2 buah kereta bomba dikejarkan untuk memadamkan kebakaran tersebut. Walaubagaimanapun, penduduk2 telah bekerjasama menggunakan hos bomba untuk memadamkan kebakaran sebelum bomba tiba. Api padam setengah jam kemudian.
Ruang dapur kedua-dua buah rumah rosak teruk selain dari ruang lantai keseluruhan rumah dibanjiri air dari hos bomba yang digunakan.
Punca kebakaran belum diketahui. Pihak Bomba dan Polis sedang menjalankan siasatan ditempat kejadian.
Kami merasa sedih dengan kejadian yang menimpa kedua-dua rumah berkenaan dan bersimpati dengan musibah yang berlaku yang dianggap ujian dari Allah SWT.
Kepada sesiapa yang prihatin, bolehlah menghulurkan derma kepada mangsa2 yang terlibat. Sedikit yang dihulurkan, besar ertinya kepada kedua-dua sahabat kita yang sedang kesusahan sekarang.
Kebakaran bermula dari ruang dapur
Jiran2 membantu memadam kebakaran dengan hos bomba
rumah yang terlibat
penduduk memerhatikan kejadian kebakaran
Bomba
Pegawai Bomba dihadapan rumah mangsa
keadaan paip kumbahan rentung akibat terbakar
paip kumbahan
paip kumbahan
bahagian dapur
Bahagian dapur rosak teruk
video kejadian
No comments:
Post a Comment