12 September 2013

Polis Raja di Malaysia ? Staff RTM DiBuang Kerja

 
KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM semalam.   

Sambil berkata, RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.

"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan jawatankuasa tata tertib telah bersidang hari ini untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.  

Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya. - Bernama 11/9/2013

1 comment:

  1. PDRM bukan PRDM, juruteknik itu mungkin tersilap pandang, dan logo yang diubahsuai seperti itu biasanya di siarkan dalam blog2 pembangkang, kena siasat samada dia ni terpengaruh dengan sentimen anti kerajaan

    ReplyDelete