30 June 2013
28 June 2013
Iman Juga Terkuat !
BESI itu kuat, tapi API mampu meleburnya.
API itu kuat, tapi AIR mampu memadamnya.
AIR itu kuat, tapi AWAN mampu menyejatnya.
AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya.
ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalangnya.
BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya.
MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukkanya.
NAFSU itu kuat, tapi IMAN MAMPU MENGALAHKANNYA.

(Mohd Hamka Mohd Aminallah, 2011)
Kursus Imam dan Bilal
Eloklah masjid dan surau sekitar lembah klang dapat menghantar imam dan bilal mereka mengikuti kursus ini. Mungkin pihak JAWI dapat membiayaai sebahagian kos yuran kursus?
Gotong Royong - Ahad 7 Julai 2013
Semua jemaah lelaki dijemput hadir pada tarikh berikut
Ahad
7 Julai 2013
Mulai jam 8.00 pagi
Kerja2 yang nak dibuat:-
1. membersih surau, tempat wudhu dan kawsan sekitar
2. mengemaskan kawasan surau
3. menyediakan tempat solat tarawikh - pemasangan 8 khemah tambahan serta pemasangan lantai plywood
4. lain-lain kerja berkaitan
InsyaAllah, sarapan pagi serta makan tengahari disediakan.

27 June 2013
Tilawah AlQuran Antarabangsa Bermula Sabtu Ini
Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra dari 29 Jun hingga 6 Julai ini, menawarkan hadiah kepingan emas seberat 350 gram kepada johan qari dan qariah.
Selain kepingan emas bernilai RM70,000 itu, pemenang juga akan menerima wang tunai RM40,000, piala iringan, cenderamata serta sijil penyertaan.
KEPUTUSAN RASMI
Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-56 Bagi Tahun 1434H/2013M
BAHAGIAN LELAKI/QARI
... Johan: 92.33% Anuar Hasin (Perak) Wakil Malaysia
Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-56 Bagi Tahun 1434H/2013M
BAHAGIAN LELAKI/QARI
... Johan: 92.33% Anuar Hasin (Perak) Wakil Malaysia
Anuar Hasin
Naib Johan : 89.67% Amirrahman Abas (N.Sembilan)
Ke-3 : 86.67% Mohamad Hafas bin Ali (Terengganu)
BAHAGIAN WANITA/QARIAH
Johan : 88.34% Hanimzah binti Hj. Jalaluddin (Pahang) Wakil Malaysia
Hanimzah Hj Jalaluddin
Naib Johan : 86.00% Nor Azrah Binti Ayub (Johor)
Ke-3 : 84.34% Marzian binti Mohd Deli (Kedah)
Seminar AlQuran di ILIM sempena Tilawah
Persediaan Menyambut Ramadhan
Ramadhan ialah nama bagi sebuah bulan dalam bulan-bulan kiraan Islam dan sebuah kata nama dalam bahasa arab yang disebut oleh sesetengah pakar bahasa sebagai diambil dari kalimah “???” (panas membakar ) dan hal ini lantaran kerana waktu ini manusia berpuasa menahan diri dari makan dan minum sehingga kepanasan tekak kerana kehausan manakala menurut riwayat dari Mujahid ra (murid ibn Abbas ra) mengatakan bahawa ramadhan ini ialah salah satu dari nama Allah swt dan tidaklah diguna untuk makhluk(lihat takrif ramadhan dalam lisanul arab oleh Ibnu Manzur m/s 245 Jilid 4). Ramadhan Bulan ini merupakan satu bulan mulia dan waktu yang merupakan khusus untuk umat Islam melakukan ibadah puasa dengan menuruti perintah Allah yang menyebut : “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana telah ditetapkan kepada orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu menjadi bertaqwa” (Al-Baqarah : 183). "Bulan Ramadhan yang pada bulan itu telah kami turunkan Al-Qur’an untuk memberi pertunjuk kepada manusia dan memberi penerangan dari hidayah serta pembeza hak dan kebathilan” “Barangsiapa yang menghadapi bulan ramadhan maka hendaklah dirinya berpuasa” (Al-Baqarah : 185). Sesungguhnya ramadhan merupakan bulan mulia yang menjadi salah satu dari waktu tertegaknya rukun Islam yang lima iaitu berpuasanya umat Islam pada bulan ini sebagai menunaikan kewajipan mereka kepada Allah yang Maha Esa. Diriwayatkan dari Ibn Umar ra bahawa baginda rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : “Terbinanya Islam itu di atas lima perkara iaitu bersyahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad itu sebagai rasulullah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat dan menunaikan haji serta puasa di bulan ramadhan” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16). Bahkan bulan yang mulia ini juga diberi penghormatan oleh Allah swt dengan membersihkannya dari kewujudan dan kekotoran syaitan dan dosa seperti yang terdapat dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra dari rasulullah yang bersabda : “Apabila tibanya bulan ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu para syaitan” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1899 dan Muslim no. 1079). Juga baginda bersabda : “Barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan berjaga-jaga serta keikhlasan maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 38 dan Ibn Majah no. 1641). Sesungguhnya bulan ramadhan ini ialah sebuah ibadah yang agung dan mulia di sisi Allah swt. Juga pada bulan ini ganjaran pahala dan kebaikan menanti hamba yang beriman yang melalui bulan dan waktu ini dengan ibadah dan keimanan yang sahih kepada Allah swt. Mereka yang berpuasa merupakan tetamu Allah swt yang akan dilayani dengan ganjaran dan kebaikan seperti yang disebut oleh rasulullah dalam hadith qudsi bahawa Allah berfirman : “Setiap amalan anak adam itu ialah ialah untuk dirinya sendiri kecuali puasa kerana puasa itu ialah untuk Aku (Allah) dan Akulah (Allah) yang akan memberinya ganjaran, dan puasa itu ialah pendinding..” (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151). Sesungguh para tetamu Allah di bulan ramadhan ini akan diberikan kelebihan di sisi Allah bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat bahkan baginda dalam sebuah hadith menyebut : “Sesungguhnya demi Yang jiwa Muhamamd itu di tangan-Nya bahawa bauan mulut mereka yang berpuasa itu di hari akhirat lebih harum di sisi Allah dari wangian misik dan bagi mereka yang berpuasa itu dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui tuhannya..” (hadith sahih Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151). Bahkan tetamu Allah di bulan ramadhan akan diberikan ganjaran besar di sisi Allah sehingga disediakan kepada mereka sebuah pintu syurga yang khusus seperti dari riwayat Sahl ibn Said ra dari baginda nabi yang bersabda : “ Sesungguhnya di syurga itu terdapat pintu yang dinamakan ar-rayyan yang dikhususkan untuk golongan yang berpuasa dan pada hari kiamat tiada yang masuk melalui pintu itu melainkan hanya golongan yang berpuasa yang akan diseru mereka itu dengan ditanya : Siapakah golongan yang berpuasa ? Lalu mereka pun bangun dan memasuki pintu tersebut dan kemudiannya ditutup setelah mereka selesai melalui pintu tersebut dan tidaklah masuk selepas itu sesiapa pun” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1896 dan Muslim no. 1152). Persiapan pertama Memperbetulkan aqidah dan keimanan kepada Allah swt menurut panduan yang sahih dengan memastikan kefahaman aqidah, konsep keimanan berada di landasan yang benar dan membersihkan karat-karat kesyirikkan dan kejahilan dari jiwa. “ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Al-Isra : 15). Aqidah yang sahih Memastikan memiliki aqidah yang sahih ialah satu keperluan dan kewajipan kerana tidak diterima ibadah dan tidak bernilai ibadah yang dilakukan tanpa memiliki aqidah yang sahih. Kefahaman aqidah yang sahih ialah apa yang datang secara pasti dan yakin dari pemahaman salaf soleh yang merupakan sebaik-baik umat dan terpelihara keimanan dan keilmuan mereka serta terjamin. Sabda baginda salallahualaihiwasalam melalui riwayat Aisyah ra : “ Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi’ien)” (hadith Sahih riwayat Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 5). “ Dan tidaklah kami mengutuskan sebelum kamu daripada rasul-rasul melainkan kami mewahyukan kepada mereka bahwasanya tiada tuhan selain aku maka sembahlah aku.” (Al-Anbiya’ : 25). Begitulah juga seperti apa yang diperintahkan oleh rasulullah salallahualaihiwasalam kepada Muaz bin Jabal ketika diutuskan sebagai naqib (utusan rasulullah) ke Yaman untuk berdakwah di sana dengan sabdanya kepada Muaz : “ Seawal-awal perkara yang hendak kamu dakwahkan kepada manusia haruslah tauhid kepada Allah.” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no.6937). Sebagaimana disebut oleh Imam Abd Izz dalam kitabnya Syarah Aqidah Thahawiyah menyebutkan bahawa hendaklah setiap muslim itu berada dalam aqidah yang sahih dan tetap meninggalkan dunia dengan aqidah yang sahih juga sebagaimana sabda baginda salallahualaihiwasalam : “ Barangsiapa yang mati dalam keadaan mengetahui bahawa tiada tuhan selain Allah ( memiliki aqidah yang benar) maka sesungguhnya dia akan masuk syurga.” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no.43 dan Ahmad 69/1). Memahami manhaj ahlul sunnah wal jamaah menurut pegangan salaf soleh tanpa ta’wil yang jahil, tanpa mengguna akal fikiran yang lemah sebaliknya berpegang kepada keutuhan riwayat dan kesahihan pegangan salaf soleh dalam hal-hal aqidah dan keagamaan. Demikianlah para ulama salaf soleh berpegang dan menetapkan aqidah berdasarkan dalil yang sahih sebagaimana berkatanya Imam As-Syafie ra : “ Aku beriman dengan Allah atas apa yang di datangkan oleh Al-Qur’an dan sunnah dan aku beriman kepada rasul atas apa yang dibawanya iaitu sunnah” (lihat syarah Lumatul Iktiqad oleh Ibn Qudamah m/s 25). Begitulah juga dengan kalam dari Imam Ahmad ra : “Kami beriman kepada Allah melalui Al-Qur’an dan as-sunnah tanpa membagaimanakan atau memperumpamakan dan kami beriman dengan apa yang datang dari rasul (sunnah)” (riwayat dari Abu Ya’la dalam Ibthal Ta’wilat lil Akhbar As-Sifat m/s 44 Jilid 1). “Apakah kamu berani mengatakan sesuatu perihal Allah tanpa ilmu ?” (Al-Baqarah : 80). “Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Al-Isra : 36). Membetulkan keimanan Memastikan keimanan dan kelurusan hati serta keikhlasan melakukan ibadah hanya kerana Allah swt. Sesungguhnya tidaklah diterima amalan jika tidak dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah swt. “ Dan tidaklah kamu diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas kepada-Nya melalui deen yang lurus” (Al-Baiyinah : 3). Keimanan bahawa kewajipan puasa ramadhan dan kewajipan serta sunnah melakukan ibadah di bulan ini merupakan apa yang datang dari Allah dan rasul serta mengimani akan kebesaran Allah, mengimani kerasulan Muhammad salallahualaihiwasalam dan melakukan ibadah sesuai sebagai hamba Allah yang mengharap redha dan keampunan serta rahmat-Nya merupakan kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap orang sebelum memasuki bulan ramadhan. “ Barangsiapa yang mengingini pertemuan dengan tuhannya maka hendaklah dia beramal soleh dan tidak mensyirikkan ibadahnya kepada tuhannya dengan sesuatu” (Al-Kahfi : 110). Perlu betulkan keimanan, keyakinan dan ketabahan melakukan ibadah untuk Allah swt yang Maha Esa dan meninggalkan kemaksiatan demi Allah semata-mata dan menghormati bulan ini juga semata-mata kerana keimanan kepada Allah swt. Persediaan kedua Mempersediakan diri dengan ilmu dan panduan ibadah serta puasa yang sahih dan kaedah menjalankan ibadah secara sahih. Hendaklah sebelum memasuki ramadhan setiap orang kembali menyemak buku-buku atau menyoal para alim ulama akan kaedah puasa dan menjalankan ibadah yang sahih menurut pegangan salaf soleh dan ajaran rasulullah salallahualaihiwasalam yang jauh dari bid’ah dan penambahan dan penyelewengan. “ Bertanyalah kamu kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui” (An-Nahl : 43). Hendaklah difahami tujuan beribadah itu ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan hendaklah dilakukan menurut panduan yang Allah swt berikan iaitu melalui kitab Allah dan sunnah rasulullah serta apa yang dari para salaf soleh yang memahami isi panduan kedua ini menurut pemahaman yang sahih dan terjamin. Sabda baginda Salallahualaihiwasalam : “Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) . Tidaklah diterima amalan kebaikan dan amalan ibadah apabila ianya dilakukan dengan menyeleweng, menambah atau mengurang dari apa yang diajarkan oleh pembawa utusan kerasulan iaitu Muhammad salallahualaihiwasalam. Persiapan yang ketiga Hendaklah juga siapa yang akan menjalani bulan ramadhan mempersiapkan dirinya dengan kemampuan fizikal dan kekuatan