09 July 2012

Penyamun ada dimana-mana

Kejadian ini berlaku hari Sabtu yang lepas, beberapa orang anak muda PPR Pantai Ria yang masih bersekolah dengan bersahaja melarikan 2 buah basikal kepunyaan budak-budak yang sedang berbasikal di tepi kawasan lapang antara Blok  C dan D lebihkurang jam 5 petang.

Mereka melarikan basikal ke arah Blok 100 dan seterusnya ke arah Bazaria di Kerinchi. Sebuah dari basikal ditinggalkan di Blok 100 kerana rantai tercabut. Manakal sebuah lagi berjaya dilarikan hingga ke Bazaria.

Atas dayausaha beberapa orang remaja yang terlihat kejadian  ini, mereka telah berjaya mengejar dengan motosikal  dan  berjaya mendapatkan kembali 2 buah basikal ini, Malangnya kedua-dua basikal telah mengalami kerosakan. Budak2 itu pula telah menghilangkan diri.

Mengikut budak-budak dan orang dewasa yang melihat kjadian ini, 3 orang budak2 remaja yang melarikan basikal ini adalah budak2 sekolah menengah yang tinggal di Blok D.. Identiti  dan no rumah mereka telah dikenalpasti dan laporan polis akan dibuat sebagai pengajaran.

Kita berhati-hatilah dengan keadaan sekeliling, penyamun ada dimana-mana bahkan mereka adalah dari kalangan kita sahaja. Kesal kerana ada ibubapa yang mempertahan tindakkan bodoh anak-anak melakukan aksi tidak bermoral. Kecik2 dah pandai menyamun, besar nanti entah apa pula akan dirompaknya?????

No comments:

Post a Comment