17 July 2012

Isa bin Yusuf Meninggal Dunia

En Isa bin Yusuf, 54 tahun , telah meninggal dunia pada jam 9.30 malam tadi, 17 Julai 2012,  setelah sakit sejak seminggu lepas kerana jatuh di bilik air dirumahnya. Beliau lebih dikenali dengan nama Ujang. Kematian beliau amat dirasai kerana beliau seorang yang aktif dengan kerja kebajikan dan sentiasa membantu dan memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan. Sifat peramahnya sangat disenangi sahabat handai.

Kepada saudara2 yang mengenali beliau, bolehlah menziarahi beliau di rumahnya di D -5-5. Jenazahnya akan dibawa ke Masjid Khadijah esok pagi untuk disembahyangkan dan dikebumikan.

Arwah Isa bin Yusuf - 54 tahun

Al Fatihah untuk beliau. semoga rohnya ditrempatkan antara orang2 yang beriman dan beramal soleh.

No comments:

Post a Comment