jasadiyah serta juga material moga dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan selesa. “Dan bersedialah kamu dari kekuatan untuk peperangan itu apa yang kamu mampu dari kuda yang terikat moga demikian menakuti musuh Allah dan musuh kamu..” (Al-Anfal : 60). Sekalipun ayat di atas untuk peperangan namun ianya secara umum untuk semua hal ibadah iaitu jika peperangan dan jihad itu ialah ibadah yang memerlukan persediaan kebendaan maka demikianlah juga dengan puasa yang merupakan ibadah asasi yang termasuk rukun keIslaman. Mempersediakan diri dengan fizikal dan kekuatan badan iaitu seperti menjaga kesihatan dan menjaga badan supaya dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna ialah satu kewajipan supaya dapat menunaikan hak kepada Allah swt dalam ibadah dengan sempurna dan selesa. Tidaklah disukai mereka yang tidak menjaga makan dan minum serta juga tidak mengurus tidur dan rehat secukupnya sehingga mengakibatkan kerosakan badan dan melemahkan diri untuk menjalani ibadah puasa dan ibadah di bulan ramadhan dengan kukuh dan selesa bahkan terganggu waktu ibadah kerana kelemahan dan keletihan badan. Oleh itu hendaklah melakukan persediaan secara fizikal dan badan bagi yang mampu bahkan termasuk amalan dan usaha melakukan persediaan secara fizikal seperti mengambil vitamin, melakukan senaman dan mempersediakan menghadapi ramadhan dengan menjalani terapi kesihatan sebagai usaha ibadah dan berpahala. “Tidaklah Allah membebani seseorang melainkan sekadar apa yang termampu olehnya” (Surah Al-Baqarah : 286). Setelah itu hendaklah juga para golongan yang beriman mempersiapkan untuk menjalani ibadah puasa dengan melengkapkan diri dengan kemampuan material dan kewangan serta belanja keperluan. Ini disebabkan supaya dapat mengambil bahagian dalam usaha infaq dan sedekah serta menunaikan kewajipan zakat di bulan ramadhan. Sesungguh golongan yang kaya dan berkemampuan harta serta material mendapat kelebihan di sisi Allah swt apabila mereka mampu menunaikan ibadah zakat dan mampu pula mengeluarkan infaq sedekah kepada fakir miskin yang mengakibatkan mereka beroleh kedudukan mulia di sisi Allah swt dan mendapat ganjaran pahala yang besar. Bahkan disebut dalam hadith riwayat Muadz Ibn Jabal ra bahawa baginda nabi salallahualaihiwasalam pernah bersabda “ Sedekah itu memadamkan dosa seperti air yang memadamkan api” (hadith sahih riwayat tirmidzi no. 609 dan nasaie , Ibn majah ). Sesungguhnya tidaklah dengan sedekah itu mengurangkan harta sebagaimana sabda baginda “tidaklah berkurang harta itu dengan sedekah” (hadith riwayat tirmidzi). Hendaklah umat Islam berusaha mendapatkan kedudukan untuk bersedekah dan menjadi tangan yang di atas dari tangan yang di bawah supaya dapat memperolehi ganjaran besar di sisi Allah swt. “ Ambillah sedekah dari harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan harta mereka” (At-Taubah : 103). “ Mereka berkata ; kami memberikan makanan kepadamu kerana mengharapkan keredhaan Allah dan tidak kami mengharapkan kepadamu balasan dan tidak pula pujian serta tidak pula penghargaan” (Ad-Dahr : 9). Persediaan yang keempat Mempersiapkan perancangan dan persediaan jadual akitiviti kehidupan dengan mengatur supaya dapat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan dan lain-lain ibadah dengan teratur dan selesa serta tanpa gangguan. "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah.Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Al-Munaafiqun: 9). Sesungguhnya Islam ialah agama yang tersusun dan teratur oleh itu hendaklah umat Islam mengatur kehidupan dan membuat perancangan ibadah di bulan puasa supaya tahu menyusun aktiviti hidup agar dapat dimanfaatkan waktu sebanyak mungkin untuk menjalani ibadah di bulan ramadhan. “Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152). Sebagai contohnya hendaklah seorang muslim itu mengatur waktu kerja, waktu rehat dan waktu aktiviti keluarga dan juga waktu ibadahnya supaya dapat memanfaatkan sebanyak mungkin masa ibadah di bulan ramadhan. Terutama bagi mereka yang bekerja pada waktu siang mungkin mereka boleh merancang bahawa sepanjang bulan ramadhan akan lebih banyak merehatkan diri di rumah setelah selesai kerja untuk mempersiapkan diri beribadah di waktu malam di bulan ramadhan dan bagimereka yang bekerja malam pula boleh merancang memperbanyakkan ibadah di waktu siang dengan menjadikan malam sebagai waktu bekerja dan petang waktu berehat. “ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269). Wallahualam. Artikel asal di sini. |
25 June 2013
Forum Perdana Ambang Ramadhan PERKIM
PROGRAM BENGKEL AMBANG RAMADHAN
(PERTANDINGAN AZAN, KUIZ & TILAWAH AL-QURAN)
Penceramah Bengkel Ambang Ramadhan: Ustaz Haryanto Rizal
Pada: 6 Julai 2013 (27 Sya'aban 1434H) [8.30 pagi - 5.00 petang]
(PERTANDINGAN AZAN, KUIZ & TILAWAH AL-QURAN)
Penceramah Bengkel Ambang Ramadhan: Ustaz Haryanto Rizal
Pada: 6 Julai 2013 (27 Sya'aban 1434H) [8.30 pagi - 5.00 petang]
PROGRAM PENGANUGERAHAN PELAJAR CEMERLANG PERKIM & FORUM PERDANA AMBANG RAMADHAN
Pada: 7 Julai 2013 (27 Sya'aban 1434H) [8.30 pagi - 2.00 petang]
Moderator: Ustaz Muhamad Ibrahim (Mad China)
Ahli Panel : Ustaz Ridzuan Rahmat (Dwen) & Ustaz Zulkifli Ahmad (Zul)
...
Tempat: Surau Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR!
Topeng Muka N95 Paling Baik Untuk Elak jerebu
Topeng muka N95 (kanan atas) paling baik namun paling mahal
PUTRAJAYA 24 Jun - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mewajibkan peniaga menjual topeng muka tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, pada masa sama peniaga juga diminta menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperoleh lebih rendah.
Beliau berkata, peniaga juga dikehendaki meletakkan tanda harga untuk topeng muka yang dijual di premis mengikut keperluan Perintah Kawalan Harga Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit 1980.
Kata beliau, topeng muka adalah barangan harga terkawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Pengisytiharan topeng muka sebagai barangan harga kawalan telah dibuat pada 26 Ogos 2009.
