Allah. Sejak sekian lama artikel saya bertajuk “Kekeliruan Tentang Solat Tarawih” yang di siar di web saya (Minda Tajdid), Akhbar Sinar Harian dan pelbagai laman web menyebut -antara lain- tentang solat tarawih: “Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah”.

5. Isu tentang kononnya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera adalah pembohongan dan fitnah beliau yang amat besar. Beliau boleh cari di manakah kenyataan yang seperti itu dalam tulisan ataupun ucapan saya yang begitu mudah di dapati di dunia siber. Tetapi hendaklah dipastikan ucapan dan tulisan yang tidak diedit dan dalam konteks yang betul. Jawapan saya dalam masalah ‘Arasy umpamanya sama dengan apa yang Hasan al-Banna sebut dalam ‘Usul al-‘Isyrin’, apa yang Sayyid Qutb sebut dalam Zilal al-Quran dan Dr Wahbah al-Zuhaili sebut dalam Tafsir al-Munir (lihat tafsir ayat 54, Surah al-‘Araf). Saya sebut nama-nama itu kerana mereka dikenali oleh orang melayu. Jawapan yang sama disebut oleh TG Nik Abd Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh yang lain. Sila tonton pelbagai video saya dalam hal ini.

6. Menuduh orang secara dusta adalah dosa yang besar. Saya akan bertemu dengan beliau di mahkamah Masyar dan juga Allah ada urusan dan tindakanNYA di dunia ini. Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
7. Jika tidak, saya mengajak beliau BERMUBAHALAH iaitu bersumpah laknat atas nama Allah. Jika saya menyebut seperti tuduhan-tudahan beliau maka laknat Allah ke atas saya. Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau.

8. Saya pohon kemaafan kerana terpaksa menjawab secara terbuka kerana tuduhan beliau disiarkan terbuka.

9. Kepada Allah kembali segala urusan. Sabda Nabi:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani)

22 November 2013

Ustaz Nizam Abd Kadir di Kg Pasir ,Sabtu, 23/11/2013


Ustaz Nizam Abd Kadir yang merupakan salah seorang penceramah dalam Tanyalah Ustaz TV9 akan hadir untuk ceramah Forum Perdana di Surau Jumaat Syukriah (dulunya Madrasah Syukriah), Kg Pasir Baru, Jalan Klang Lama, KL (sebelah susur keluar Ramp Kg Pasir Lebuhraya NPE - dari arah KL selepas Tol Pantai Dalam). Program ini anjuran Pusat Pungutan Zakat PPZ Kuala Lumpur.
 
Hari: Sabtu
Tarikh: 23 Nov 2013
Masa: Selepas solat maghrib

Semua dijemput hadir.

Mufti Kedah Larang Fahaman Wahabi Disebar di Kedah



Mufti Kedah menyebut bahawa Dr Asri dan Fathul Bari adalah penyebar fahaman Wahabi yang tidak diterima di Kedah. Banyak percanggahan antara Ahli Sunnah dan Wahabi terutama dari segi mengenali sifat Allah. Bukan saja ancaman Syiah, bahkan kita diasak pula oleh fahaman Wahabi.

20 November 2013

DBKL Mula Operasi Kunci Air

DBKL telah memulakan operasi mengunci air rumah-rumah yang mempunyai tunggakkkan sewa rumah melebihi 3 bulan. Tapi ia tidak melibatkan rumah yang telah dibeli.

Operasi telah bermula sejak 2 hari lepas.

Bagi mereka yang telah berbincang dengan DBKL pada Sabtu lepas  untuk membayar secara ansuran, maka kelonggaran telah diberikan untuk menangguhkan tindakkan mengunci air.

Untuk membuka kembali kunci air, penyewa terpaksa ke ibupejabat DBKL, Kg Baru untuk membayar tunggakkan.

Mengenal Hakikat Syiah di Masjid Negara

 
Sila hubungi Masjid Negara untuk maklumat lanjut.

Cubaan Pecah Rumah Gagal

Semalam telah dilaporkan terdapat percubaan orang yang tak dikenali yang cuba memecah masuk rumah seorang penduduk di Blok C, PPR Pantai Ria. Kejadian ini berlaku pada waktu pagi. Walaubagaimanapun hanya kunci grill yang berjaya dipecahkan manakala tombol pintu belum sempat . Mungkin dia menyedari ada orang yang lalu dikawasan berkenaan.

Semua penduduk diminta berhati2 dengan kunci yang dipasang dirumah masing-masing. Jika sesiapa melihat kelibat orang asing yang mencurigakan dikawasan kita , silalah laporkan terus ke Balai Polis dengan segera. Tindakkan anda mungkin menyelamatkan hartabenda jiran2 kita,

No telefon Balai Polis Pantai  03  2282  2222

18 November 2013

Program Masak Bubur Asyura 2013 - Gambar2

Program Memasak Bubur Asyura bermula sejak jam 8 pagi lagi pada Ahad lepas. . Lebih 40 orang penduduk hadir membantu dari mula hingga akhir. Pada kali ini, 100% kos membeli bahan memasak bubur asyura ini adalah dari sumbangan penduduk dan dermawan.

Dengan bajet yang terhad, kita berjaya juga memasak 2 kawah besar bubur asyura. Kedua-duanya  menggunakan respi utara cuma 1 resepi dari Daerah Baling dan satu lagi resepi dari Daerah Pendang.
 
Kedua-kawah kawah asyura mula dimasak jam 10 pagi dan masak hampir jam 4 petang. Kesemua bubur asyura dimasukkan dalam bekas dan seterusnya diedarkan kepada petugas2,  penyumbang2   serta orang ramai yang hadir mengambilnya di surau.
 
Terimakasih kepada semua penderma, petugas serta para penduduk yang membantu menjayakan program ini.

InsyaAllah, program ini akan diteruskan tahun depan sebagai program tahunan surau alhijrah.

Muslimah menyediakan bahan-bahan asas . Mem"blender" beras yang telah direndam semalaman

Kaum bapa

Penyediaan bahan-bahan mentah




Beras yang telah dikisar dimasukkan
 



Bubur asyura resepi Baling



Bubur asyura resepi Pendang
 
Memasukkan keledek


Siap. Mula dimasukkan kedalam bekas "tupperware"




Disusun untuk memudahkan pengagihan

 
Telah siap untuk diedarkan


16 November 2013

Cukai Pintu Rumah PPR Pantai Ria Naik 291% !!!

DBKL mula mengedarkan surat pemberitahuan kepada semua pembeli2 rumah PPR Pantai Ria bahawa cukai pintu (Cukai Taksiran) akan dinaikkan mulai 1 Januari 2014.

Kenaikkan Nilai Tahunan

Nilai Tahunan semasa:  RM1,440.00 X 6% = RM86.40
Nilai tahunan baru:  RM4,200.00 X 6% = RM252.00

_____________________________________________
Kenaikan Cukai Pintu

Kadar semasa:  RM43.20 untuk setengah tahun atau RM86.40 setahun
Kadar baru 2014:  RM126.00 untuk setengah tahun atau RM252.00 setahun

kenaikkan:  291%  ataupun RM165.60 

Ini merupakan satu kenaikkan yang terlalu tinggi dan tidak munasabah. Pembeli2 rumah di PPR Pantai Ria diminta untuk menubuhkan satu jawatankuasa pembeli2 rumah untuk membuat bantahan kepada DBKL seperti yang dibenarkan dalam undang2.  Kita dibenarkan untuk membuat bantahan sehingga bulan 12 ini.

Kita semua perlu mempertahankan hak kita sebagai pembeli. Alasan DBKL bahawa kadar Cukai Pintu tidak disemak sejak tahun 1992 bukan merupakan satu alasan yang membenarkan kenaikkan yang terlalu tinggi. Kita semua sudahpun dibebankan dengan kenaikkan kos sara hidup serta barangan keperluan harian, kini ditambah pula dengan kenaikkan cukai pintu yang tidak munasabah.

Kita memohon supaya pihak DBKL dapat mengkaji semula kadar yang dicadangkan itu.

Majlis Anugerah Cemerlang SRA AlKhawarizmi, Pantai Dalam

Majlis berlangsung pagi tadi di SRA AlKhawarizmi dan dirasmikan oleh Pengerusi PIBG, Tn Hj Abbas.

Tahniah pada semua pelajar diatas yang berjaya


Seramai 93 pelajar menerima hadiah atas kecemerlangan akademik dari tahun 1 hingga tahun 6.
Penerima hadiah kedudukan no 2 dalam kelas 2 Abubakar, Fatin Norsyahirah binti Mohd Aliuddin dari PPR Pantai Ria




pelajat terbaik peperiksaan UPSRA iaitu 7A dan 6A seramai 26 orang


penerima hadiah

penerima hadiah kedudukan ke 8 untuk keseluruhan pelajar tahun 4 sesi petang,
Mohd Nazrin bin Jamil dari PPR Pantai Ria  menerima hadiah

Hadiah

Hadiah untuk tokoh pelajar

Tokoh pelajar lelaki dan perempuan 2013 menerima hadiah bersama ibu masing2, serta Gurubesar  SRA AlKhawarizmi dan Pengerusi PIBG