08 January 2014

Klinik Kesihatan Pantai Telah Ditutup

Klinik Kesihatan Pantai (tingkat 15 Plaza Pantai ) yang menjadi tempat utama untuk pesakit2 sekitar Pantai Dalam terutama warga emas untuk mendapatkan ubat serta rawatan spt  darah tinggi dan kencing manis telah ditutup sejak beberapa minggu lepas.

Difahamkan Klinik akan berpindah ke tapak Klinik Pergigian Bangsar dalam masa beberapa bulan selepas kerja pengubahsuaian siap.

Untuk ketika ini, semua pesakit2 yang mempunyai fail rawatan Klinik Pantai terpaksa berkunjung ke Klinik Kesihatan Tanglin (sebelah sekolah MGS Methodist berdekatan Masjid Negara).


Klinik Kesihatan Tanglin
Jalan Chenderasari
50590 Kuala Lumpur

Tel: 03-26983311
Fax: 03-26925361
Kemudahan/ khidmat yang disediakan
  1. Klinik Pesakit Luar
  2. Klinik Warga Sihat
  3. Klinik Nutrisi
  4. Klinik Warga Tua
  5. Klinik Wanita- Saringan Pap Smear dan PSP
  6. Klinik Berhenti Merokok
  7. Klinik Diabetes
  8. Klinik Asma
  9. Perkhidmatan Saringan HIV Tanpa Nama
  10. Pemeriksaan Kakitangan Kerajaan
  11. Permeriksaan X-ray
  12. Perkhidmatan Makmal Patologi

Keadaan ini sangat menyukarkan kepada warga emas dan yang uzur kerana tidak ada kemudahan pengangkutan awam ke Klinik Tanglin.

1 comment:

  1. kesian warga tua yg tpaksa pegi sendri ke tangling utk amik ubat... klo pndh k bangsar bukan nama nye klinik kesihatan pantai la.... ayyyooo.ni mesti kes nk jimat kn kos....x hbs2 kita dtekan.... depa dok selasa kat sana.... apapunxbole

    ReplyDelete