"Sebanyak lima jenis topeng muka terlibat bagi penguatkuasaan kawalan harga iaitu topeng muka satu lapisan berharga maksimum RM7 sekotak, topeng muka dua lapisan 20 sen seunit, topeng muka tiga lapisan 80 sen seunit, topeng muka empat lapisan 80 sen seunit dan topeng muka lima lapisan RM6 seunit,"
Harga Topeng Muka
1. 1 Lapisan RM7 sekotak
2. 2 Lapisan 20 sen satu
3. 3 Lapisan 80 sen satu
4. 5 lapisan (N95) RM6 satu
"Mana-mana peniaga melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditetapkan boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM50,000," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000.
Bernama
Topeng muka kreatif
Terlalu berhati2
Kalau indeks jerebu lebih 1000 agaknya
24 June 2013
Sekolah KL dan Selangor (kecuali Pelabuhan Klang) dibuka Semula
Menurut berita jam 8.00 malam tadi, semua sekolah di KL dan Selangor akan dibuka semula esok, Selasa, 25 Jun 2013. Hanya sekolah di kawasan Pelabuhan Klang terus ditutup.
Seorang guru sekolah kebangsaan bangsar mengesahkan bahawa sekolahnya akan dibuka semula esok.
Walaubagaimanapun, menurut Tan Sri Muhyidin Yassin, ibubapa yang bimbang masalah kesihatan anak mereka , boleh mengambil keputusan sendiri untuk tidak menghantar mereka kesekolah.
Ibubapa hanya perlu memaklumkan pihak sekolah.
Tan Sri Muhyidin juga memberitahu bahawa hanya sekolah2 yang terletak dikawasan yang mempunyai indeks pencemaran melebihi 300 perlu ditutup.

Murid Tak Perlu Ke Sekolah Jika Bimbang Kesihatan
KUALA LUMPUR: Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu.
"Ibu bapa diminta merujuk kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan status sekolah anak-naka mereka terutama di kawasan yang terlibat," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan di sini hari ini.
Sekolah-sekolah diarahkan tutup hari ini iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka serta daerah Muar, Ledang dan Segamat di Johor, Port Dickson di Negeri Sembilan dan Kuantan di Pahang.
Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivelberkata sekolah-sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka ditutup esok memandangkan keadaan jerebu bertambah buruk.
Muhyiddin berkata walaupun sekolah-sekolah dalam kawasan jerebu kritikal dan yang bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi paras bahaya telah ditutup, murid-murid dinasihatkan supaya tidak mendedahkan diri di kawasan terbuka.
"Dalam hal ini kerjasama ibu bapa perlu supaya dapat mengawasi pergerakan anak-anak mereka sepanjang tempoh itu," katanya.
Murid-murid juga dinasihatkan sentiasa memakai penutup hidung dan minum banyak air, manakala pihak sekolah hendaklah merujuk pelajar yang tidak sihat ke klinik atau hospital berhampiran, katanya.
Selain itu Timbalan Perdana Menteri mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan semasa jerebu untuk mengetahui status terkini jerebu di kawasan masing-masing.
Katanya semua pengarah pelajaran negeri hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak berkuasa di peringkat masing-masing mengenai keperluan penutupan sekolah serta pelaksanaan sebarang aktiviti melibatkan murid.
Muhyiddin juga meminta pihak sekolah mematuhi arahan surat siaran dari semasa ke semasa sama ada untuk menutup sekolah dengan serta merta, menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah atau menghentikan semua aktiviti kokurikulum dengan kadar segera bagi menjamin kesihatan murid.

Berita mula diterbitkan pada: Jun 24, 2013 17:40 (MYT)
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/muhyiddin-ibu-bapa-dibenar-tidak-hantar-anak-ke-sekolah-ketika-jerebu-17019?cp
23 June 2013
Semua Sekolah KL dan Selangor Ditutup Isnin - 24 Jun 2013
Jerebu oh Jerebu, kedatanganmu tidak diundang
Jerebu: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup esok
PUTRAJAYA: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok selepas dinasihatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini.
Palanivel berkata, keadaan jerebu semakin buruk pada 5 petang tadi dan sekolah sudah diminta tutup sebagai tindakan perlu sejak kualiti udara yang merosot boleh memudaratkan kesihatan pelajar.
Bernama
KEADAAN SEMASA JEREBU SELURUH MALAYSIA
Updated 23 June 2013
NEGERI / STATE | KAWASAN/AREA | MASA/TIME 7:00AM | MASA/TIME 11:00AM | MASA/TIME 5:00PM |
Johor | Kota Tinggi | 137* | 124* | 91* |
Johor | Larkin Lama | 117* | 100* | 89* |
Johor | Muar | 746* | 690* | 507* |
Johor | Pasir Gudang | 127* | 110* | 96* |
Kedah | Alor Setar | 67* | 68* | 65* |
Kedah | Bakar Arang, Sg. Petani | 82* | 79* | 78* |
Kedah | Langkawi | 59* | 60* | 60* |
Kelantan | SMK Tanjung Chat, Kota Bharu | 70* | 71* | 76* |
Kelantan | Tanah Merah | 77* | 77* | 77* |
Melaka | Bandaraya Melaka | 357* | 415* | 373* |
Melaka | Bukit Rambai | 334* | 428* | 443* |
Negeri Sembilan | Nilai | 94* | 106* | 137* |
Negeri Sembilan | Port Dickson | 166* | 184* | 276* |
Negeri Sembilan | Seremban | 103* | 104* | 103* |
Pahang | Balok Baru, Kuantan | 135* | 149* | 183* |
Pahang | Indera Mahkota, Kuantan | 100* | 107* | 138* |
Pahang | Jerantut | 67* | 71* | 82* |
Perak | Jalan Tasek, Ipoh | 64* | 64* | 63* |
Perak | Kg. Air Putih, Taiping | 61* | 60* | 61* |
Perak | S K Jalan Pegoh, Ipoh | 64* | 64* | 63* |
Perak | Seri Manjung | 94* | 94* | 106* |
Perak | Tanjung Malim | 81* | 82* | 91c |
Perlis | Kangar | 61* | 62* | 64* |
Pulau Pinang | Perai | 75* | 74* | 75* |
Pulau Pinang | Seberang Jaya 2, Perai | 79* | 78* | 80* |
Pulau Pinang | USM | 71* | 71* | 71* |
Sabah | Keningau | 86* | 83* | 77* |
Sabah | Kota Kinabalu | 87* | 85* | 83* |
Sabah | Sandakan | 45* | 46* | 46* |
Sabah | Tawau | 42* | 40* | 41* |
Sarawak | Bintulu | 77* | 76* | 78* |
Sarawak | ILP Miri | 78* | 76* | 76* |
Sarawak | Kapit | 57* | 58* | 60* |
Sarawak | Kuching | 84* | 83* | 77* |
Sarawak | Limbang | 75* | 72* | 72* |
Sarawak | Miri | 91* | 90* | 90* |
Sarawak | Samarahan | 74* | 75* | 73* |
Sarawak | Sarikei | 82* | 81* | 79* |
Sarawak | Sibu | 80* | 78* | 78* |
Sarawak | Sri Aman | 65* | 65* | 62* |
Selangor | Banting | 109* | 115* | 133* |
Selangor | Kuala Selangor | 100* | 104* | 112* |
Selangor | Pelabuhan Kelang | 188* | 192* | 214* |
Selangor | Petaling Jaya | 108* | 125* | 151* |
Selangor | Shah Alam | 102* | 112* | 130* |
Terengganu | Kemaman | 137* | 153* | 174* |
Terengganu | Kuala Terengganu | 68* | 72* | 83* |
Terengganu | Paka | 97* | 105* | 115* |
Wilayah Persekutuan | Batu Muda,Kuala Lumpur | 97* | 108* | 140* |
Wilayah Persekutuan | Cheras,Kuala Lumpur | 102* | 111* | 134* |
Wilayah Persekutuan | Labuan | 89* | 86* | 83* |
Wilayah Persekutuan | Putrajaya | 100* | 112* | 138* |
Note:
- * = Fine dust (PM10)
- a = Sulfur Dioxide (SO2)
- b = Nitrogen Dioxide (NO2)
- c = Ozone (O3)
- d = Carbon Monoxide (CO)
- & = More than one pollutant
22 June 2013
Tilawah Al Quran Kanak2 Masjid Khadijah
Rakaman majlis penyampaian hadiah.
