25 July 2010

Ujian Kenaikkan Bengkung Silat Gayong

Buat pertama kalinya, ujian kenaikkan bengkung diadakan pada hari Sabtu, 24 Julai 2010 di gelanggang al hijrah. Seramai 80 orang peserta silat seni gayong ppr pantai ria terlibat dalam sesi ujian yang dikendalikan oleh 5 orang gurulatih. Bermula dari jam 5.00 petang, para peserta diuji dengan beberapa peringkat ujian. Semua ujian selesai diadakan sebelum senja berlabuh.


Terdapat 3 jenis ujian kenaikkan bengkung seperti berikut

1. Kenaikkan ke bengkung putih cula hijau- umur 7-9 tahun
2. kenaikan ke bengkung putih cula merah - 10 - 12 tahun
3. kenaikkan ke bengkung awan putih - lebih 12 tahun


Pesilat kategori sekolah menengah
Ujian sedang berlangsung

Penyelaras silat, En Aris memberikan taklimat




Pesilat kategori 7-9 tahun

Pesilat2 wanita bersama gurulatih serta Penyelaras Silat, En Aris (3 dari kanan)
Pesilat lelaki bersama gurulatih serta Pengerusi surau, Hj Kairom (2 dari kiri) selepas selesai sesi ujian

Gambar video ujian yang sempat dirakam




No comments:

Post a Comment