13 March 2012

Air Tenang Resort, Janda Baik - Tunggu Kami Datang !

Kem Motivasi kali ini akan diadakan di Air Tenang Resort, Janda Baik, Pahang dari 16 Mac hingga 18 Mac 2012. Sehingga kini sudah ada 24 pelajar yang mendaftar. Pendaftaran masih dibuka kepada sesiapa yang berminat iaitu pelajar berumur 15 hingga 17 tahun.

Mengenali Janda Baik

Keunikan Kampung Janda Baik ialah pada namanya. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana lokasi pelancongan popular tanah air ini mendapat nama sedemikian. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Janda Baik, Zahari Haji Arop, nama "Janda Baik" wujud berdasarkan sebuah kisah legenda masyarakat orang Asli di sini suatu ketika dahulu.Kisah tersebut menyatakan Batin Emok dan isterinya telah berpisah setelah berlakunya sedikit perselisihan faham.

Setelah sekian lama berjauhan, mereka teringatkan padi huma yang mereka tanam bersama sudah mengeluarkan hasil. Oleh kerana keinginan hati mereka membuak-buak untuk melihat padi tersebut, kedua-dua mereka tergerak hati untuk kembali ke tempat asal mereka.Justeru, kedua-duanya bertemu kembali setelah begitu lama memendam rindu dan akhirnya berbaik semula sebagai suami isteri.

Daripada kisah janda yang berbaik semula dengan suaminya itulah Kampung Janda Baik mendapat nama. Peneroka asal Kampung Janda Baik ialah sekumpulan penduduk yang berasal dari Kampung Benus dan Kampung Lebu di Bentong sekitar 1930-an.

Kini, Janda Baik muncul sebagai salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia.Janda Baik juga pernah menjadi tempat komunis berselindung ketika tanah air berhadapan dengan peristiwa darurat sekitar tahun 1940-an. Penduduk Janda Baik yang ketika itu dijajah oleh Inggeris telah dituduh menjadi tali barut komunis. Gabenor Inggeris di Pahang, J. P Rodger mengarahkan segerombolan tentera untuk memantau pergerakan penduduk kampung di situ.

Bagaimanapun, tuduhan pihak Inggeris itu mendapat kemarahan penduduk kampung. Bagi membuktikan tuduhan itu tidak benar, orang-orang kampung telah berpakat untuk menangkap sendiri anggota komunis yang terlibat. Malangnya, dalam peristiwa itu, pihak komunis telah menembak mati tiga orang penduduk kampung dan mencederakan beberapa penduduk yang lain.

Akibat peristiwa tersebut, pihak Inggeris akhirnya sedar bahawa segala tanggapan negatif mereka terhadap penduduk kampung adalah tidak benar.Kini, setelah hampir 60 tahun telah berlalu, Janda Baik sudah jauh berubah. Terkenal sebagai salah sebuah lokasi terkemuka dalam sektor pelancongan tanah air, Kampung Janda Baik pernah memenangi Kampung Tercantik Peringkat Daerah Bentong pada tahun 2000. Selain itu, Kampung Janda Baik juga pernah merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Keceriaan Kampung pada tahun 2001.

Kg Janda Baik di teroka pada tahun 1932 selepas banjir besar melanda seluruh negara pada tahun 1926.Tiga Haji sebagai tonggak utama membuka kampung :- Haji Deris, Haji Yasseh, Haji Kadir .Kampung didiami kebanyakkannya orang asli suku Temuan yang hidup secara primitif.


signboard unik ke Air Tenang Resort


Air tenang resort


Pelan ke Air Tenang Resort



Bulatan di Genting Sempah sebelum ke Janda Baik disebelah kiri


Pintu gerbang ke Janda Baik



Air Tenang Resort Lorong Chemperoh Satu,Kampung Janda Baik,28750 Bentong, Pahang Darul Makmur.No Tel: 019-2170730.

1 comment:

  1. SAYA CUBA CALL TAPI TAK TERJAWAB. NO SAYA 019 6537651

    ReplyDelete