Majlis Tilawah AlQuran yang berlangsung pada hari ahad, 16 Jun 2013 di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Seramai hampir 50 peserta bertanding untuk peringkat sekolah rendah. Tahniah pada pihak penganjur yang menjayakan program yang sangat baik untuk anak-anak menanam minat membaca AlQuran.
Syabas kepada orang kuat Masjid Khadijah, Ustaz Dino Rizal serta semua jawatankuasa pertandingan.
20 June 2013
Tahlil Arwah Bulan Ramadhan di Surau AlHijrah
Kami membuka peluang kepada semua yang bercadang mengadakan tahlil arwah sepanjang bulan Ramadhan ini, sila isikan borang tahlil yang telah disediakan disurau alhijrah atau anda boleh print sahaja dari blog ini.
Pilihlah hari yang anda inginkan, InsyaAllah tahlil akan dilaksanakan selepas sahaja solat tarawikh. Setiap permohonan hanya dikenakan sumbangan minima RM30. Wang sumbangan ini akan digunakan untuk semua aktiviti/program surau sepanjang Ramadhan seperti bayaran kepada penceramah / imam dan sebagainya.
Semoga usaha kita mengadakan tahlil arwah untuk ahli keluarga yang telah meninggalkan kita selama-lamanya akan diterima oleh Allah SWT dan mereka yang berada di alam kubur akan tahu bahawa kita masih mengingati mereka , InsyaAllah.

Persediaan Sambut Ramadhan
1) Berdoalah agar Allah swt. Memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Para salafush-soleh selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, “Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.
2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.”
Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
3) Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.
4) Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.
5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa Jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]
6) Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.
7) Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]
8) Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.
9) Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan membuat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur, memberikan buku saku atau lebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.
10) Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih.
Kepada Allah, dengan taubatan nashuha.
Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya.
Kepada orang tua, isteri,anak, dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim.
Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
Sumber : http://mujahidahsejati.blogdrive.com

17 June 2013
Program Bulan Ramadhan 1434Hijrah Surau AlHijrah
Malaysia dijangka mula berpuasa pada 10 Julai 2013 (Rabu).
Mesyuarat AJK Surau Al Hijrah baru-baru ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berikut sepanjang tempoh bulan puasa pada tahun ini.
Aktiviti Sepanjang Ramadhan
1. Solat tarawikh 8 rakaat dengan 3 witir
2. Tazkirah oleh penceramah jemputan selepas 4 rakaat tarawikh (selama 30 minit)
3. Tahlil akan diadakan pada setiap malam selepas solat tarawikh.
4. Jamuan berbuka puasa akan disediakan pihak surau secara ringkas untuk mereka yang ingin berbuka di surau.
5. More akan akan diadakan selepas selesai solat tarawikh pada setiap malam. More adalah sumbangan penduduk.
6. Tadarus Al Quran akan diadakan selepas selesai solat tarawikh setiap malam
7. Qiyamullail serta Kuliah Subuh akan diadakan pada 19 Ramadhan / 28 Julai 2013 (Awal pagi Ahad) - akan dipimpin Ustaz Baharudin dari Perak
8. Program Nuzul Quran akan diadakan pada malam 17 Ramadhan / 25 Julai 2013.
9. Masak bubur lambuk - setiap petang (selepas asar akan diagihkan).
Aktiviti Sebelum Ramadhan
Majlis Ceramah Khas Menyambut Ramadhan
7 Julai 2013 / Ahad
Penceramah: Ustaz Helmey Yahya
Waktu: Selepas solat maghrib
Gotong Royong Membersih Surau serta Memasang Ruang Tambahan Solat Tarawikh
7 Julai 2013 / Ahad
Masa: Mulai Jam 8.00 pagi hingga siap
Sarapan dan makan tengahari disediakan (InsyaAllah)
Perhatian Kepada Semua Penduduk Muslim
1. Jadual more mengikut giliran tingkat akan ditampal di lif blok A, B , C dan D sebelum bulan puasa. Kami memberi peluang kepada semua untuk menyumbang makanan semasa giliran anda tiba.
2. Program masakan bubur lambuk akan bergantung kepada sumbangan para jemaah kerana kosnya yang agak tinggi. Kami mengalu-alukan sumbangan dari anda yang pemurah untuk membuat amal kebajikan pada bulan penuh berkah ini.
3. Tadarus Al Quran - mengalu-alukan penyertaan dari anda semua tanpa mengira umur, lelaki atau wanita. Peserta lelaki akan dibimbing Ustaz Mohamad (imam surau) dan peserta wanita akan dibimbing oleh Ustazah Hamnah. Insya Allah, saguhati akan diberikan kepada peserta2 yang dapat bertadarus dari mula sehingga 27 Ramadhan ini. Bemula 1 Ramadhan.
4. Borang tahlil telah diedarkan untuk anda yang berminat melakukan tahlil untuk arwah2 yang telah meninggal dunia. Satu borang hanya dikenakan RM30.00. Wang ini akan digunakan untuk kos mengimarahkan surau sepanjang Ramadhan ini.
