14 July 2010

Lawatan Ke Rumah Kebajikan Darul Qanaah Gombak


Keadaan di rumah anak yatim Darul Qanaah

TARIKH: 25 JULAI 2010 AHAD
MASA: 2.00 PETANG (Bertolak dari PPR Pantai
Pantai Ria)

Biro Wanita Surau Al Hijrah akan mengadakan lawatan ke rumah anak2 yatim Darul Qanaah yang beralamat di no 34A/34B Jalan 10, Taman Batu, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Ia terbuka kepada muslimah sahaja dengan bayaran RM10.00 seorang (tambang bas). Sesiapa yang berminat untuk turut serta, sila daftarkan nama anda dengan

1. Ketua Biro Wanita, Puan Norbaayah C-12-5 Tel 016- 6713635
2. Puan Zaitun Ariffin C-5-2 Tel 012-6019524
3. Puan Samsiah Mat Nor B-4-20 Tel 017-2481702 wakil Blok B
4. Puan Sabariah Satiman D-17-9 Tel 012-6357335 wakil Blok D

Sesiapa yang ingin menderma kepada rumah anak2 yatim ini samada wang atau barang2 keperluan harian spt beras, pakaian dll adalah dialu-alukan.

Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)". - (Bukhari dan Muslim) Hayati Sedekah. . . Firman Allah swt: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111.

Keutamaan memelihara anak yatim

1. Menjadi teman Rasulullah SAW di syurga

2. Dihindarkan dari musibah

3. Menjadikan rezeki berkat dan bertambah

4. Diberikan jalan keluar dari permasalahannya

5. Dimudahkan urusan-urusannya

6. Menimbulkan sifat lemah lembut dan kasih sayang

7. Sebagai jalan menuju husnul khatimah

Latarbelakang Rumah Nurul Qanaah
1. Mempunyai 30 orang penghuni dari umur 6 hingga 14 tahun.
2. Sekarang menyewa rumah kedai tingkat 1
3. Memerlukan dana untuk membina bangunan sendiri dengan harga RM500,00.00
4. Masih memerlukan lain-lain bantuan seperti komputer, barangan harian serta buku-buku / majalah bacaan untuk anak-anak remaja.
5. Keterangan lanjut boleh hubungi Pengerusinya, Hj Aris Shamsuddin 013 6096957 atau Setiausaha En Mohd Ishak 0192125001.
6. Laman webnya masih belum dikemaskini (terakhir 2008 sahaja)

1 comment:

  1. assalamualaikum, saya ingin bertanya berapakah bilangan anak-anak ini di rumah nurul qanaah.. bagaimana pula sekiranya ada kelab pelajar ingin datang melawat dan memberikan sedikit sumbangan kepada rumah kebajikan ini?? ada sebarang prosedur ke??

    ReplyDelete