16 January 2014

PPZ-MAIWP kutip RM484 juta tahun lepas

16/01/2014 3:24pm




PUTRAJAYA - Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mencatat peningkatan kutipan sebanyak 20 peratus kepada RM484 juta pada 2013 berbanding RM402 juta pada tahun sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peningkatan tinggi itu berikutan pertambahan bilangan pembayar pada tahun lepas iaitu sebanyak 128,061 orang berbanding 114,442 orang pada 2012.

Ini menunjukkan kebertanggungjawaban pembayar zakat di Wilayah Persekutuan, katanya pada sidang media bagi mengumumkan kutipan zakat 2013 oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP dan pelancaran Skuad Mesra Pembayar Zakat serta perasmian Kaunter Kedua PPZ-MAIWP di sini, hari ini.

Jamil Khir yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berkata, pihaknya menyasarkan kutipan zakat RM550 juta tahun ini. - Bernama

1 comment: