09 September 2013

Tabung Mangsa Kebakaran DiLancarkan

Demi untuk mengurangkan kesulitan/kesusahan kepada jiran kita,
rumah C-4-19 dan  C-5-19 yang mana rumah mereka terlibat dalam
kebakaran pada hari jumaat lepas, maka pihak Surau AlHijrah
mengambil inisiatif melancarkan tabung bantuan kebakaran
kepada kedua-dua mangsa.

Tabung tersebut telah dilancarkan malam tadi sempena majlis jamuan
serta program solat hajat. Tabung khas tersebut akan dibuka sehingga
hari  Selasa , 10 September 2013. Semua wang terkumpul didalam tabung ini akan disumbangkan kepada mereka yang terlibat.

Kepada yang ingin menderma, bolehlah hadir ke surau malam ini.
Kami telah menyediakan tabung khas untuk tujuan tersebut.

Moga segala sumbangan tuan/puan akan dibalas oleh Allah SWT. Amin.

No comments:

Post a Comment