05 July 2012

Nisfu Syaaban - Perlu Baca Yassin 3 Kali?

Semasa tazkirah Nisfu Syaaban pada malam Rabu lepas, Ustaz Yassir Salleh menegur sesetengah masyarakat Islam yang mudah menerima sesuatu tanpa bukti yang sahih.

Beliau menyatakan bahawa tiada suatu dalil atau nas pun yang sahih untuk diterima sebagai asas untuk melakukan bacaan Yassin selama 3 kali berturut2 semasa malam Nisfu Syaaban.

Ia hanya ikut2tan umat Islam sahaja. Menurut Ustaz Yassir, sebahagian besar ulama bersetuju bahawa sepatutnya pada malam Nisfu Syaaban, umat Islam amat digalakkan untuk bersolat dengan tambahan solat2 sunat seperti solat taubat, solat tahajjud serta bangun malam untuk Qiyamullail. Begitu juga kita dituntut untuk banyak membaca AlQuran dan bukan hanya Surah Yassin sahaja.

Beliau menegaskan, pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT begitu hampir dengan umat Islam yang beribadat, iaitu seperti antara 2 jari sahaja. Sebarang doa yang dipohon, InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah.

Beliau berharap selepas ini, umat Islam tidak lagi beranggapan, bila malam Nisfu Syaaban, wajib membaca 3 kali Yassin.

 Ustaz Yassir kemudiannya memimpin solat sunat taubat serta solat sunat hajat. Sementara bacaan Yassin sekali dipimpin oleh Ustaz Mohammad.

No comments:

Post a Comment