21 October 2013

Penjelasan Beberapa Isu Ibadah Korban di Surau AlHIjrah

Tarikh:  21 Oktober 2013

Kepada Semua Jemaah/Penduduk PPR Pantai Ria Yang DiRahmati Allah SWT

Terlebih dahulu kami berterimaksih kepada semua peserta2 korban/akikah, petugas2 serta ajk surau yang telah bekerjasama serta bertukus lumus bekerja  dari awal pagi hingga petang untuk memastikan kelancaran program ibadah korban pada tahun  ini.  Pada tahun ini juga, bilangan kerbau/lembu sebanyak 10 ekor adalah jumlah korban yang terbesar yang pernah surau kita  laksanakan. Insyaallah, dengan sokongan anda semua, kita akan lakukan ibadah korban yang lebih besar pada tahun hadapan, InsyaAllah.

Kami, ahli jawatankuasa surau,  telah berusaha sedaya upaya kami untuk memastikan perjalanan program korban berjalan lancar. Kami telah cuba melaksanakan ibadah korban dengan penuh rasa ikhlas,  amanah dan tanggungjawab. Namun,  segala susahpayah kami  itu telah diatasi dengan tuduhan fitnah yang tidak berasas.

Berikut adalah penjelasan kami kepada beberapa tuduhan yang dibuat oleh pengadu dalam ruangan komen blog suraualhijrah baru2 ini dibawah tajuk, Program Ibadah Korban 1434Hijrah.

Isu No. 1:  Petugas Luar Tak Boleh?

Berkenaan isu petugas dari luar, ditegaskan disini bahawa kami tidak pernah menetapkan bahawa hanya petugas dari PPR Pantai Ria sahaja yang boleh mendaftar. Ini kerana ada juga orang luar yang melakukan ibadah korban  seekor kerbau ditempat kita dan mereka menghantar saudara-mara mereka untuk membantu.

Isu No. 2:  Jumlah Sebenar Agihan Daging Korban

Daripada 9 ekor kerbau dan 1 ekor lembu, telah diagihkan kepada:-

Peserta:  70 orang X 5kg seorang =  350 kg daging

Petugas: 160 orang X 2 kg seorang = 320 kg daging

Orang ramai:  390 orang X 1 kg seorang = 390 kg daging(berdasar rekod pengagihan)

Untuk masakan/jamuan:  80 kg daging

Jumlah keseluruhan daging yang diagihkan :  1,140 kg (anggaran).
 

Isu No.  3:  Berat Keseluruhan Daging Korban/Akikah

Berat purata seekor kerbau: 120kg X 9 ekor= 1080 kg

Berat seekor  lembu                 =                                   60kg

Berat  bersih daging adalah                                  1,140kg (anggaran)

Jadi, mana lebihan daging yang kami nak simpan/sorok? Semuanya dah diagihkan seperti yang sepatutnya.

Isu No. 4:  Jamuan Makan Untuk 1300 Orang ?

Walaupun daging seekor kerbau telah diproses/dipotong kecil, tetapi hanya 80 kg yang digunakan/dimasak manakala bakinya  telah dihantar/dikembalikan ke bahagian timbangan untuk ditimbang dan diagihkan semula kepada orangramai.
Sebanyak 40kg beras JATI telah dimasak yang boleh dimakan oleh anggaran 500 orang. Kami menganggarkan antara 500 hingga 550 orang telah menikmati jamuan pada hari tersebut. Orang yang makan bukan sahaja petugas2 tetapi termasuk juga penduduk2/orang luar serta ramai kanak2 yang turut makan. Jadi, tuduhan yang makanan yang  dimasak boleh dimakan oleh  1,300 orang adalah tidak benar dan mengarut.


Isu No. 5 :  AJK Menyimpan Daging Korban di Kedai Pengerusi Surau?

