04 July 2010

Keputusan Mesyuarat Agung - Terkini

Mesyuarat Agung Surau telah berlangsung malam tadi dengan kehadiran yang sangat menggalakkan lebih 150 ahli kariah yang menunjukkan tanda sokongan terhadap aktiviti2surau selama ini. Dalam pemilihan ajk baru, sebahagian besar ajk lama masih terpilih untuk selama 2 tahun lagi termasuk Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha manakala beberapa orang ajk lama dan beberapa muka baru dilantik.

Terimakasih kepada semua yang hadir kerana masih memberikan sokongan kepada kami. Insyaallah, kita sedang merancang banyak program yang akan membawa manafaat kepada jemaah semua. Terimakasih juga kepada penaja-penaja makanan untuk jamuan malam tadi. Ramai yang sponsor bermacam-macam jenis makanan termasuk satay, mee goreng dan lain-lain lagi.
Tetamu jemputan yang hadir termasuk Tuan Hj Hanif, Pengarah Dakwah Perkim Kebangsaan yang merasmikan mesyuarat, Ustaz Hazaruddin dari Pusat Kariah Zon 6 JAWI (Masjid Bukit Damansara), En Radhi Pengerusi Persatuan Penduduk, Ustaz Shukri - imam 1 Masjid Khadijah serta SI Razali yang mewakili Balai Polis Pantai.


Hidangan sudah tersedia

Membakar satay

Mesyuarat sedang berlangsung


Pengerusi majlis


Jemaah yang hadir


Ustaz Hazaruddin Baharuddin dari Pusat Zon
6 JAWI sedang berucap


sebahagian jemaah


Jemaah wanita


Pengerusi surau sedang berucap. Dikiri sekali ialah
En Radi Pengerusi Persatuan Penduduk, ditengah Ustaz Hazaruddin
dan kanan sekali ialah Tuan Hj Hanif, Pengarah Dakwah PERKIM.


Selepas selesai solat Isyak


Masa jamuan



No comments:

Post a Comment