23 July 2012

Tazkirah Malam ke 3 - Ustaz Helmey Yahya

Ustaz Helmey Yahya, yang memberi tazkirah Ramadhan pada malam ke 3 , memberikan beberapa  amalan yang patut dibuat oleh kita demi meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

Antaranya ialah solat tahajjud 2 rakaat yang boleh dibuat sebelum kita bersahur. Kemudian ditambah dengan solat taubat 2 rakaat serta ditutup dengan solat witir 1 rakaat.

Mengenai bersahur, makan ditengah malam tidak dikira sebagai bersahur. Tetapi bersahur dalam erti kata sebenar ialah lebihkurang 1 jam sebelum waktu  subuh. Untuk tempoh antara waktu imsak dan subuh, Ustaz Helmey menyatakan, mengikut sabda Nabi Muhammad SAW, perkiraan adalah seperti tempoh masa membaca 50 ayat AlQuran.

Terdapat kemuskilan dikalangan masyarakat tentang solat witir. Ada yang menganggap, jika kita sudah witir di surau, tidak boleh lagi berwitir di rumah. Ustaz Helmey menyatakan, tiada masalah untuk berwitir sekali lagi dirumah selepas kita melakukan solat2 sunat. Cuma  kita melakukan witir selepas solat sunat tarawikh ialah supaya kalaulah kita tidak terjaga untuk membuat solat tahajjud, kita telahpun membuat witir pada malam sebelumnya. Witir adalah penutup segala solat sunat dan rugilah bagi orang yang tidak melakukannya.

No comments:

Post a Comment