Selepas program berakhir pada hari berkenaan, terdapat seramai 13 orang peserta korban tidak hadir mengambil bahagaian mereka iaitu 5 kg daging setiap seorang. Maka untuk mengelakkan daging korban menjadi busuk serta atas dasar amanah, kami membuat keputusan menyimpan daging2 korban tersebut di peti sejuk kedai Pengerusi  kerana  beliau mempunyai ruang peti sejuk yang besar sementara menanti peserta2 korban yang berkenaan datang mengambilnya.
Walaubagaimanapun, selepas kami menghubungi peserta2  terlibat, kesemua peserta2 berkenaan tidak mahu mengambilnya bahkan mereka  menyumbangkan kembali kepada pihak surau untuk diagihkan kepada  penduduk yang belum mendapatnya . Maka, pengerusi surau serta beberapa orang ajk serta petugas , atas dasar prihatin, telah mengagihkan daging2 korban tersebut kepada penduduk2 serta orang ramai. Senarai nama penerima daging2 korban tersebut ada direkodkan oleh Pengerusi sebagai bukti. Sesiapapun boleh menyemak nama2 penerima daging korban tersebut dengan pihak surau.

Tiada agenda tersembunyi atau sengaja menyimpan  daging seperti yang didakwa  oleh pengadu tersebut. Ini adalah fitnah semata-mata yang bertujuan untuk memburukkan imej pengerusi serta ajk surau keseluruhannya. Sebenarnya tidak ada daging korban yang disimpan dengan sengaja untuk diberikan kepada kaum keluarga dan sebagainya.

Isu  No 6:  Penduduk Yang Tak Mendapat Daging Korban
Memang benar, Pengerusi surau ada bertanya kepada seorang penduduk samada beliau telah mendapat daging korban atau belum pada kira2 jam 2.30 petang hari Selasa. Individu  ini berkata beliau belum mendapat serta mengadu yang adik-beradiknya juga belum mendapat daging tersebut.

Sebenarnya untuk  pengetahuan anda, orang ini telah pun mendapat  2 kg daging  dari pihak surau untuk beliau dan anaknya pada jam 12.30 tengahari pada hari Selasa semasa pengagihan daging sedang dibuat.   Kami juga mendapati orang yang sama juga mendapat 2 kg daging dari bahagian petugas seorang ajk surau.
Jelas kita semua telah dibohongi dan ditipu oleh individu ini.

Kesimpulan

Semoga penjelasan kami ini menerangkan kepada anda semua apa yang sebenarnya berlaku pada hari berkenaan. Kami mohon kepada pihak2 yang berkenaan untuk tidak membuat  tuduhan melulu tanpa bukti yang sahih dengan tujuan berbuat  fitnah sahaja. Janganlah “baling batu sembunyi tangan”  dengan niat yang jahat. Moga Allah SWT menjernihkan semula hati anda dan moga anda dekat semula dengan rumah Allah SWT.  Ingat, hidayah adalah dari Allah dan bukan dari manusia. 



                                              Pengiktirafan Kerajaan Terhadap Surau AlHijrah
Jika kepimpinan surau bermasalah,  tidak amanah serta tidak berkesan, bagaimana mungkin pihak JAWI dan  MAIWP  mahu  mengiktiraf Surau AlHijrah PPR Pantai Ria sebagai surau yang cemerlang/terbaik dari segi pengurusan/aktiviti kuliah/aktiviti masyarakat   bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan  untuk tahun 2012 ? Anugerah ini  beserta trofi dan wangtunai RM5,000.00  telah disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 22 April 2013 yang lalu. Bahkan kami menggunakan semula semua wang kemenangan ini  (serta  wang tambahan dari sumbangan orangramai)  dengan memasang 5 set grill disemua 5  pintu sliding surau  bertujuan menjaga keselamatan barang2 didalam surau.
Kami bukan riak, tetapi pencapaian sebagai surau cemerlang  bukanlah mudah dicapai jika tidak disertai dengan keikhlasan dalam menjalankan amanah mentadbir rumah Allah.  Jika menguruskan rumah Allah dengan niat yang lain atau menyimpang dari landasan agama, maka ditakuti kemurkaan Allah  yang akan menimpa.  

Wallahualam.
Pengerusi Surau AlHijrah PPR Pantai Ria
 

1 comment:

  1. Tahniah Suraualhijrah kerana Berjaya merangkul surau terbaik KL .

    suraukini

    ReplyDelete