SURAU ALHIJRAH MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN SAMADA TENAGA / WANG RINGGIT ATAU APA SAJA DEMI MEMAKMURKAN SURAU KITA PADA BULAN PUASA INI. KAMI MENJEMPUT ANDA SEMUA BERSAMA-SAMA SOLAT TARAWIKH BERJEMAAH SEPANJANG RAMADHAN INI.
ANDA BOLEH MENYUMBANG TERUS KE AKAUN SURAU ALHIJRAH
BANK ISLAM 14180010009650
5600 Jemaah Kempunan Tunai Haji Tahun Ini !
Lembaga Tabung Haji (LTH) akan merombak semula senarai jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini berikutan arahan terbaru daripada kerajaan Arab Saudi untuk mengurangkan kuota jemaah sebanyak 20 peratus.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, arahan itu diterima secara rasmi daripada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid tiga hari lalu, lapor Berita Harian.
Dalam laporan itu, Jamil berkata pengurangan jemaah bagi menunaikan ibadah itu tahun ini perlu dipatuhi kerana ia membabitkan kerja menaik taraf dan pembesaran kawasan tawaf di sekeliling Kaabah di Masjidil Haram, Mekah.
Kuota jemaah haji Malaysia adalah kira-kira 28,000 atau satu peratus daripada jumlah penduduk iaitu seramai 28 juta dan pengurangan sebanyak 20 peratus itu membabitkan seramai 5,600 orang jemaah.
Laporan itu juga menyebut, difahamkan rata-rata jemaah haji di negara ini sudah menerima surat tawaran menunaikan haji dan ada juga yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan.
"Saya sangat berharap keadaan ini dapat diterima dengan baik dan difahami semua jemaah haji Malaysia. Arahan ini bukan dikeluarkan sesuka hati, sebaliknya ia bersangkut paut dengan kerja menambah baik keselesaan jemaah di seluruh dunia.
"Ia bukan hanya membabitkan jemaah haji Malaysia tetapi jemaah dari seluruh dunia. Tidak ada pengecualian atau pilih kasih dalam hal ini," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu.
Sementara itu, akhbar itu turut memetik Menteri Haji Arab Saudi Bandar Hajjar sebagai berkata arahan itu dibuat bukan untuk menghalang kedatangan jemaah haji ke Makkah.
Sebaliknya, ia perlu dilakukan bagi menjamin keselesaan jemaah sepanjang tempoh menunaikan rukun Islam kelima itu.
Malaysiakini

16 June 2013
70 % Penghidap Kencing Manis Berisiko Buta dan Strok
Kuala Lumpur: Lebih 70 peratus penghidap kencing manis di negara ini menghadapi risiko buta, strok, kegagalan jantung dan buah pinggang serta kudung kerana gagal mengawal paras gula dalam badan.
Ini berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan tiga universiti tempatan terhadap 53,000 penghidap kencing manis seluruh negara.
Kajian itu mendapati hanya 22.5 peratus responden lulus ujian HbA1c dengan mempunyai paras kawalan gula dalam darah kurang 6.5 peratus seperti ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Manakala 77.5 peratus responden yang diuji itu mempunyai paras kandungan gula melebihi tahap ditetapkan, sekali gus meningkatkan risiko komplikasi akibat penyakit kronik itu.
Kawal gula elak komplikasi
Presiden Persatuan Diabetes, Prof Datuk Dr Ikram Shah Ismail, berkata kawalan paras gula dalam darah penting bagi mengelakkan komplikasi kerosakan sehingga buta, kegagalan buah pinggang, jantung, strok dan gangren yang menyebabkan kaki atau tangan terpaksa dipotong.
Petikan: Berita Harian 16 Jun 2013
KAWALAN MAKANAN UNTUK PESAKIT KECING MANIS
(sumber : PUSRAWI)
Tujuan:
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes Mellitus:-
Makanan yang perlu dielakkan
Semua makanan dan minuman yang manis dan mengandungi gula tinggi.Contohnya: Pelbagai jenis gula, kuih-muih, niskut manis, kek, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, sirap cordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman beralkohol.
Makanan yang bebas dimakan
Ini berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan tiga universiti tempatan terhadap 53,000 penghidap kencing manis seluruh negara.
Glucometer - alat mengukur kandungan gula dalam darah
Manakala 77.5 peratus responden yang diuji itu mempunyai paras kandungan gula melebihi tahap ditetapkan, sekali gus meningkatkan risiko komplikasi akibat penyakit kronik itu.
Kawal gula elak komplikasi
Presiden Persatuan Diabetes, Prof Datuk Dr Ikram Shah Ismail, berkata kawalan paras gula dalam darah penting bagi mengelakkan komplikasi kerosakan sehingga buta, kegagalan buah pinggang, jantung, strok dan gangren yang menyebabkan kaki atau tangan terpaksa dipotong.
Petikan: Berita Harian 16 Jun 2013
KAWALAN MAKANAN UNTUK PESAKIT KECING MANIS
(sumber : PUSRAWI)
Tujuan:
- Untuk mencapai dan mengekalkan paras gula dan lipid darah pada julat normal.
- Untuk mengelak sebarang komplikasi penyakit.
- Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
- Untuk membekalkan keperluan pemakanan bagi memenuhi keperluan harian.
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes Mellitus:-
Makanan yang perlu dielakkan
Semua makanan dan minuman yang manis dan mengandungi gula tinggi.Contohnya: Pelbagai jenis gula, kuih-muih, niskut manis, kek, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, sirap cordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman beralkohol.
Makanan yang bebas dimakan
- Semua jenis sayuran, kecuali semua jenis ubi. Contohnya: sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya.
- Semua cecair dan minuman tanpa gula Contohnya: Sup air, air kosong, the dan kopi ‘o’ tanpa gula, teh Cina, air limau, air barli tanpa gula.
- Perasa dan Perencah Contohnya: serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya.
- Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak dan kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa
- Susu dan hasil tenusu
- Bijirin dan hasil bijiran
- Kacang dan kekacang
- Buah-buahan
14 June 2013
Lizam bin Said Meninggal Dunia
Allahyarham Lizam Said
Pada hari ini, kita semua merasa sedih kerana sahabat/jiran kita yang bernama Lizam bin Said, umur 41 tahun, rumah D-7-13, PPR Pantai Ria telah kembali kerahmatullah pada jam 1 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Pantai Halt Tengah juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai.
Arwah diberitakan meninggal kerana sakit jantung.
Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Khadijah dan dikebumikan sebelum solat Jumaat siang tadi.
Bagi pihak AJK surau. kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. kami mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
12 June 2013
Kuota Jemaah Haji Malaysia Tahun Ini Dikurangkan ?
Suasana di Pelabuhan Pulau Pinang semasa kapal laut digunakan untuk menghantar Jemaah haji ke Mekah pada tahun 60an
Komen
Berita yang kurang menyenangkan terutama kepada bakal2 Jemaah yang yang sudah sampai giliran menunaikan Haji pada tahun ini. Mungkinkah giliran sebahagian dari mereka akan ditangguhkan ke tahun hadapan berikutan berita arahan Kerajaan Arab Saudi kepada Kerajaan Indonesia untuk mengurangkan jumlah Jemaah haji mereka?
Jika 20% potongan kuota itu terpakai kepada semua negara, bermakna pada tahun ini, hanya 22,400 sahaja bakal Jemaah haji Malaysia berpeluang ke Mekah berbanding kuota tahun lepas iaitu 28,000 orang (pengurangan 5,600 orang !)
Namun kita berharap ia tak menjadi kenyataan kerana lebih dari 1 juta rakyat Malaysia masih berada dalam senarai menunggu untuk ke Tanah suci.
PETIKAN BERNAMA
JAKARTA 12 Jun - Kerajaan Arab Saudi akan memotong kuota jemaah haji Indonesia sebanyak kira-kira 42,000 jemaah pada musim haji tahun ini kerana terbatasnya ruang ibadah di tanah suci berikutan projek mega perluasan Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Menteri Agama, Suryadharma Ali berkata, beliau telah menerima surat pemberitahuan rasmi dari Arab Saudi tentang pemotongan kuota itu.
Jumlah yang akan dipotong ialah kira-kira 20 peratus dari kuota tahunan 211,000 jemaah haji Indonesia dan ia mewakili kira-kira 42,000 orang jemaah, portal berita Republika Online melaporkan.
Suryadharma Ali berkata, pihaknya belum bersedia mengulas lanjut mengenai perkara itu namun kerajaan Indonesia akan berusaha melobi di Arab Saudi untuk sekurang-kurangnya kuota haji dari Indonesia dapat dikekalkan seperti biasa.
Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Musthafa bin Ibrahim al-Mubarak telah memberitahu Republika hujung minggu lalu bahawa pengurangan kuota itu adalah bersifat umum dan ia dikenakan kepada semua negara, tidak terkecuali Indonesia.
Musthafa berkata, penjaga kedua-dua masjid agung itu berpendapat bahawa langkah pemotongan kuota jemaah haji adalah untuk kebaikan semua pihak bagi memastikan jemaah haji dari seluruh dunia dapat beribadat dengan selesa.
Beliau berkata pengurangan kuota itu juga dilaksanakan untuk jemaah umrah, namun beliau tidak dapat memastikan sampai bila ia akan dilaksanakan kerana projek pembesaran kedua-dua masjid itu yang bermula tahun lalu, mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
Indonesia yang mempunyai penduduk berjumlah lebih 240 juta orang, mempunyai penduduk Islam teramai di dunia. - BERNAMA

Kapal Kuala Lumpur mengangkut Jemaah haji ke Tanah suci pada tahun 60an

11 June 2013
Proton Preve Untuk Johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan
Ptoton Preve - pertama kali diberi kepada johan Tilawah pada tahun ini
Buat pertama kalinya sejak 22 tahun, baru kini Kelantan diberi hak sebagai penganjur kepada Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan kali ke 56 tahun 2013. Seramai 29 qari dan qariah termasuk johan menunggu Qariah akan menyertai Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-56 dari 10 hingga 14 Jun di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu Kelantan.
Majlis Tilawah al-Quran kali ini bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Majlis ini pada 10/6/2013. Perasmian penutupan dan penyampaian hadiah pula akan disempurnakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Johan qari dan qariah akan menerima wang tunai RM15,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan serta akan menerima sebuah kereta Proton Preve tajaan Tabung Haji.
Selain itu, johan qari dan qariah juga akan mewakili Malaysia ke Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang berlangsung dari 29 Jun hingga 6 Julai nanti.
Bagi naib johan, qari dan qariah akan menerima wang tunai RM10,000, cenderamata dan sijil penyertaan manakala bagi tempat ketiga pula, qari dan qariah akan menerima wang tunai RM7,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
Selain itu, hadiah saguhati berupa wang tunai RM3,000, cenderamata dan sijil penyertaan akan diberi kepada semua peserta.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke majlis Tilawah itu untuk menghayati bacaan ayat suci al-Quran oleh qari dan qariah dari seluruh Malaysia mulai 8.30 malam hingga 11 malam, 10 hingga 14 Jun ini.
Selain itu, majlis tilawah itu juga boleh ditonton secara langsung di TV1 atau melalui JAKIMTV dengan melayari laman web www.islam.gov.my
10 June 2013
Minyak Dunia Habis 20 Tahun lagi !
KUALA LUMPUR - Dunia belum kehabisan minyak dan gas walaupun telah berpuluh tahun aktiviti penggerudian dan pengeluaran minyak dijalankan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.
Jika peserta industri melihat luar Asia dalam skala global, bekalan masih banyak untuk dikeluarkan, dan dunia masih membuat pencarian konvensional, katanya dalam ucapan keadaan industri di Persidangan Minyak dan Gas Asia ke-17 di sini hari ini. "Berikutan penemuan baharu, perkembangan teknologi dan pengalaman operasi, secara teknikalnya, sumber yang boleh diperoleh dianggarkan mencukupi untuk selama dua abad pada penggunaan semasa," katanya.
Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, rizab dunia telah meningkat sejak 1990 di sebalik pertumbuhan pada penggunaan, dan setakat 2011, anggaran adalah kira-kira 1.5 trilion tong dengan 5.9 tri lion tong lagi sumber boleh diperoleh yang masih belum ditemui, tambah beliau.
Shamsul Azhar berkata Iraq mempunyai rizab minyak terbukti kelima terbesar dunia pada 143 bilion tong.
Bagaimanapun, memandangkan tenaga adalah penyumbang utama kemakmuran ekonomi, pergantungan ke atas tenaga jangka pendek meningkatkan risiko gangguan bekalan dan pergolakan harga, kata beliau.
Katanya, pelbagai pelaburan huluan di blok penggerudian dan pembinaan jaringan paip baharu dan terminal regasifikasi menunjukkan strategi keselamatan tenaga. "Serupa juga dengan PETRONAS, kami memulakan pencarian dan strategi pengeluaran agresif, mencuba pelbagai cara baharu, perairan yang lebih dalam dan lapangan yang lebih kompleks," katanya sambil menambah untuk memastikan keselamatan tenaga, peserta industri perlu diberikan kebebasan untuk menentukan keberuntungan komersil pasaran sendiri.
"Dengan itu, peserta industri mempunyai fleksibiliti untuk menguruskan risiko mereka sendiri, berusaha untuk memberikan bekalan dan memenuhi permintaan pada harga yang ditentukan pasaran," kata Shamsul Azhar. Beliau juga menyeru semua syarikat minyak, penyedia perkhidmatan dan pembuat dasar bekerjasama untuk mencipta penyelesaian yang menggalakkan penggunaan teknologi dan menarik kecemerlangan operasi.
"Industri kita harus berterusan mencari wadah untuk beroperasi dengan bertanggungjawab dan mesra alam," katanya. - Bernama
HARGA PETROL TERMURAH DUNIA
Senarai 10 Negara Harga Petrol Termurah di Dunia:::
10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter
Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petroltermurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.
9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter
Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?
8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter
Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.
7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter
Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dengan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.
6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter
Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.
5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter
Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.
4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter
Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.
3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter
Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi
2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter
Saya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.
1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter
Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.
Dan ini pula senarai negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia
# 1 Saudi Arabia: 262,700,000,000 barrels (tong)
# 2 Canada: 178,900,000,000 barrels
# 3 Iran: 133,300,000,000 barrels
# 4 Iraq: 112,500,000,000 barrels
# 5 United Arab Emirates: 97,800,000,000 barrels
# 6 Kuwait: 96,500,000,000 barrels
# 7 Venezuela: 75,590,000,000 barrels
# 8 Russia: 69,000,000,000 barrels
# 9 Libya: 40,000,000,000 barrels
# 10 Nigeria: 36,000,000,000 barrels
# 11 Mexico: 33,310,000,000 barrels
# 12 Kazakhstan: 26,000,000,000 barrels
# 13 Angola: 25,000,000,000 barrels
# 14 United States: 22,450,000,000 barrels
# 15 China: 18,260,000,000 barrels
# 16 Qatar: 16,000,000,000 barrels
# 17 Brazil: 15,120,000,000 barrels
# 18 Algeria: 12,460,000,000 barrels
# 19 Norway: 9,859,000,000 barrels
# 20 Oman: 6,100,000,000 barrels
# 21 India: 5,700,000,000 barrels
# 22 Indonesia: 4,600,000,000 barrels
# 23 Ecuador: 4,512,000,000 barrels
# 24 United Kingdom: 4,500,000,000 barrels
# 25 Yemen: 4,370,000,000 barrels
# 26 Australia: 3,664,000,000 barrels
# 27 Malaysia: 3,100,000,000 barrels
# 28 Argentina: 2,950,000,000 barrels
# 29 Egypt: 2,700,000,000 barrels
# 30 Syria: 2,500,000,000 barrels
# 31 Gabon: 1,921,000,000 barrels
# 32 Tunisia: 1,700,000,000 barrels
# 33 Sudan: 1,600,000,000 barrels
# 34 Congo, Democratic Republic of the: 1,538,000,000 barrels
# 35 Colombia: 1,492,000,000 barrels
# 36 Brunei: 1,255,000,000 barrels
# 37 Denmark: 1,230,000,000 barrels
# 38 Romania: 1,055,000,000 barrels
= 39 Mauritania: 1,000,000,000 barrels
= 39 Burma: 1,000,000,000 barrels
# 41 Trinidad and Tobago: 990,000,000 barrels
= 42 Vietnam: 600,000,000 barrels
= 42 Uzbekistan: 600,000,000 barrels
# 44 Azerbaijan: 589,000,000 barrels
# 45 Italy: 586,600,000 barrels
# 46 Thailand: 583,000,000 barrels
# 47 Equatorial Guinea: 563,500,000 barrels
# 48 Cuba: 532,000,000 barrels
# 49 Bolivia: 458,800,000 barrels
# 50 Germany: 395,800,000 barrels
08 June 2013
Jangan Bersedih ....................
Jika anda miskin, orang lain berada dalam timbunan hutang
Jika anda tidak anda kenderaan, ada orang yang tak ada kaki
Jika anda selalu rasa sakit, ada orang yang telah terlantar
di katil bertahun-tahun
Jika anda kehilangan seorang anak, ada orang telah kehilangan semua anaknya
Tulisan Asal: 'Aayed Ibn Abdullah Al Qarni
Alihbahasa oleh: Faisal Ibn Muhamaad
Untuk dihayati makna yang tersirat bahawa dalam kita bersedih atas apa jua sebab, ada orang yang ditimpa musibah yang lebih hebat. Ujian Allah hanya sedikit menduga kesabaran manusia.
07 June 2013
Mesyuarat Antara Masjid Khadijah dan Surau2 Didalam Kariah
Ketua Imam
Masjid Khadijah, Pantai Dalam, Ustaz Shahril telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha surau-surau yang berada dibawah kariah Masjid. Diadakan pada hari Selasa, 4 Jun 2013.
Agenda utama ialah membincangkan 3 perkara utama iaitu
1. Pengurusan surau
2. Pengurusan kewangan
3. Aktiviti2 surau
Mesyuarat turut membincangkan idea2 yang diketengahkan oleh wakil2 surau.
Antara wakil surau-surau yang hadir ialah
1. Surau Nurul Iman - PPR Sri Chempaka
2. Surau Hj Salleh
3. Surau Pantai Indah
4. Surau AlHijrah
5. Surau Ibadurrahman - PPR Kg Limau
6. Surau Jln Kubur
7. Surau AlMakmur, PPR Sri Pantai
8. Surau Nurfaizin, Jalan Gasing
Pengerusi Masjid Khadijah, Datuk Zulkifli Ismail turut hadir.

Kiri, Ustaz Shahril dan kanan, Datuk Zulkifli
Hj Kairom dan wakil surau Hj Salleh
Ceramah Isra' Mikraj Dapat Sambutan Masyarakat
Alhamdulillah, hampir 300 penduduk sekitar PPR Pantai Ria terdiri dari golongan
dewasa dan kanak2 hadir dalam program Ceramah Khas Isra' Mikraj yang dibawakan oleh Ustaz Hariri Hj Daud dari Jakim.
Ceramah berlangsung pada 6 Jun 2013, Khamis mulai solat maghrib dan berakhir jam 9.45 malam.
Semua hadirin dijamu dengan nasi minyak, rendang daging, ayam goreng, dalca serta buah2an dan kuih muih.
Ceramah berlangsung pada 6 Jun 2013, Khamis mulai solat maghrib dan berakhir jam 9.45 malam.
Semua hadirin dijamu dengan nasi minyak, rendang daging, ayam goreng, dalca serta buah2an dan kuih muih.
Antara Jemaah yang hadir
Ustaz Hariri Hj Daud - ceramah yang menarik dan penuh pengisian
Waktu makan
Menu pilihan
Subscribe to:
Posts (Atom)