25 March 2012

PPR Pantai Ria Hotspot Demam Denggi! - Bukan Hotspot WIFI

KENYATAAN AKHBAR


Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62590 Putrajaya
Tel : 603-8883 2545
Faks : 603-8889 5542
E-mail : hasar@moh.gov.my
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

Bagi Minggu 11/2012 (11 hingga 17 Mac 2012) Pada minggu ke sebelas tahun 2012 iaitu bagi tempoh 11 hingga 17 Mac, sejumlah 480 kes demam Denggi dengan satu (1) kematian dilaporkan berbanding 504 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya (Lampiran A). Sebanyak lima (5) negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Melaka meningkat sebanyak 9 kes (90%), Terengganu 8 kes (89%), WP Kuala Lumpur & Putrajaya 5 kes (10%), Kedah 2 kes (20%) dan WP Labuan 1 kes (100%). Pada tahun 2012, bermula dari 1 Januari hingga 17 Mac, sebanyak 5,664 kes dilaporkan, meningkat sebanyak 927 kes atau 20% berbanding 4,737 kes bagi tempoh yang sama tahun 2011. Pada tempoh yang sama juga, sebanyak 17 kematian akibat demam Denggi dilaporkan berbanding hanya 8 kematian pada tahun 2011.

Pada minggu ke sebelas, satu (1) kematian demam Denggi dilaporkan dari Selangor melibatkan seorang lelaki berusia 44 tahun yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta. Beliau telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta sebanyak tiga kali berturut-turut sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan lanjut. 2

Beliau walau bagaimanapun meninggal dunia setelah dirawat selama dua hari di hospital berkenaan akibat komplikasi Dengue Shock Syndrome. Hasil pemeriksaan di tempat kediaman pesakit menjumpai pembiakan Aedes di dalam tayar, baldi dan bekas plastik yang terbuang di sekitar kawasan. Penduduk setempat telah berpakat untuk mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan persekitaran mereka bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Penduduk setempat menyedari bahawa jika tiada langkah proaktif diambil bagi membersihkan kawasan mereka, tidak mustahil kematian akibat demam Denggi boleh berulang selagi punca kepada pembiakan nyamuk Aedes tidak dimusnahkan.

Sejumlah 99 lokaliti daripada 20 daerah mengalami wabak pada minggu lepas berbanding pada minggu sebelumnya (115 lokaliti) dan 3 daripadanya adalah lokaliti hotspot iaitu PPR Pantai Ria di zon Klang Lama, WP Kuala Lumpur manakala PJU 5 Seksyen 4 Gugusan Semarak di daerah Petaling dan T.S Jln Dato Dagang 21-30 di daerah Klang, Selangor. Sementara itu, sebanyak 84,631 premis telah diperiksa dengan 1,300 premis didapati terdapat pembiakan Aedes di seluruh negara.

Orang ramai digesa supaya terus menjaga kebersihan kawasan persekitaran rumah kediaman masing-masing. Aktiviti promosi kesihatan terus ditingkatkan. Disepanjang minggu ke sebelas, sebanyak 47 gotong royong, 99 ceramah, 17,078 risalah telah diedar dan 519 poster telah tampal di tempat-tempat strategik. Di samping itu sebanyak 312 media luar dipasang serta 4,428 perbincangan kumpulan kecil telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya Denggi. Bagi menyampaikan mesej dan menggerakkan masyarakat dalam mengambil tindakan mencegah penyakit Denggi, peranan ini turut dilaksanakan oleh Duta Sihat 3
1Malaysia yang terdiri daripada selebriti terkenal tanah air iaitu Aznil Haji Nawawi, Phobe Yap dan Uthayakumar. Sehingga kini sebanyak empat (4) aktiviti turun padang telah dilaksanakan oleh Duta Sihat 1Malaysia ini iaitu di Taman Gembira dan Metropolitan Park di zon Kepong, Taman Tasik Shah Alam di daerah Shah Alam dan Presint 14, Putrajaya. DATO’ SRI DR HASAN ABDUL RAHMAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 19 Mac 2012

No comments:

Post a Comment