09 July 2010

SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ



Pihak Surau akan mengadakan majlis sambutan Isra' dan Mikraj sempena memperingati sejarah perjalanan hebat Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Baitulmuqaddis. Peristiwa yang membuktikan kebesaran Allah SWT, walapun kejadian itu tidak logik dari segi akal tetapi kita wajib mempercayainya dengan penuh keimanan.

Kami menjemput semua penduduk PPR Pantai Ria untuk sama-sama hadir dalam majlis tersebut.

Majlis akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 17 Julai 2010 (Sabtu)
Masa: Mulai jam 6.00 petang hingga 10.00 malam
Tempat: Kawasan lapang antara Blok C dan D

Jamuan akan disediakan.

Tentatif Program

7.00 petang Berkumpul dikemah
7.30 malam Solat Maghrib Berjemaah
8.00 malam Bacaan Al Quran dan Doa Selamat
8.05 malam Solawat Nabi oleh Ahli2 Silat Seni Gayong
8.10 malam Ucapan Aluan Pengerusi Surau - Hj Kairom
8.15 malam Ucapan Perasmian Datuk Hasbullah L Isa / Penaung Surau
8.20 malam Ceramah Agama oleh Penceramah Jemputan
Al-Fadhil Ustaz Syed Mohd Fadzli Al-Yamani - Mudir Madrasah Tahfiz Al yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur


9.30 malam Solat Isyak Berjemaah
10.00 malam Jamuan
10.30 malam Bersurai

Pihak kami mengalu-alukan sebarang sumbangan samada wang atau bahan-bahan masakan untuk membiayai sebahagian kos mengadakan majlis ini. Kami juga menjemput semua untuk turun ke surau pada pagi sabtu, 17hb julai ini jam 9.00 pagi untuk membantu menyembelih dan melapah seekor lembu yang disumbangkan oleh persatuan penduduk PPR Pantai Ria dan seterusnya kerja-kerja memasak.

No comments:

Post a Comment