05 September 2013

Hadiah Pelajar Cemerlang UPSR/UPSRA/PMR/SPM 2013

Seperti kelaziman yang dilakukan setiap tahun, maka pada tahun ini, Surau Al Hijrah akan sekali lagi mencari pelajar2 cemerlang dalam peperiksaan seperti berikut:-

UPSR - minima 5A
UPSRA - minima 8A
PMR - minima 6A
SPM - minima 6A

Peperiksaan UPSR akan bermula pada 10 September ini, dan akan disusuli dengan lain-lain peperiksaan.

kami mengharapkan anak-anak akan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan nanti. Cuma dapatkan kejayaan cemerlang, InsyaAllah. ada hadiah istimewa untuk anda.

Semua pelajar yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini diharap dapat hadir dalam program sambutan aidil fitri pada hari ahad ini, 8 September, mulai solat Maghrib kerana kita juga akan adakan program solat hajat pada hari berkenaan.

Tidak cukup dengan usaha dan ikhtiar, ia perlu disusuli dengan doa kepada Allah moga segala usaha kita akan diberkatinya. Amin.

1 comment: